Kepalanya dipegang. Sakit sangat. Mata pula dibuka. Akibat cahaya yang terang menghalang Adriel daripada membuka matanya dengan sempurna.
Setelah beberapa minit dia kembali normal. Sekeliling diperhati. Dan dia mengeluh. Tidak lain tidak bukan pasti di Hospital.
Tangan kirinya terasa berat. Ada seseorang menggenggam erat dan tertidur. Adriel tersenyum sedikit apabila mengetahui orang itu.
Akibat gerakan tangan Adriel. Nelyna terjaga dari lenanya.
"abang!". Terus tubuh Adriel dipeluk erat. Tangisannya pecah. Dia betul-betul risaukan Adriel. Hampir luruh jantungnya apabila Haiden menelefon dan memberitahu Adriel berada dihospital. Matanya membengkak kerana menagis semalaman.
"sweety...". Pujuk Adriel. Teresak-esak Nelyna menangis di dada Adriel.
Kepala Nelyna yang berlapikkan tudung diusap."saya isk saya risau... Isk". Air matanya galak mengalir.
"i'm okay...". Adriel meyakinkan Nelyna."no! You're not!". Muka Adriel yang banyak kesan lebam ditilik.
"lain kali bawak moto tu elok-elok la...". Dahi Adriel berkerut. Lama sedikit baru dia faham. Mesti Haiden tidak beritahu hal sebenar. Adriel lega."sorry...". Ibu Jari Adriel mengelap sisa-sisa air mata Nelyna. Merah mata dan hidung gadis itu.
"abang ok? Nak saya panggil doktor?". Adriel menggeleng dengan soalan Nelyna."nothing serious". Adriel meyakinkan Nelyna.
"lepas ni tak payah bawak moto dah". Tegas Nelyna melarang. Dah dua kali Adriel kata dia jatuh moto. Padahal sebaliknya.
"tengok la macam mana". Muncung Nelyna naik. Orang risau kan dia boleh pulak dia selamba saja.
"tapi kan... Abang kan pakai helmet, kenapa muka pula yang teruk". Pelik Nelyna.
Adriel pula menelan air liur kesat."masatu nak balik... Abang tak pakai pon". Tenang Adriel menjawap.
"lain kali kena pakai laa... Jangan la macam ni, saya risau la". Adriel tersenyum memandang Nelyna."cute laa sayang marah". Nelyna mengeluh. Orang marah pon cakap cute.
"rehat lah abang sebelum saya tambah lebam kat muka abang nanti". Kalini tawa Adriel terletus."lebam yang macam mana tu?". Adriel tersenyum nakal. Terbeliak mata Nelyna apabila Adriel memikirkan tentang lain.
"lebam dengan tumbukan saya". Nelyna menahan tawa."makin tak handsome la abang nanti". Nelyna membuat muka toya.
"banyak pulak cakap dia ni, makan ubat tu dulu". Satu bekas kecil yang mempunyai beberapa biji ubat disua. Mungkin ubat tahan sakit."taknak laa bukannya sakit pon". Adriel meletakkan kembali bekas ubat itu.
"ya Allah. Degilnya...". Nelyna menahan geram.Tiba-tiba Nelyna mendapat satu idea. Tangannya naik mengusap dada Adriel yang sedikit terdedah.
Sisi Katil Adriel Nelyna duduk.
"abang...". Kelihatan halkum Adriel bergerak.
"sayang ni, kat sini pon nak goda abang". Tipulah kalau dia tidak terangsang."makan please...". Wajah didekatkan sedikit. Kata-kata lelaki itu tadi tidak menganggunya.
Bibir Adriel dicium sekilas. Jarak dijauhkan kembali.
Adriel pula menahan senyum."kalau macam tu lagi la taknak makan ubat, sayang paksa la lagi boleh dapat kiss selalu".
Nelyna menahan sabar.Laju tangan Nelyna mencubit perut Adriel.
Berkerut muka lelaki itu. Jangan dibuat main cubitan Nelyna."aduh... Sakit". Perutnya digosok. Pedih Segala sixpack dia.
"otak tu tak pernah fikir lurus". Jeling Nelyna. Air kosong diambil untuk diberi kepada Adriel."telan ubat tu sebelum saya cubit lagi". Nelyna memberi amaran. Kalau macam ni, tak boleh guna cara lembut seperti tadi.
"erk... Tak apa... Anggap ja aku tak nampak". Serentak Kepala Nelyna dan Adriel berpaling. Nampaknya mereka tidak berdua.
"Haiden?". Tegur Adriel. Nelyna sudah malu sendiri, mesti tadi Haiden nampak Nelyna mencium Adriel. Naik panas wajah Nelyna ketika ini.
"sejak bila kau masuk?". Soal Adriel. Haiden mendekati mereka berdua.
"tak baru sangat, sempat laa tengok adegan tahap potong kaki tadi". Nelyna dipandang sekilas. Sah! Dia nampak."em saya keluar sekejap". Nelyna ingin beredar.
"alaa nak pergi mana?". Lengan Nelyna dipegang erat. Tidak mahu ditinggalkan."saya nak belikan awak makanan... Kejap je". Nelyna senyum sedikit dan terus menuju ke pintu keluar.
"kau ni kenapa?!". Hilang saja kelibat Nelyna Haiden menyoal Adriel.
"apa?". Soalan dibalas soalan."pelik betul bila dengan Nelyna". Jujur Haiden.
"bini aku, suka hati aku la". Marah Adriel. Haiden yang menyebok sekarang ni. Baru nak bermesra dengan Nelyna walaupun kena marah."ish dah. Aku nak bagitahu kau something". Mood mereka kembali sirius.
Adriel memberi fokus kepada Haiden."Si Fakrul tu memang betul-betul nak hapuskan kau, malam tu dia ada hantar budak dia untuk potong break kereta kau, nasib la malam tu kau naik moto". Jelas Haiden.
Adriel melepaskan keluhan berat. Itu pun nak didendam. Bukannya Tan Sri Faizul tu masuk penjara lagi. Kecuali satu...
Dadah.Adriel pernah juga kantoikan pihak polis dengan pekerjaan Fakrul yang itu. Tapi sempat Fakrul dan yang lain melarikan diri.
"tak ada yang serius kan?". Soal Adriel. Untung ada Haiden yang selalu proaktif dalam sehala benda. Begitu juga dengan Zarreen. Tapi sekarang Zarreen hilang entah kemana. Mungkin dengan kekasih-kekasih dia.
"serius sebab sekarang dia perhatikan Nel". Hal ini paling merisaukan Adriel. Akibat dia Nelyna juga terlibat.
"nanti aku settle kan, and thanks sebab tak bagitahu Nel hal sebenar. Jatuh motor pon jatuh motor lah". Kalau Nelyna tahu yang sebenarnya Adriel bukan jatuh moto habis dia.
"aku faham, tapi ingat Adriel. Suatu hari nanti dia akan tahu jugak, sama ada dari mulut kau dan orang lain, atau... Dia nampak sendiri". Muka Haiden dipandang berdebar. Adriel belum beritahu Nelyna bahawa dia salah seorang...
Pembunuh...
Boleh dikategerikan macam tu sebab dia membunuh bila perlu, atau melibatkan orang yang dia sayang. Selain pada itu, dia ada juga bantu polis.
"aku balik dulu, nanti apa-apa aku update". Sempat tangan disalam dan beredar.
Mata Nelyna menunggu Haiden keluar dari ward itu. Dia sekarang berada sedikit bersembunyi di balik dinding itu.Tipulah kalau dia tidak dengan omongan Haiden dan Adriel tadi. Kini Nelyna semakin curiga. Apa yang disembunyikan Adriel?. Jelas Nelyna belum kenal Aderiel lebih mendalam.
Pintu dibuka untuk masuk. Adriel menyapa ceria.
"lamanya sayang beli makanan". Rungut Adriel. Nelyna beriak seperti tiada apa yang berlaku. Lagipun dia tidak berani untuk menuduh benda yang belum pasti.
"petang nanti awak dah boleh keluar". Beritahu Nelyna. Adriel tidaklah seteruk mana. Hanya tinggal kesan lebam sahaja.
"kita balik rumah saya terus". Semalam Adriel berjanji nak pulang kerumahnya.
"okay...". Adriel turuti saja."abang". Panggil Nelyna tiba-tiba. Hatinya rasa berat sangat. Dia sedikit terkesan dengan perbincangan Haiden dengan Adriel tadi.
Apa maksud mereka?. Siapa Fakrul?."yes". Adriel ingin menunggu apa yang ingin dikatakan Nelyna.
"saya sayang abang...". Terkedu Adriel seketika. Kenapa dengan Nelyna?."i know...". Adriel senyum.
"kalau ada masalah bagitahu saya". Tangan Adriel diambil lalu digenggam erat. Dia tahu Adriel menyembunyikan sesuatu dengannya.
"okay...".
TBC...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
❤❤❤❤❤
YOU ARE READING
Our Memories [C]
Roman d'amourBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...