Aku memandang Azlan. Azlan membalas pandangan aku dengan sengihan seperti tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran aku. Pandangan dialihkan ke arah belakang kami.
"Apa?"
Hehehe... Tanduk setan memunculkan diri.
"Lew Raja Haiwan, kau pergi pujuk memerang tu." Aku tersengih sambil menyuruh Lew menangkap memerang yang sesat masuk ke dalam rumah orang.
"Macam ni la sahabat. Aku dah la baru je boleh bertugas. Sampai hati buat aku macam ni." Lew berundur setapak ke belakang.
"Lew Raja Haiwan, kalau babipun kau boleh tangkap, biawak kau boleh sebat, apalah sangat setakat memerang." Alex menepuk bahu kanan Lew.
"Macam mana la kau orang ni boleh survive sebulan aku tak ada? Betul la orang kata, watak utama ni tak boleh mati awal. Kesian watak sampingan tak terurus nanti." Lew mengeluh.
"Kau kan baru baik, bukan suruh wrestling dengan memerang tu. Itu kerja Akmal. Kira baik dah tu. Halang dia daripada lari je. Karang masuk rumah, satu hal pula." Azlan menepuk bahu kiri Lew.
"Betul, nanti Akmal Aira wrestling dengan memerang tu." Aku bersetuju dengan Azlan.
Pap!
Tamparan padu super pedas melekap di belakang badan aku. Kecil tapi bisanya kalah King Cobra. Nasib baik tak terkeluar jantung aku.
"Amboi bila Lew tak ada bukan main la masing-masing bermuram durja. Ni dah ada depan mata kau orang nak buli dia pula. Tak ada, hari ni Lew geng dengan aku. Kita jadi back up je Lew." Sejak bila Aira geng dengan Lew ni pun aku tak tahu.
"Finally, someone with common sense. Macam ni la EMRS sejati. Tak macam Alex tu. Sampai hati nak suruh aku yang lemah ni tangkap memerang. Aku belanja kau Solok Lada Nasi Kerabu Pak Yeh hari ni. Nasi dia kau claim dekat Akmal." Lew menunjukkan tanda ibu jari bagus kepada Aira. Tahu kau takut nak belanja Aira Nasi Kerabu set penuh. Boleh kurus dompetmu Lew.
Pada malam beradab Maggi Hot Cup itu, Lew sudah tidak perlu menggunakan alat bantuan pernafasan lagi cuma perkembangannya perlu dipantau dan dia dipindahkan ke hospital besar. Lew diberi cuti selama sebulan untuk pemulihan lengannya yang tertusuk besi. Mujur tiada tulang yang patah jadi proses pemulihan Lew lebih cepat. Kalau tulang yang patah, alamat lama lagilah dia hendak bekerja.
Jam 10 pagi kami menerima panggilan khidmat khas menangkap memerang yang tersesat dari paya. Akupun tak sangka ada memerang dekat Siber Raya ni. Tapi rumah mangsa keadaan inipun memang di kawasan yang berhampiran hutan paya.
Penjerut dan guni diambil. Kami perlahan-lahan menuju ke stor terbuka di belakang rumah pemanggil. Kelihatan ada seekor memerang sedang menyorok di sebalik rak dalam stor itu.
Azlan memandang aku dengan wajah serius.
"Weh, bunyi memerang macam mana?" Aduh Azlan ni, soalan tak boleh KBAT lagi ke? Mana ada cikgu ajar bunyi memerang dekat sekolah dulu.
"Eiiikkk Eiiikkk Eeeiiikkk." Lew membuat bunyi seperti tersepit.
"Woi dia gerak, dia gerak. Kau panggil dia mengawan ke apa Lew? Memang bunyi memerang macam tu ke?" Azlan yang memerhatikan memerang itu sedikit terperanjat dengan respon yang diberi oleh memerang tersebut.
Aku mendorong Lew untuk lebih dekat dengan pintu stor.
"Kau buat balik bunyi memerang tu bagi dia keluar sikit." Aku menepuk bahu Lew.
"Tapikan, cuba kau tengok. Memerang tu nampak macam sakit je. Macam lembik tak bermaya je aku tengok." Alex mencelah.
Betul juga kata Alex. Memerang itu langsung tidak berganjak dari tempatnya. Biasanya, haiwan ini agak sensitif dengan kehadiran manusia tetapi yang seekor ini diam terbaring seperti sakit.
YOU ARE READING
ALPHA 122
ActionALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap ular, selamatkan kucing dalam longkang, buka pintu terkunci, terjun dalam api, meredah banjir, tump...