Desperate SAR

3.3K 411 80
                                    

Aku ditenangkan oleh Cik Razak. Diajarnya aku mengucap dua kalimah syahadah dan beristighfar. Aku duduk merenung kosong tapak operasi yang sudah terjejas teruk. Semua laluan yang sudah dibuat habis musnah. Laluan masuk baru perlu dibuat.

Ada seorang pegawai bomba menghampiri aku.

"Husband Akmal Aira?" Dia bertanya kepada aku.

"Saya." Aku mengiyakan.

"Saya tak pernah jumpa perempuan yang sangat berani macam dia. Saya ada dengan dia masa siren pertama dibunyikan. Dia tak mahu keluar sebab ada tangan budak kecil yang terperangkap bawah runtuhan pegang jari dia. I'm so sorry to leave your wife all alone. Dia tak mahu tukar tempat dengan saya." Pengakuan yang dibuat olehnya langsung tidak memeranjatkan aku.

Itu memang sifat seorang Akmal Aira. Dia mempunyai empati yang terlampau tinggi dan sangat komited dengan tugasnya. Mana mungkin dia akan meninggalkan seorang anak kecil yang ketakutan. Dia juga tak akan menggantikan tempatnya dengan orang lain yang mempunyai keluarga sendiri.

Anggota itu meminta maaf sekali lagi dan membiarkan aku bersendirian. Hujan yang turun selebat-lebatnya tadi mula reda. Aku tak boleh berehat. Fikiran aku kusut. Wajah Aira terbayang di ruangan mata.

Tanpa aku sedar, aku terlelap dalam keadaan duduk. Aira muncul dalam mimpi. Dia masih Aira yang sama. Garang dan kuat makan. Senyuman dan gelak tawanya menenangkan. Aku tidak mahu bangun daripada mimpi indah ini kerana yang menanti aku hanyalah realiti yang ngeri.

Apa yang aku nak cakap dekat keluarga Aira? Selama ini anaknya baik-baik sahaja tapi selepas berkahwin dengan aku baru sahaja beberapa hari sudah berlaku kejadian macamni. Sudahlah aku memikul harapan mereka agar kami pulang bersama. Aku tak mampu menjaga Aira. Aku tak tahu kalau aku layak menjadi suaminya.

Aku belum siap untuk kehilangan Aira. Aku tak mahu kehilangan Lew, sahabat aku. Ujian ini terlalu berat dan melemaskan.

~
Malam yang terasa begitu panjang akhirnya berakhir dengan laungan azan subuh.

Tanpa berlengah, aku terus bangun dan berwuduk. Ampunkan aku ya Allah... Aku lupa Engkau yang Maha Kuat. Aku lupa hakikat bahawa aku memang manusia yang tidak berdaya melainkan dengan izinMu.

Aku menyertai solat jemaah subuh. Pecah empangan air mata aku tatkala selepas solat, imam membacakan nama-nama anggota keselamatan yang hilang dalam misi dan terselit nama Akmal Aira binti Zainuddin di dalam doa itu.

Selesai solat, aku rasa terawang-awang. Hilang pedoman. Aku tak tahu ke mana harus aku pergi dan apa yang patut aku buat. Aku hanya duduk di situ kerana otak aku tak dapat mencari tindakan seterusnya.

"Akmal, kita cari Aira sama-sama. Selagi kita tak jumpa jasad dia, selagi tu ada kebarangkalian yang dia masih hidup." Cik Razak menepuk bahu aku.

Aku takut nak berpegang pada kata-kata Cik Razak. Harapan itu datang dengan kemungkinan patah hati. Aku dah tak ada hati untuk dipatahkan lagi. Jiwa aku dah tak ada.

"Akmal, kita cari Aira sama-sama. Dia juga keluarga Alpha 122. Lew pun tengah berjuang untuk hidup dia. Kalau dia tahu kau broken macam ni mesti dia akan perli kau punya." Kumar menghulurkan tangan.

Aku boleh bayangkan Lew memerli aku kata sia-sia je selamatkan kalau lembik macam ni. Jadi bomba hati kena kental, fizikal kena mantap. Kalau tak tahan, pergi balik duduk bawah ketiak emak.

Seluruh pasukan Alpha 122 kecuali Lew yang berada di hospital dan Aira yang hilang dalam misi berada di hadapan aku. Mereka semua sudah siap sedia untuk memasuki lokasi operasi bagi meneruskan kerja-kerja mencari dan menyelamat.

ALPHA 122Where stories live. Discover now