Bro Is Nervous 🥶

3.5K 408 49
                                    

Purnama dan mentari tidak berhenti berkejaran. Sedar tidak sedar, sudah hampir tiba hari yang dijanjikan. Seram sejuk rasanya. Kecut perut tak dapat disembunyikan.

Tangan di hadapan aku jabat kemas.

"Aku nikahkan engkau Akmal Harith bin Ahmad Baihaqi dengan anakku Akmal Aira binti Zainuddin dengan mas kahwinnya RM300 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Akmal Harith..." kejap, lain macam bunyinya. Akmal Harith tu aku.

"Bro come on. Turun tingkat lapan guna tali kau chill je, takat nak jabat tangan bapa Aira takkan gelabah kut? Ulang sekali lagi." Azlan yang membantu aku berlatih untuk akad nikah esok mengeluh.

"Aku kata, makan dulu. Akmal ni kau tak bagi dia makan, jadi gelabah biawak macam ni la." Lew mencampakkan pisang kepada aku.

Pisang itu aku sambut. Malam ini, bujang Alpha 122 berkumpul di rumah aku. Darwish, Lew, Alex, Azlan dan Nufail nak buat Bachelor Party untuk aku katanya sebab lepasni, dah tak boleh datang melepak rumah aku.

"Sampai hati kau kahwin dulu kan? Padahal aku yang bertunang dulu. Tapi apa boleh buat, aku di sini cik tunang di Sabah nun." Alex terkenang tunangnya yang jauh di mata tapi dekat di hati.

"Tunang kau dekat Sabah je Alex, naik kapal terbang boleh sampai. Tunang aku yang dekat masa depan ni apa cerita? Batang hidungpun tak nampak lagi." Lew membaling bantal pada Alex.

"Plot twist, lepas ni Darwish jalan dulu." Aku mencelah.

"Mana ada, aku single lagi." Darwish menafikan.

"Single lagi tapi dekat chat ada sayang 1, sayang 2, sayang 3. Scandal ramai budak ni." Nufail mengunci leher Darwish dengan lengannya.

"Tak baik fitnah orang tau." Darwish menepuk tangan Nufail minta dilepaskan.

Kami semua tergelak. Darwish akhirnya dilepaskan. Seronok mengusik Darwish yang masih hijau ini.

Pintu rumah aku diketuk. Luthfi dan Kumar rupanya yang muncul.

"Ini parti orang bujang la. Ke nak tambah cawangan?" Azlan bertanya sengaja mengusik.

"Banyaklah kau punya tambah cawangan. Kalau Yashini dengar, mati aku kena lempar kuali," jawab Kumar.

Aku tak boleh bayangkan Kak Shini lempar kuali pada Kumar. Kak Shini tu Cikgu Bahasa Inggeris paling baik hati pernah aku kenal. Tapi orang kata, orang baik ni jangan dicabar amarahnya. Silap hari bulan bukan takat kuali melayang, pisau dan pinggan ikut terbang.

"Aku datang sini bukan apa. Nak turunkan ilmu rumah tangga yang padu punya." Luthfi melangkah masuk bersama kumar.

Aku dah kena duduk sekali dengan abah dan ayah. Sama juga mereka menurunkan ilmu rumah tangga. Macam-macam amanat aku terima.

"Nak dengar juga. Untuk rujukan masa hadapan." Bujang yang lain sibuk mengelilingi Luthfi padahal yang nak kahwin tu aku.

Luthfi mengambil tempat duduk di sofa untuk seorang. Dah macam sifu dia duduk di situ untuk mencurah ilmu.

"Boleh la, kau orang semua pun dah layak jadi bapak orang." Luthfi melayan sahaja.

"Saya belum lagi bang." Darwish mengangkat tangan macam budak sekolah.

"Apa yang belum lagi? Atuk aku sebelah mak umur 19 tahun anak dah lima. Dua pasang kembar. Sekarang anaknya ada empat belas, cucunya 27 nak masuk 30 sebab tiga anak menantu mengandung serentak, isterinya dua, seorang dah meninggal." Luthfi membalas dengan memberitahu salasilah ringkas keluarga kembangannya.

ALPHA 122Where stories live. Discover now