"sweety....". Meleret suara Adriel. Sejak pulang dari restoran tadi tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut Nelyna. Confirm dia merajuk!
"abang mintak maaf...". Tangan Nelyna yang sedang memeluk tubuh itu cuba dipegang. Wajah Nelyna tidak lepas dari permandangan suasana malam itu.
"eh! No pegang-pegang". Tangan Adriel pula ditampar. Tak rasa benda itu lawak bagi Nelyna tapi Adriel sudahpun tergelak.
"sorry la sayang.. Abang gurau ja". Wajah Nelyna ditilik minta simpati.
Dah sebulan Nelyna tidak diganggu dengan perempuan itu. Baru rasa tenang sikit hidup.
Entah kemana dia tidak kisah."yang awak tiba-tiba ja sebut nama dia tu kenapa? Rindu? Kesiannya... Kenapa tak call?". Bertubi-tubi Nelyna mengejek. Biar rasa bersalah sikit.
"tak. Abang saja nak bergurau ja. Mana ada niat lain". Adriel masih meminta kemaafan dari Nelyna.
"yelatu". Siapa saja tak terasa, tengah syok nak sweet-sweet, suami sebut nama perempuan lain. Memang potong mood lah."please sweety....". Nelyna mengeluh. Mungkin Adriel betul, niatnya cuma nak bergurau. Yang Nelyna nak emo sangat kenapa?.
"okay..". Akhirnya Nelyna maafkan juga.
"aww thankyou sayang". Lembut sikit hati Nelyna.
*****
Nampaknya Nelyna harus mencari pembantu. Kalau dia ajak Airani mahukah dia?. Memandangkan dia juga mencari tempat untuk kerja."aku setuju!". Kuat juga suara Airani. Semua mata di situ memandangnya. Airani sengeh tanda tidak bersalah.
"kau ni...". Malu juga Nelyna. Dia turut terlibat kerana berdekatan dengan Airani.
"baguslah. Lagipun kau pun kerja... Bukannya kuli aku. Cuma membantu". Jelas Nelyna. Tak mahu pula Airani mensalah tafsir."yee aku tahu". Minuman dihadapannya disedut menghilangkan dahaga.
"hye! Airani...". Tersembur Airani dengan sapaan itu. Lagi-lagi apabila tahu pemilik suaranya.
"awak buat apa kat sini?!". Berkerut wajah Airani. Berani betul Zarreen menegurnya dihadapan Nelyna.
"kalau saya kata nak meminang awak?". Airani membuat muka toya. Kalau boleh sentuh dah lama tapak tangannya ni melekat dekat pipi Zarreen.
"hye Nel". Senyuman diberikan kepada Nelyna yang dari tadi melihat drama mereka berdua.
Senyuman dibalas."Duduk lah reen kitorang lepak je". Perlawa Nelyna. Takkan nak sombong pula. Airani sudah membulat matanya.
"tak payah! Pergi balik". Halau Airani. Zarreen membuat muka sedih.
"Aira...". Keluhan berat dilepaskan. Dia mengalah.Zarreen yang tampa segan silu itu duduk dengan teruja. Siap pesan air lagi.
"Adriel dengan Haiden mana?" soal Nelyna. Selalunya mereka asyik bertiga.
"diorang tengah settle kan pe....". Kata-kata Zarreen terhenti. Air liurnya ditelan.Nelyna dan Airani menunggu Zarreen menghabiskan ayatnya.
"pe?". Pelik Nelyna dengan Zarreen.
"per...kakas dekat office... Haaa". Zarreen menghembuskan nafas lega, lama juga dia fikirkan alasan. Hampir dia terlepas cakap.
Nelyna mengangguk saja. Tapi dia pelik dengan Zarreen, nampak gelabah.
"hish awak kacau kitorang lah, baru nak gosip hal perempuan". Airani masih tidak puas hati.
"takpa la Aira... Nanti kita tiap-tiap hari jumpa jugak". Nelyna tergelak.Zarreen menjongketkan keningnya tanda menang. Nelyna membela dirinya.
Air yang dipesan tadi Zarreen sedut untuk membasahkan tekaknya.
"werk! Pahit gila". Wajah Zarreen berkerut.
YOU ARE READING
Our Memories [C]
Roman d'amourBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...