Walaupun kata-katanya yang keluar tadi tidak pasti baginya. Tapi membuatkan Nelyna terdiam.
"Laila dah bgi amaran dekat aku, jangan dekat dengan kau. Sebab tu aku tak nak.". Adriel mengeluh. Pasal tu, bukannya dia dengan Laila tu pasangan kekasih pon. Perempuan tu yang tergedik-gedik nak kan dia.
"i don't care". Kalau Nelyna mampu untuk lempang manusia di sebelah dia ni. Dah lama dia buat. Dia boleh cakap tak kisah?.
"kita kawin keluarga kita jalah yang tahu". Memang Adriel lupa tentang mak tiri nya yang rapat dengan Laila."tengok la nanti macam mana". Suasana kekok kembali.
"kau nak cakap tu ja kan? Aku balik dulu. Dah nak senja". Daripada diam kat situ baik dia balik. Mujur Adriel membiarkan saja.SAMPAI di kereta Nelyna masih mencerna kata-kata Adriel.
"ya Allah...". Mukanya diraup. Dia betul-betul buntu. Apabila difikirkan balik, tentang syarikat papanya pula muncul. Kena kawin sebab nak selamatkan syarikat papanya. Haih dia nak cari siapa lagi sekarang ni?. Adriel juga yang ada untuk ajak dia kawin.*****
"betul ni?!". Jelas riak teruja diwajah Puan Nuriani dan Nadia. Darwish pula tak habis-habis meremehkannya. Kata tak pandai masak la, kemas rumah... Macam-macam la.
"hm". Cincin yang tersarung dijari manisnya Nelyna sudah pakai. Malam ini dia sudah ambil keputusan untuk jadi tunang Adriel. Segalanya Nelyna berserah kepadaNya.
"alhamdulilah... Mak Su tahu, Adriel tu boleh jaga Nel suatu hari nanti". Hati Nelyna berbelah bahagi. Adriel jaga dia?. Heh mustahil.
"nanti Mak Su bagitahu Tengku Adam". Nelyna mengangguk lemah. Cincin dijarinya dibelek. Cantik juga apabila dikenankan dengan jari runcingnya.
"tak sabarnya nak dapat abang ipar handsome macam Abang Adriel tu". Nelyna menjeling Nadia. Apa yang ada kat Adriel tu taktahu la. Dari haritu lagi dok paksa untuk kawin dengan Adriel.
"kau jelah kawin dengan dia". Terdiam terus Nadia.
"boyfriend aku nak letak mana?". Nadia mengingatkan tentang teman lelakinya Fahim."yang kau nak sangat aku kawin dengan Adriel ni kenapa?". Wajah Nadia berubah, nampak seperti sedang mencari alasan.
"saja, dia baik. Erk aku naik dulu lah Mengantuk. Terus Nadia meninggalkan tiga orang disitu.
"something wrong...". Tajam mata Nelyna memerhati Nadia yang seakan mengelak darinya.
"dah lewat ni, Nel pergi la naik rehat. Awish pon sama". Puan Nuriani juga mula meninggalkan ruang tamu.
"kau! Tidur! jangan nak belek sangat cincin tu sampai terkeluar biji mata". Kata Darwish sambil membaling bantal sofa kearah Nelyna."eee kau ni kalau aku boleh pijak dah lama aku buat". Geram Nelyna dengan sikap Darwish. Mujur lah sudah biasa.
"nak pijak?! Meh la!". Darwish terus berlari kebiliknya dan dikunci rapat."suruh orang pijak tapi dia yang lari. Darwish... Darwish...". Akhirnya Nelyna juga berlalu ke biliknya.
*****
Suasana pagi yang indah dengan kicauan burung-burung menambahkan lagi. Tasik yang terdampar Nelyna tenung. Tenangnya...
"ehem". Terdengar seperti seseorang membetulkan anak tekaknya. Nelyna yang tahu itu suara lelaki, cepat-ceoat menutup lehernya dengan mengetatkan lagi hoodie dikepalanya.
Sebenarnya tujuan dia nak joging saja selepas subuh pagi tadi. Cukup hanya pakai Cap dan rambutnya ditutup dengan kepala Hoodie.
"Fikry?". Pelik. Apa Lelaki itu buat disini awal pagi?. Matahari pun belum muncul. Hanya tunggu beberapa minit saja lagi. Lampu ditasik ini sudah mulai terpadam apabila terasa kecerahan dari langit.
"jogging". Seakan tahu soalan Nelyna, Ringkas saja Fikry menjawap. Tanpa dipinta dia duduk di sebelah Nelyna.
Nelyna berganjak sedikit tidak selesa."owh okay". Kesepian mula melanda diri. Memang kalau dengan Lelaki Nelyna susah nak sembang kecuali Darwish. Yang itu takleh cakap apa dah.
Tiba-tiba mata Fikry terpandang jari manis Nelyna yang tersarung cincin. Terus naik kerutan didahinya.
"awak kalau nak pakai cincin, jangan la pakai jari manis, nampak macam dah berpunya". Tegur Fikry. Boleh saja pakai jari lain. Setiap jari mempunyai maksud.
"erk, memang saya dah bertunang". Kalini memang Nelyna yakin untuk bagitahu Fikry. Kerana dia begitu tidak selesa apabila dengan Fikry. Kalau dia bagitahu dia dah bertunang, sekurang-kurangnya Fikry akan menjaga jarak kan?.
"ha-hah?!". Sungguh hancur. Harapan dia untuk mendapatkan Nelyna seperti musnah. Namun apabila difikirkan balik... Boleh saja rampas kan?. Belumnya kawin lagi.kalau kawin pun, jika nak sesuatu mesti dapat kan?. Fikry menyembunyikan senyuman sinisnya.
"dengan siapa?". Soal Fikry. Hatinya betul-betul panas. Walaupun tengah pagi tapi bila tahu Nelyna dah bertunang hilang terus kesejukan pagi.
"dengan Ad-"
"aku". Terpotong jawapan Nelyna dengan suara maskulin Adriel. Hah terima kasihlah tolong jawap. Memang mulut Nelyna pon berat sangat nak bagitahu tunang dia siapa.
Lagi bertambah geram Fikry. Ini yang dia tak suka. Adakah ini nasibnya apabila sesuatu yang dia suka akan menjadi milik lelaki itu?. Tangannya dikepal geram.
"owh ye ke..". Suaranya cuba dikawal didepan Nelyna. Kalau tinggal dia dan Adriel pasti tercetusnya perang.
"saya sambung jogging dulu eh?". Fikry berlari perlahan meninggalkan Nelyna dan Adriel di hadapan tasik itu.
"aku dah cakap jang-"
"stop! Sebelum awak nak menuduh saya 'jangan dekat dengan jantan tu'...". Nelyna seakan mengejek suara Adriel yang melarangnya untuk dekat dengan Fikry.
"dia yang tegur saya, salah siapa? Saya tak pernah pon dekat dengan dia tahu?". Sambung Nelyna lagi. Adriel diam menelan kata-kata Nelyna.
Sekejap...
Nelyna dah tukarkan panggilan...
Adriel cuba menyimpan senyum. Senangnya dengan Nelyna bahasakan diri, sebelum ni aku-kau, nampak kasar."oi! Tak payah nak diam sangat". Nelyna memetik jarinya di hadapan wajah Adriel. Hilang terus lamunan Adriel tadi.
"dah diam". Jari terlunjuknya diangkat tanda menyuruh Nelyna diam.
"dah....". Bebelan Nelyna terhenti. Dia cuma nak terangkan perkara yang pasti Adriel akan menuduhnya."awak buat apa kat sini?". Sejujurnya Nelyna juga kekok bila bahasakan dirinya Saya-awak tapi dia cuba.
"aku? Heh, nak berenang". Memang soalan Nelyna bodoh-bodoh berlaka."kat tasik tu? Tak sejuk ke?". Sekarang ni terasa seperti Adriel ingin mencepuk Nelyna.
Akhirnya Adriel menyambung lariannya tergendala tadi. Nelyna di belakang agak ragu-ragu ingin pulang atau sambung jogging?."ikut aku". Memandai saja Adriel suruh Nelyna ikut dia.
"taknak!". Larian Adriel terhenti. Renungan tajam tepat kearah Nelyna."ok-okay okay". Renungan tu, kalau siapa pandang uih. Lemah lutut.
15 MINIT
"dah sudah, stop!". Termengah-mengah Nelyna menyuruh Adriel berhenti dahulu. Gila! 15 minit lari tak berhenti langsung kalau ikut Adriel. Dari nak kurangkan lemak jadi kurangkan pernafasan pulak.
"Tu pon nak penat ke?". Jantung awak ni emas ke? Tak reti penat?". Nelyna mengawal petnafasannya untuk bercakap. Lari pula laju gila tadi sebab nak kejar langkah Adriel.
"well". Adriel seakan-akan berbangga dengan dirinya.
"dah nak pukul lapan, saya balik dulu eh bye...". Nelyna ingin beredar pulang namun ada satu tangan yang menghalang dirinya."apa?". Rasa cam nak lempang saja. Suka hati betul pegang orang.
"jom?". Dahi Nelyna berkerut."pergi mana?". Soalan Nelyna diabaikan saja. Susah sangat ka nak jawap?. Bagi Adriel soalan Nelyna seperti SPM agaknya.
"eii ni kalau aku pakai selipar... Dah lama sampai kat dia". Gumam Nelyna sendirian.
TBC...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
❤❤❤❤
YOU ARE READING
Our Memories [C]
DragosteBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...