BAB 26

2.3K 122 4
                                    

ARGH!!!

Kain yang menutupi mulutnya tidak memberi kesan. Tapi hatinya berharap bahawa Adriel cepat pulang. Air matanya sudah mengalir di pipi. Dia perlukan Adriel.

Tiba-tiba nafasnya terasa sesak. Gawat! Panic attack dia kembali. Apa bila kain itu dilepaskan baru dia boleh bernafas.

"to-tolong...". Nafasnya menyekat.

"hey! Kenapa ni?". Bersama dengan suara itu cahaya lampu menerangi ruangan itu. Wajah Adriel.
"Ad- Adriel!". Tubuh lelaki itu dipeluk sekuatnya. Dia takut. Lama kelamaan Nafasnya kembali sedikit normal.

Basah dada Adriel dengan air mata Nelyna.

"isk... Awak... Isk tolong saya...". Tersedu sendan Nelyna berbicara. Tangan Adriel mengusap belakang Nelyna kerana ingin menenangkannya.

"what's wrong?". Rasa bersalah pula kerana niatnya tadi nak bergurau dengan Nelyna. Tapi begini pula jadinya.

Bahu Nelyna terhinjut-hinjut. Dia tidak mampu menceritakan dengan keadaan sekarang.

"jom kita duduk dulu okay". Nelyna melepaskan Adriel dan mengkuti langkahnya.
Ibu jari Adriel mengelap air mata Nelyna yang tidak berhenti mengalir.

"stop laa menangis tu...". Sejujurnya Adriel tak pandai nak memujuk.
"tarik nafas... Lepas". Beberapa kali Nelyna mengikut kata Adriel, akhirnya dia bisa tenang.

"cerita dekat aku, kenapa kau masuk rumah macam kena kejar dengan anjing? Tak dengar kereta pon kau balik? Mana kereta kau?". Tanpa banyak bicara Adriel terus menyoal pelbagai soalan.

"kereta saya rosak... Depan tu ja. Saya jalan ja lah nak balik, lepastukan saya rasa macam ada orang tengok saya. Tapi bila saya suluh dengan Flash tak ada. Saya lari la nak cepat. Lepastu saya dengar dia macam kejar saya. Nasib baik sempat sampai depan pagar". Cerita Nelyna.

Adriel pula dari tadi sudah mengeras. Kelihatan rahangnya seperti diketap geram. Urat-urat di lehernya juga mulai timbul.

"awak?". Melihat Adriel tidak memberi riaksi, bahu Adriel ditepuk. Punya la dia cerita panjang tadi.

"you're safe now...". Tubuh Nelyna dibawa kepelukannya. Syukur tidak terjadi apa-apa.

Nelyna seperti tergamam. Malu dari tadi kerana peluk Adriel pun tak hilang lagi.
Terasa sungguh selesa dan selamat. Apabila dia dekat dengan Adriel. Dia percayakan lelaki itu.

Lama berkeadaan begitu, tangan Nelyna gatal ingin merasa bentuk tubuh Adriel. Seperti perut... Dada. Baru dia tersedar yang Adriel tidak berbaju. Tiba-tiba mukanya membahang. Tuala pula ada ditengkuknya, rasanya itu lah yang digunakan Adriel tadi. Otak yang mula berfikir tetapi tangannya sudah bekerjasama.

Baru tangannya ingin memegang six pack Adriel menepuk tangannya. Bagaikan tersedar Nelyna menjauh.

"erk, sorry". Wajahnya cepat-cepat dipalingkan kearah lain.
"kau ni nakal jugak eh?". Bibir Adriel naik sedikit.

"tak say-saya tak sengaja...". Jarak dijauhkan lagi. Kenapalah Nelyna berfikiran begitu.

"kau ingat aku tak rasa apa-apa ke?". Tapak tangannya digunakan untuk mendekat dengan Nelyna kembali. Apabila wajah mereka betul-betul dekat. Mata mereka berdua saling mentafsirkan sesuatu.

"eh! Saya lupa la! Saya tak solat lagi!". Hampir dia terlupa yang dia belum menunaikan perkara wajib itu. Nelyna bangun dan terus menuju ke bilik.
Semua itu tadi adalah godaan syaitan.

Adriel menahan senyum. Hampir saja dia juga tewas tadi.
 
 

*****

1:00 pagi...

Our Memories [C]Where stories live. Discover now