Banjir Pt 1

3.8K 392 36
                                    

Kawasan lapang menjadi tempat helikopter kargo mendarat. Kami menggantikan pasukan yang telah datang lebih awal. Sampai sahaja disana, kami diberi sarapan ringan sebelum taklimat dimulakan.

Anggota daripada pelbagai badan beruniform dikumpulkan sekali. Daripada 90 orang anggota unit beruniform yang dikumpulkan, lima kumpulan mencari dan menyelamat dari rumah ke rumah yang terdiri daripada 5 orang anggota dalam satu pasukan akan digerakkan bagi memindahkan mangsa yang berada di rumah ke pusat pemindahan mangsa banjir. 25 lagi dihantar ke pusat pemindahan mangsa banjir manakala baki 50 akan dihantar untuk membantu kerja-kerja pembersihan kawasan yang sudah surut.

Pasukan penyelamat rumah ke rumah dibahagikan kepada pasukan Alpha, Beta, Charlie, Delta dan Echo.

Disebabkan pembahagian kumpulan adalah berdasarkan urutan nama, aku dan Aira berada dalam satu pasukan iaitu pasukan Alpha. Pasukan ini diketuai oleh seorang anggota SMART. Hanya Aira seorang sahaja wanita dalam pasukan ini. Itu memang sudah menjadi lumrah dalam tugas ini. Bilangan anggota perempuan terlalu kecil.

Kami menaiki Black Maria milik Polis DiRaja untuk ke pusat pemindahan mangsa banjir yang akan menjadi kawasan jagaan kami untuk lima hari akan datang. 25 orang yang ditugaskan untuk pergi rumah ke rumah semua naik dalam Black Maria tersebut.

Dalam pasukan Alpha selain aku dan Aira ada Haq anggota SMART yang berkhidmat di Balai Bomba Deramansara, Chandran dari Balai Bomba Alam Shah dan Shawn dari Balai Bomba Hilir Langat.

"Kau orang berdua ni kembar ke?" Haq bertanya kepada aku dan Aira.

"Tak, nama awal je sama." Aku menjawab bagi pihak Aira.

"Serious la bukan kembar? Ada iras kut. Mati-mati aku ingat kembar. Baru macam nak kagum ada pasangan kembar dua-dua jadi bomba." Shawn bagaikan terkejut benar dengan apa yang aku katakan.

"Shawn, orang kata muka iras ni kalau bukan pasangan kembar dia pasangan suami isteri." Chandran mencelah.

"Pergh suami STORM isteri EMRS. Padu weh."Shawn bulat-bulat percaya.

Aku pula yang jadi segan diusik begitu.

"Ish, ada pula macam tu. Kita orang ni tak ada apa-apa la. Dia tak hantar resume dekat ayah aku lagi jadi tak boleh proceed." Itu pula jawapan yang Aira beri.

Tak guna punya Aira. Dia nak selamatkan diri daripada diusik, dia kenakan aku sekali! Apa la salah mak aku bagi nama Akmal Harith? 😩

"Takpe, orang kata kalau dah jodoh tak ke mana." Celah Haq pula.

Mendengar apa yang Haq ungkapkan, satu Black Maria menyambut. "Aamiin!"

Aduhai perangai masing-masing. Malas nak layan.

Sampai sahaja kami ke pusat pemindahan mangsa banjir, barangan peribadi kami diletakkan dalam khemah petugas.

Masa 15 minit diberi sebelum kami pergi mencari dan menyelamat.

Aira menelefon aku.

"Weh, biskut kau ni nak bila?" Tanpa salam tanpa hello terus dia bertanya tentang biskut aku.

"Kau bawa je la naik bot kongsi dengan yang lain nanti," jawabku.

"Okay, see you in a bit!"

Kami berkumpul di tempat lori dan jentera yang membawa bot berada. Tanpa melengahkan masa lagi, lori dan jentera digerakkan.

Kampung yang bakal kami pergi ini baru sahaja dinaiki air pagi tadi disebabkan hujan lebat pada waktu malam dan paras air sungai naik dengan mendadak. Penduduk perlu dipindahkan dengan segera kerana dijangka malam ini hujan lebat akan turun sekali lagi. Cuaca sekarangpun agak mendung.

ALPHA 122Where stories live. Discover now