Teman Pili Bomba

4.9K 425 60
                                    

PERTUKARAN pasukan antara Charlie 114 dengan Alpha 122 berjalan dengan lancar. Dengar cerita semalam mereka mendapat panggilan khidmat khas tebuan pada jam 3 pagi. Kasihan muka masing-masing barai. Bersabarlah sahabat.

Semua anggota Alpha 122 berbaris secara bertiga-tiga. Cik Razak dan Cik Ros selaku penyelia pasukan berada di hadapan baris.

"Salam Alpha 122, macam yang kamu semua sudah maklum, Alpha 122 telah menerima seorang anggota baharu. Semalam kita tak sempat berkenalan secara formal maka pagi ini saya mempersilakan anggota baharu kita untuk memperkenalkan diri." Cik Ros menjemput Aira ke hadapan.

Aira keluar baris dengan begitu kemas dan berdiri di sebelah Cik Ros.

"Assalamualaikum dan Salam sejahtera, salam Alpha 122. Saya PBW 197018 Akmal Aira binti Zainuddin. Berumur 23 tahun. Berasal dari Selangor. Sebelum ni saya berkhidmat di Balai Bomba Segamat dalam pasukan Beta 098. Saya sebahagian daripada unit EMRS." Aira memperkenalkan serba sedikit tentang dirinya.

Dia masuk semula ke dalam baris. Setelah selesai, kami dibenarkan untuk keluar baris bagi menjalankan tugas yang telah ditetapkan.

"Akmal, hari ni giliran kau periksa pili bomba kan? Bawa la kembar kau sekali tengok jalan dekat sini. Bagi dia kenal komuniti." Cik Razak menyeru nama aku.

"Kembar? Saya lahir seorang je cik." Aku pelik. Bila masa pula aku ada kembar? Takkanlah Cik Razak ni tahu rahsia sebenar kelahiran aku. Drama sinetron sangat tu.

"Tu kembar kau tu." Cik Razak menunjuk ke sebelah kanan dengan muncung mulutnya.

Mata aku menyoroti tempat yang ditunjuk muncung mulut Cik Razak. Gadis bertudung biru gelap yang sedang memegang penggaruk daun berada dalam radar. Siapa lagi kalau tak lain dan tak bukan pastinya si Akmal Aira.

"Aira, kau ganti Kumar periksa pili bomba. Tu garuk tu pass dekat Kumar."Aku memberitahu Aira.

Kumar sudah sedia untuk menyambut garuk dan menyambung kerja Aira.

"Thanks, Kumar." Aira menyerahkan penggaruk itu kepada kumar.

"Kau tunggu depan kereta tu. Aku nak ambil senarai pili yang kita kena check. Kalau kau nampak Luthfi kau cakap la dekat dia kau ganti Kumar. Karang dia pergi cari Kumar pula." Aku terus berjalan untuk ke pejabat bagi mendapatkan senarai pili bomba yang perlu diperiksa.

Sekembalinya aku daripada pejabat dengan sebatang pen dan papan berkertas, kami terus bertolak ke lokasi pertama iaitu di sebuah taman perumahan.

"Aira, kau berapa tahun dah bertugas?" Aku bertanya. Maklumlah jauh lagi perjalanan. Nak juga berkenalan dengan kembar lain mak lain bapak aku ni. Kembar nama sahaja.

"Aku 4 tahun dah. Lepas SPM aku terus apply masuk bomba, kau?" Aira memulangkan soalan selepas menjawabnya.

"Kira aku lebih setahun je la daripada kau. Aku umur 24 kerja dah 5 tahun. Sama gak lepas SPM aku terus apply. Tapi tak bolej lawan abang Luthfi kita dah 10 tahun pengalaman jadi superhero," balasku.

Luthfi ni dia suka perasan muda. Tak mahu dipanggil encik. Dilayankan sahajalah tetapi hormat tetap hormat. Kalau tak hormat tak bergeraklah jentera.

"Lama tu sepuluh tahun. Mohon tunjuk ajar ya." Aira kagum. 10 tahun berkhidmat pastinya sudah ada pelbagai pengalaman yang dia tempuhi.

"Banyak la kau punya superhero, Mal. Aku ni tua pengalaman je tapi jiwa masih sweet seventeen," Luthfi berseloroh.

Sweet seventeen eh? Aduhai bapa anak tiga ni... Layankan sahajalah jiwa muda dia tu.

Luthfi membelok masuk ke sebuah taman perumahan. Di taman ini ada lapan pili bomba berwarna kuning yang perlu kami periksa. Pili bomba berwarna kuning ini pili bomba bermeter milik swasta.

ALPHA 122Where stories live. Discover now