BAB 39

2.1K 111 3
                                    

3 tahun berlalu...

Mungkin susah untuk melupakan dia. Masa yang cukup lama Adriel ambil untuk ikhlaskan semua. Mungkin benar jodoh mereka bukan hanya disini.

Semua orang sudah redha dan pasrah. Mereka tidak boleh lagi meratapi. Allah ambil kerana Allah terlalu sayangkan dia.

Harini genap 3 tahun, Adriel sudah memulakan kehidupan seperti biasa. Cuma kerja 'itu' dia sudah berhenti. Dia sudah janji dengan Nelyna.

Setiap hari dia tidak berhenti doakan untuk Nelyna.

Walaupun dia sudah bertunang dengan Laila dia masih tetap sayangkan Nelyna. Nama itu tidak pernah terpadam dalam hatinya. Malah sentiasa mekar.

Ya, dia bertunang dengan Laila. Itupun Tengku Adam yang suruh. Akibat didesak setiap hari Adriel terima saja. Si karlina itu bukan main suka. Sepanjang bergelar tunang. Adriel tidak pernah sekali pun menganggap Laila sebagai tunangnya.

Berbeza dengan Laila. Kalau boleh setiap hari datang bertemunya.

Kurang sikit rasa rimas apabila Adriel harus pergi ke Indonesia selama seminggu atas urusan kerja. Kini dia kembali ke tanah air.

Awal-awal lagi Laila sudah menghantar mesej bahawa gadis itu ingin menjemput. Muka bosan ditayangkan. Dari awal dia sudah maklum kepada Haiden menyuruh lelaki itu mengambilnya.
Laila datang nanti pandai-pandai lah dia.

Sedang ralit Adriel menunggu Haiden. Matanya tertacap pada seorang wanita yang kalut mengangkat barangan. Di pangkuannya pula ada anak kecil. Tergopoh-gopoh wanita itu membawa barang. Ada barangan yang jatuh. Nak ambil pula tindakannya susah kerana dia mengendong anak kecil.

Adriel melangkah ingin menolong.

"cik biar saya tolong". Tegur Adriel, beg wanita itu diambil.
"eh tak apa, say-". Wanita itu terdiam. Adriel yang perasan juga memandang. Damn!

Jantungnya bagai terhenti. Nafasnya terasa sesak. Wanita dihadapannya...

"Ne-".

"maaf? Saya tak kenal". Mata gadis itu kelihatan berair. Cepat-cepat dia melarikan pandangan. Wajah lena anak kecil yang ada dipangkuannya ditutup sedikit. Dia ingin beredar.

"kejap". Suara Adriel mendatar. Kenapa harus jadi begini?. Wanita dihadapannya seolah-olah tidak mengenalinya.

"sorry lambat". Suara garau datang kepada wanita itu.
"Darwish?". Seakan mendengar orang menyeru namanya dia menoleh.

Dia juga terdiam. Memang tidak salah. Wanita dihadapannya ini memang Nelyna Naira. Gadis yang paling dia sayang. Yang paling dia rindui dan sebagainya.

"erk...". Darwish menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa yang harus dia buat sekarang?.

"tolong bawakkan barang ni, jom". Arah Nelyna kepada Darwish. Tidak petah lagi Nelyna mampu berdiri bersama lelaki yang amat dia rindui dari dulu. Tapi semua menghalang apabila memori siang itu terimbas.

Darwish mengikut saja arahan Nelyna. Dia mengambil barangan dan beg untuk dibawa pergi.

Adriel masih membatu. Ini mimpikah?. Lama dia tunggu gadis itu. Benar sangkaannya dahulu Nelyna masih hidup. Tapi kenapa Nelyna bersikap dingin dengannya.

Paling dia rasa sakit. Siapa anak kecil di dukungan Nelyna?. Tak akan...
Adriel mengelengkan kepalanya membuang fikiran negatif. Nelyna masih isterinya.

"Sayang!". Adriel ingin mengejar Nelyna kembali. Masih ada bayangan Nelyna yang baru pergi itu.

"Nel!". Langkah kakinya semakin laju.

Our Memories [C]Where stories live. Discover now