Oink Oink

3.4K 406 117
                                    

Berbahagialah Aira seminggu ni dia duduk dalam bilik kawalan atau menbuat kerja-kerja ringan seperti membuat pemeriksaan pili bomba dan kerja pejabat sahaja. Bila benar-benar sembuh baru dia dibenarkan untuk mengikuti operasi.

"Weh, ada perempuan cantik cari Akmal." Sufi yang masuk tiba-tiba terus memberitahu berita tergempar.

"Siapa?" Aku bertanya.

Pandangan Aira tajam menikam aku. Sudah, jangan dia ingat teruna suci macam aku ni ada scandal pula. Akupun terkejut juga ni. Perempuan yang pernah cari aku, cuma mak aku je.

"Tak tahu tapi dia kata dia nak sangat jumpa anggota nama Akmal. Kau tengok la dulu," jawapan Sufi langsung tak membantu aku.

"Jangan kau menggatal pula. Takut nanti bakal kebun Aira disondol." Sempat Cik Zamani memberi nasihat rumah tangga.

Aku melangkah keluar untuk bertemu dengan wanita itu. Memang cantik orangnya. Rambut ikal mayang diikat kemas. Baju kurung kapas biru berbunga putih menyerlahkan keayuannya.

"Cik cari saya ke?" Aku menegur wanita itu.

Tatkala dia berpaling lalu memandang aku. Aku terjeda sebentar. Aku kenal wanita itu. Tak sangka kami akan bertemu lagi. Dia memegang bekas mungkin berisi makanan. Dia nampak sedikit terkejut bila matanya bertentang dengan mata aku. Pantas aku melarikan pandangan.

Dia berkata sesuatu kepadaku. Suaranya lembut dan sayu. Langsung tak sama seperti kali terakhir kami bertemu. Waktu itu, suaranya keras memetir saat dia mahu ucapkan selamat tinggal. Aku benar-benar tidak menyangka dia akan datang ke balai tempat aku bertugas dalam keadaan penuh penyesalan begini.

Selesai dia berkata-kata, aku hanya mengangguk faham lalu meninggalkannya sekejap. Terlintas di kepala detik-detik pertemuan kami. Aku tak tahu macam mana nak jelaskan perkara ini kepada Aira. Aku tak tahu apa reaksi yang Aira akan beri jika dia bertemu dengan wanita itu nanti.

Pintu Bilik Operasi Alpha 122 aku buka perlahan-lahan.

"Dia cari Akmal Aira, bukan Akmal Harith. Mangsa cubaan bunuh diri dekat hospital haritu. Dia kata dia cuma ingat anggota bomba yang tarik tangan dia nama Akmal. Terkejut dia Akmal perempuan tiba-tiba jadi lelaki. Pergi la jumpa dia." Aku memberitahu kepada Aira.

"La, ingatkan scandal lama datang. Baru nak gaduh." Aira terus bangun.

Eh eh dia ni, orang lain nak elak gaduh, dia sengaja nak cari gaduh. Risau juga bila orang selalu sebut tentang ujian bertunang. Tapi insya-Allah tak ada apa-apa selagi saling jujur dan mempercayai antara satu sama lain.

"Perhatian, perhatian, perhatian! Panggilan kecemasan kemalangan jalan raya beralamat di Jalan Kuari. Semua anggota bertugas diminta bersedia."

Langkah pantas diatur ke jentera. Jalan Kuari itu jalan yang selalui dilalui oleh lori-lori besar. Kemalangan di jalan itu boleh mendatangkan banyak bahaya kepada orang lain.

"Katanya lori terbalik. Ada mangsa." Cik Razak memberitahu serba sedikit perincian kes.

Jalan ke sana agak sesak. Polis trafik telah menutup keseluruhan jalan. Sudahlah jalan yang digunakan itu jalan tanah merah yang tidak berturap, memang bersalut tanah la nampak gayanya. Setibanya di sana, kami terkesima. Ada seorang mangsa berkaki dua di kepala lori. 40 lagi mangsa berekor pendek berkaki empat tidak berleher berwarna merah jambu cair riang-ria terkedek-kedek bermain di jalan raya.

Aku, Lew, Alex, Eric, Kumar, Sufi, Cik Razak, Cik Zamani dan Luthfi saling berpandangan. Lori yang kemalangan itu rupanya lori dari ladang menternak khinzir.

Mangsa manusia kami selamatkan terlebih dahulu. Lew memanjat kepala lori dan mengepak pintu lori yang tersangkut. Syukur pemandu berada dalam keadaan yang baik.

ALPHA 122Where stories live. Discover now