𝑆𝑝𝑒𝑐𝑖𝑎𝑙 𝐶𝒉𝑎𝑝𝑡𝑒𝑟 1

2.3K 90 2
                                    

"Innalillahhiwainnahirojiun...". Luruh jantung Nelyna bila Seri memberitahunya bahawa Fikry meninggal akibat bunuh diri di Hospital.

Tidak sangka lelaki itu memilih jalan yang salah. Disudut hati Nelyna dia juga mendoakan Fikry.

"terima kasih bagitahu saya, jom la masuk". Nelyna mengajak Seri. Haiden pula tak perlu diajak. Rumah ni dia dah anggap macam rumah sendiri.

"Riel mana?". Sekeliling rumah diperhati Haiden.
"ada kat atas, sakit kepala". Jelas Nelyna. Dia yang sarat mengandung Adriel pula yang sakit. Tapi mungkin sebab cuaca juga.

"ada apa korang datang ni?". Soal Nelyna. Sebenarnya dia sudah tahu tapi dipendamkan saja.

"erm kitorang datang nak bagi ni...". Satu kad jemputan dihulur oleh Seri. Nelyna pula menyimpan senyum.

"wahhh akhirnya, kawan aku sorang ni dah tak single". Ketawa Nelyna. Senang hati apabila Haiden tidak lagi membujang.

"diam lah kau. Lepas ni aku dah tak jealous dah tengok kau sweet, aku pon boleh buat". Haiden smirk. Wajah Seri pula tiba-tiba saja naik merah.

"nasib bulan depan, sempat laa aku pergi sebelum masuk labour room". Tambah Nelyna. Lagi dua bulan dia nak melahirkan anaknya kedua. 

"sayang...". Suara serak Adriel datang dari arah tangga. Nelyna menyimpan riak cairnya apabila mendengar suara itu. Kalau Haiden perasan habis dia.

"hah abang duduk la sini, Nel nak buat air kejap". Adriel hanya mengikut dan melabuhkan punggungnya di sofa tempat Nelyna tadi.

"tak payah la susah-susah Nel". Segan Seri.

"tak apa, jom lah kita borak kat dapur". Ajak Nelyna. Mesti seri kekok apabila dia sorang saja yang wanita ada disitu.
 

SERI membantu Nelyna mengatur cawan untuk dibawa ke ruang tamu.

"terbuka juga ja hati awak untuk terima Haiden tu?". Apabila mengingatkan cerita Haiden kelakar juga. Bermacam-macam lelaki itu buat untuk pikat Seri. Sampai datang mengadu pada Adriel.

"saya nampak usaha dan kesungguhan dia, lama-kelamaan saya bukak saja pintu hati untuk dia". Sengeh Seri malu. Dulu bukan main dia jual mahal.

Kak Ton juga sudah gelakkan dia kerana termakan kata-kata sendiri.

*****

"sayang okay?". Risau Adriel dengan Nelyna. Bila malam saja pasti Nelyna akan mengaduh sakit.
"okay... Cuma Sakit pinggang sikit". Adu Nelyna. Masa mengandungkan Adyan dulu pon begitu, kerap sekali sakit pinggang.

"harini sayang buat kerja berat kan masa abang tidur tadi?". Teka Adriel. Berkerut dahi Nelyna. Tak laa berat sangat cuma tadi dia lap lantai sebab Adyan tertumpahkan air.

"mana ada...". Nafi Nelyna.

"nak abang urut?". Tangan Adriel memegang pinggang Nelyna.
"takpa Nel nak pergi tengok Adyan kejap". Belum sempat Nelyna ingin bangun Adriel menarik leengannya.

"Adyan dah tidur... Abang dah buatkan susu tadi". Jelas Adriel. Nelyna duduk kembali.

"sayang rehat lah, dah lewat ni". Akhirnya Nelyna akur juga.

Nelyna meletakkan kepalanya dilengan Adriel. Rutin pada setiap malam. Takpayah guna bantal dah.

"sayang...". Nelyna melangut sedikit untuk melihat wajah suaminya.
"hmm".

"i love you". Nelyna menyimpan senyum. Memang setiap hari kena blushing ka?. Haih sesungguhnya dia tidak kuat.

"okay". Itu saja jawap Nelyna.

Our Memories [C]Where stories live. Discover now