Kereta Audi R8 hitam memasuki perkarangan rumah Tengku Adam. Adriel keluar dengan muka ketat dan dinginnya. Ini yang dia tidak suka. Dipaksa untuk pulang. Baginya dia lebih suka duduk di rumahnya sendiri.
"hye abang!". Suara gedik itu menyapanya, bukan ibu tirinya saja dia tidak suka malah anak perempuan itu pon dia tak suka, baginya dua-dua menagihkan harta Tengku Adam saja. Adriel membuat muka menyampah dan mengabaikan saja sapaan tersebut. Pintu rumah dituju.
Syakila merengus kerana Adriel tidak pernah bersikap mesra dengannya.
"lama Riel tak datang sini". Masuk saja Adriel kedalam rumah Tengku Adam bersuara.
"hm". Adriel duduk di sofa berhadapan dengan Tengku Adam."Riel sihat?". Soal Tengku Adam lagi.
"macam yang daddy tengok sekarang". Datar Adriel menjawap. Dia malas dengan sikap daddynya yang sekarang."how about your study?". Wajah anak lelakinya dipandang.
"good". Sebut saja pasal study wajah Nelyna bermain difikirannya. Otaknya ligat ingin mengenakan Nelyna secukup-cukupnya."malam ni kita dinner sekali". Adriel mengangguk lalu dia berdiri ingin menuju ke biliknya.
"daddy nak cakap sesuatu". Langkah Adriel mati. Dia berpaling melihat wajah Tengku Adam.
"Riel penat, nak rehat". Adriel berlalu pergi dengan hati yang sebal. Tengku Adam mengeluh melihat kelakuan Adriel yang sudah berubah. Kegiatan Adriel juga dia sudah tahu. Tapi dipendam saja. Selagi tidak membawa sesuatu yang mudarat dia biarkan saja.
*****
"kenapa papa bawak Nel datang office ni?". Pelik Nelyna. Selesai saja makan tengahari tadi Dato Haznan mengajak Nelyna ke syarikatnya.
"saja, nanti Nel pon akan jaga Syarikat ni". Nelyna memandang Dato Haznan. Pendingin hawa lembut menampar pipinya.
"alaaa Nel malas laaa". Adu Nelyna. Dato Haznan mengeleng melihat Nelyna.
"Nel....". Nelyna mengeluh."yela-yelah". Mata Nelyna terhenti pada sudut fail yang agak lama. Cepat kakinya melangkah ke rak fail tersebut. Nelyna juga tidak tahu kenapa dia begitu tertarik dengan fail itu.
"ni fail apa papa? Nampak macam dah lama". Helaian demi helaian diselak. Macam sebuah projek. Nelyna melihat Dato Haznan mengeluh.
"tu fail 6 tahun lepas, papa ada nak buat projek dengan Tengku Adam". Nelyna terkedu. Tengku adam.... Daddy Adriel.
"tapi...". Ayat Dato Haznan tergantung.
"tapi?".
"ada orang kenakan Tengku Adam, dia jatuhkan Syarikat Tengku Adam. Tapi semua kata papa yang buat". Sedih Nelyna mendengar cerita Dato Haznan. Papanya difitnah.
"papa tak cuba terangkan dekat Tengku Adam?". Dato Haznan mengeluh lagi.
"dah... Baru-baru ni kami ada bincang. Tapi kami tak tahu lagi siapa yang buat semua ni". Tambah Dato Haznan lagi."it's okay, inshaAllah suatu hari nanti kita dapat tahu. So, papa tak nak sambung projek ni?nampak macam besar". Soal Nelyna.
"Nanti Nel akan handle". Nelyna terdiam.
"okay... I'll try". Kasihan Nelyna dengan Dato Haznan. Sanggup orang itu mengkhianati papanya.
*****
"Nel, banyak lagi ke nak beli ni?". Tangan mulus Airani sudah lenguh memegang memegang beberapa beg kertas berisi pakaian.
"cukup kot". Pulang saja dari syarikat Dato Haznan Nelyan terus mengajak Airani membeli belah.
YOU ARE READING
Our Memories [C]
RomansaBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...