GENAP sebulan perkahwinan Nelyna dan Adriel. Tiada yang berbeza. Cuma minggu lepas mereka baru saja tamat final exam.
Segala kerja yang perlu diselesaikan telahpun siap.Harini Nelyna menjejakkan kakinya ke office papanya, nak praktikal pun mudah. Disini saja tempatnya. Hatinya mulai rasa rindu. Bilik ini terlampau banyak kenangan.
Kerusi empuk itu Nelyna duduk. Terasa seperti banyak tanggungjawap yang perlu dia akan lalui nanti.
"so dah bersedia?". Soal Encik Amin yang turut mengkuti Nelyna keruangan itu.
Lama Nelyna berfikir. Nafas ditarik panjang dan dilepaskan tenang. Perlahan-lahan Nelyna mengangguk."good, Puan Nelyna nak guna PA Dato Haznan yang dulu atau cari lain?". Soalan Encik Amin Nelyna abaikan dulu. Yang peliknya gelaran yang dipanggil Encik Amin. Puan?.
Terasa dirinya sudah tua pula."PA papa yang dulu lelaki ke perempuan?". Soal Nelyna kembali. Kalau perempuan boleh saja dia teruskan, kalau lelaki harus fikirkan dahulu.
"lelaki". Otak Nelyna ligat membuat keputusan. Tukar atau tidak?.
"nanti saya bagitahu lah". Keputusan itu diterima Encik Amin.Encik Amin meminta diri. Nelyna hanya menghatar lelaki separuh umur itu dengan ekor matanya.
Fikirannya melayang tentang Adriel. Tiba-tiba bibirnya mengukir senyum. Perubahan perangai Adriel membuatkan hatinya berbunga-bunga.
Ting!
Telefon dicapai selepas mendapat pesanan.
Nelyna senyum lagi.
Tak lain tak bukan adalah Adriel.Dahinya berkerut pelik. Tadi Adriel ada pesan dia akan sibuk. Ni kenapa Tiba-tiba ajak keluar pula. Akhirnya Nelyna bersetuju sahaja.
TIGA minit menunggu akhirnya sebuah kereta berwarna hitam berhenti betul-betul dihadapan Nelyna.Seakan tahu pemilik kereta itu Nelyna terus masuk.
Kelihatan Adriel segak dengan kemeja hitamnya. Nelyna akui Adriel memang kacak sejak dulu.
Lama juga Nelyna meneliti tanpa bersuara. Tersedar apabila terasa bibirnya lembut ditekan sesuatu. Terbutang matanya apabila Adriel berani menciumnya.
"awak!!". Bibirnya ditutup. Kenapa Adriel berbuat begitu. Merah wajahnya kerana malu. Mujur cermin kereta itu gelap. Tidak dapat dilihat orang luar.
"tengok aku macam nak tembus, aku bagi la hadiah". Selamba Adriel berkata. Keningnya dijongket sedikit tanda menang.
Diam terus Nelyna tubuhnya dipeluk tanda geram. Kereta Adriel mula bergerak meninggalkan perkarangan bagunan itu.
"awak nak bawak saya pergi mana ni?". Nelyna sudah mulai bosan. Sudah setengah jam Adriel memandu. Belum sampai lagi ke destinasi Adriel.
"sabar la". Jawapan yang sama juga daritadi. Sudah kebas punggung Nelyna kerana terlalu lama.
Kereta Adriel mulai perlahan apabila memasuki perkarangan yang luas. Ada sebuah restoran yang agak besar juga. Ini yang buat hati Nelyna panas ni. Nak makan saja, kenapa kena pergi tempat jauh-jauh?.
"haih depan office papa pon ada restoran". Perlahan Nelyna bersuara, tetapi cukup untuk Adriel dengar.
"jom". seat belt dilepaskan dan pintu dibuka.
Masuk saja ke dalam restoran itu Nelyna semakin teruja. Cantik hiasan yang bertemakan klasik.
"hello sir, may i help you?". Sapa pekerja restoran itu.
"booking in the name of Tengku Adriel Syafieq". Setelah pekerja itu sedia maklum terus dia membawa Adriel dan Nelyna ke arah bertentangan dengan pelanggan lain.
YOU ARE READING
Our Memories [C]
RomansBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...