BAB 16

2.3K 131 1
                                    

"Mak su!!!". Teruja sekali Nelyna dan Nadia berlari ke arah Puan Nuriani yang baru keluar dari balai ketibaan. adik  Kembar kepada mama mereka. Sejak kecil lagi dua gadis ini rapat dengan Mak Su mereka.

"Mak Su datang sorang?". Mata Nelyna meliar mencari anak lelaki kepada Puan Nuriani. Darwish. Muda setahun daripada Nelyna. Jumpa saja mereka bertiga boleh pecah rumah kerana ketiga-tiga mereka masuk air.
Yang sedihnya Pak Su mereka iaitu suami kepada Puan Nuraini sudah meninggal akibat kemalangan.

"ada.. Dia ke tandas dulu". Mereka mencari tempat duduk dahulu sementara menunggu Darwish.

"mak su sihat? Best tak kat France? Nelyna dengan Nadia nak pergi tapi tak sempat dengan study lagi". Puan Nuriani memang tinggal di France. Dia ada juga pulang semasa kakak kembarnya meninggal tapi selesai majlis dia berangkat ke France semula.

"sihat Alhamdulilah... Nanti Nelyna dengan Nadia boleh ikut Maksu ke sana". Nelyna mengangguk teruja.

"tak boleh Maksu Nanti kakak kena kawin, Nadia je boleh ikut maksu". Kata-kata Nadia mengundang cubitan dari Nelyna. Terjerit terus Nadia. Kakak dia bila cubit... Uih pedih.

"betul Nel nak kawin?". Tanya Puan Nuriani tidak percaya. Lagipun umur Nelyna sudah sesuai untuk membina rumah tangga.

"hah? Siapa nak kawin?". Suara Darwish menyapa tiga wanita itu.

"Awish!!". Nelyna dan Nadia bangun teruja.

"yeah it's me!". Gembira betul apabila mereka bertiga bertemu.
"cakap la... Siapa nak kawin!". Soal Darwish lagi?.

"Kak Nel!". Pandangan Darwish terarah kepada Nelyna. Sukar dipercayai.
"ada ke orang nak kat kau? Perangai dah la tak senonoh". Nelyna merengus. Ni la masalah Darwish. Suka mengutuknya.

"kau ni haa ada jugak yang sampai rumah tak cukup gigi kejap lagi". Penumbuk kecilnya dihala ke arah Darwish.

"eleh meh la tumbuk! Tangan pon besar ni". Darwish mengejek Nelyna dengan membuat bentuk bulatan kecil dijarinya.

"sudah-sudah tunggu korang bergaduh tak balik la Mak su". Puan Nuriani meleraikan pergaduhan kecil itu.

"jom balik Mak Su, Pak Alim dah tunggu lama tu". Ajak Nadia sambil menarik bagasi Puan Nuriani. Tersenyum dia dengan sikap anak-anak kakak kembarnya. Tiba-tiba pula terbit rasa rindu pada Nurin.
"lepas ni meriah la sikit rumah tu sebab Maksu balik!". Sorak Nadia.

"meriah jugak sebab ada aku". Sampuk Darwish. Nelyna menjeling. Yo la tu.

"tak! Ada kau menyemak ja". Gurau Nelyna. Darwish nak terasa hati? Memang tak la. Darwish pernah bagi gurauan lagi teruk dari ni.

"eleh kau. Dari dulu memang tak puas hati". Cemberut Darwish. Nelyna menjelir lidah dan berlari ke parking kereta apabila terlihat Darwish mengejarnya.

*****

"lama betul tak rasa masakan kau Mah". Puan Nuriani dan Mak Mah sebaya saja. Masing-masing menggelarkan diri dengan aku kau kerana sudah terbiasa dari dulu.

"kau makan jaa... Memang aku masak untuk kau dengan semua". Tergelak dua wanita itu.

"awish!! Bagi balik!!". Gelak mereka terhenti dengan jeritan suara Nelyna. Tak lain tak bukan Darwish lah yang mengusik.

"hahahhah ni boyfriend kau ke? Wow!". Telefon Nelyna yang terpapar gambar Adriel ditunjuk kepada Nelyna. Sebenarnya Nelyna saja ja nak stalk instagram. Tapi dengan pantas Darwish merampas telefonya.

"bukan! Ish bagi balik". Nelyna cuba menggapai telefonnya namun gagal. Walaupun Darwish muda padanya tapi ketinggian Darwish lebih daripada Nelyna. Biasalah lelaki.

Our Memories [C]Where stories live. Discover now