Syukur jam 2 petang tadi, kami mendapat perkhabaran bahawa oksigen Lew naik ke paras 90%. Tapi dia masih dipantau kerana kadang bacaan oksigennya tidak stabil. Turun naik. Semoga terus naik lagi dan dia boleh sedar.
Aku melihat Aira yang sedang bersembang dengan anggota-anggota wanita lain. Kumpulan kami sudah digantikan dengan kumpulan bertugas lain.
"Tu, suami Aira." Salah seorang daripada mereka perasan kehadiran aku.
"Saya nak ambil Aira sekejap tak apa ya?" Aku bertanya. Manalah tahu mereka ada perancangan lain.
"Sila, sila. Lamapun tak apa."
Tangan Aira aku genggam lalu aku membawanya keluar dari situ.
"Abang buat announcement abang suami ayang ke macam mana ni? Semua orang tahu Akmal Harith suami Akmal Aira." Aira bertanya.
Macam mana la orang tak tahu kalau separuh gila aku mengamuk semalam? Nasib baik tak ada meja yang terbalik.
"Sort of..." malu la nak mengaku depan Aira.
"Kita nak pergi mana ni?" Aira bertanya lagi.
"Ada la." Aku tidak memberitahu hala perjalanan kami. Biarkan sahaja Aira berteka-teki.
Kaki melangkah ke kawasan yang sedikit terpencil daripada penglihatan mata orang. Di situ ada satu khemah kecil bertutup yang aku dapatkan dengan bantuan anggota lain.
"Gelap la dekat sini. Tak bahaya ke?" Aira mempersoalkan keselamatan kawasan yang kami tuju.
Hello Aira, suami awak ni bomba tau. Mestilah dah fikir aspek keselamatan. Memang aku sengaja pilih tempat yang gelap begini.
Pintu khemah aku buka dan periksa terlebih dahulu dengan lampu suluh.
"Duduklah." Aku menyuruh Aira duduk di pintu khemah. Dia patuh dengan arahan yang diberi.
Aku terus duduk di hadapannya dan menanggalkan tali kasut but yang dipakai oleh Aira. Kemudian kami masuk ke khemah.
Aira membuka lampu suluh. Katanya tak nampak muka aku. Stoking yang Aira pakai aku tanggalkan. Kecut habis jari kakinya. Belakang kaki Aira juga ada kesan melecet.
Lampu suluh yang menyala aku matikan. Nanti nampak macam wayang kulit. Hilang privasi kami. Tangan aku memegang tudung Aira lalu tudung itu aku tanggalkan. Sudah seharian dia berhijab. Kalau ditanggalkanpun cuma sekejap waktu mengambil wuduk dalam tandas mudah alih.
Ubun-ubuh Aira aku cium lama.
"Rambut ayang busuk la bang."
"Busuk-busukpun isteri abang juga." Aku lagi sanggup menghidu bau rambut yang kepam daripada mencium jenazah yang wangi.
Aku tak nampak reaksi Aira dalam gelap malam ini tapi aku yakin pasti telinganya kemerahan sekarang kerana malu.
"Subuh tadi ayang solat tak?" Aku bertanya sebab kalau dia tak solat aku nak ingatkan dia supaya qada' solat itu. Sudah menjadi tanggungjawab aku untuk memastikan Aira menjaga solatnya.
"Solat. Ayang ambil wuduk khuf. Nasiblah ada air mineral botol 500ml tu dua. Satu buat wuduk, satu lagi buat minum. Feeling dia macam solat dekat medan perang." Aira bercerita.
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas kurniaan isteri yang cerdik dan solehah. Isteri yang berbakti dan menjaga solatnya.
Wuduk khuf itu mudah sahaja. Ruksah ini selalunya digunakan oleh pasukan keselamatan semasa operasi. Wuduk yang sempurna perlu diambil terlebih dahulu. Tempoh wuduk khuf adalah dalam masa 24 jam selepas wuduk yang sempurna terbatal. Sapuan air untuk wuduk khuf hanya pada anggota wajib wuduk iaitu wajah, lengan hingga siku, dahi, telinga dan bahagian kaki diganti dengan menyapu kasut. Semuanya cukup dilakukan sekali sahaja bagi menjimatkan penggunaan air.
YOU ARE READING
ALPHA 122
БоевикALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap ular, selamatkan kucing dalam longkang, buka pintu terkunci, terjun dalam api, meredah banjir, tump...