Hujan lebat ditambah dengan puting beliung dan tiupan angin kencang di Buana, Kedah telah menyebabkan berlalu fenomena kepala air yang dahsyat. Lapan buah kampung di daerah Buana telah ditenggelami air. Dikhabarkan banjir itu merupakan peristiwa banjir terburuk sejak tahun 1993. Pusat Gerakan Operasi Kedah telah meminta bantuan kekuatan anggota untuk mencari, mengesan dan memberi rawatan awal kepada mangsa yang terjejas. Selain bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Angkatan Tentera DiRaja Malaysia dan Pasukan SMART yang melapor terus di bawah Majlis Keselamatan Negara turut turun padang bagi meringankan beban mangsa banjir.
Katanya, memang keadaan di sana terjejas teruk. Ada rumah yang dinaiki air sehingga ke paras bumbung.
Semua anggota STORM dan EMRS Balai Bomba Siber Raya dikumpulkan setelah mendapat arahan daripada ketua balai. Anggota STORM di sebelah kanan, EMRS di sebelah kiri.
"Balai Siber Raya akan hantar 2 anggota STORM dan 2 anggota EMRS untuk misi banjir di Buana, Kedah. Macam biasa, sebelum saya keluarkan senarai, saya nak minta sesiapa yang sukarela untuk ke sana angkat tangan."
Empat anggota STORM termasuk aku serta tiga lagi anggota EMRS mengangkat tangan. Bila ada lebih yang menawarkan diri, maka ketua balai akan memilih.
"Terima kasih kerana sukarela memudahkan kerja saya. Akmals daripada Alpha, Zahid daripada Beta dan Muhaimin daripada Charlie. Esok berkumpul jam 4 pagi depan tiang bendera. Kamu semua akan naik helikopter dekat PGO jam 5 pagi." Ketua balai memilih.
"Seorang lagi siapa tuan?" Ada yang bertanya.
"Oh, Alpha ada dua Akmal sekarang. Akmal Harith STORM dan Akmal Aira EMRS. Kalau dua yang sama dia jadi plural tambah s." Selamba ketua balai menjawab sambil mengajar Bahasa Inggeris darjah satu.
Aik, sejak bila pula aku dah jadi kombo dengan Aira? Aduhai warga Balai Bomba Siber Raya ni...
"Boleh ya Akmalsss?" Ditekan-tekan bunyi s di hujung nama Akmal biar jelas kedengaran.
"Boleh, tuan!" Serentak aku dan dan Aira menyahut.
Terpaksa reda sahajalah dengan panggilan tuan ketua balai ini. Berani kau nak lawan dia? Aku tak berani. Silap hari bulan dia gantung aku dekat tiang ganti bendera tak ke haru hidup?
Mesyuarat dibubarkan. Aku, Aira, Lew dan Alex terus pergi ke bilik operasi Alpha 122.
"Siapa yang bertuah dapat pergi Buana?" Cik Ros bertanya.
"Akmals. Ye la haritu ada orang kata dekat aku, apa barang dating dekat EMRS, sekali dia dating dekat Buana terus." Alex menggunakan nama kombo yang diberi oleh ketua balai. Habis la lekat nama tu lepas ni.
"Girlfriend Akmal orang Buana ke? Pass pisang tu nampak macam sedap je." Aira bertanya dengan muka blur.
Dalam banyak-banyak benda, sesisir pisang atas meja di sebelah aku juga yang dia perasan.
"Aku tak ada girlfriend la." Aku membaling sebiji pisang ke arah Aira. Aku juga mengambil satu untuk aku.
"Ooo kau nak dating dengan aku la kiranya? Nanti hantar resume dekat ayah aku. Selamat maju jaya." Aira bercakap dalam nada bergurau.
"Uuu...." seluruh Alpha 122 bersorak mengusik aku.
"Bila masa pula aku cakap aku nak keluar date dengan sesiapa ni?" Sebiji lagi pisang aku campak kepada Aira.
Sebiji lagi aku makan.
"Cuba tengok kulit pisang kau orang. Orang kata kalau buka kulit pisang tiga, dia monyet bukan manusia." Azlan menunjuk ke arah kulit pisang aku.
Memang sah la aku kupas tiga.
"Weh kau pun nyet juga macam aku." Aira tergelak sendiri.
Mudah terhibur la budak ni.
YOU ARE READING
ALPHA 122
ActionALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap ular, selamatkan kucing dalam longkang, buka pintu terkunci, terjun dalam api, meredah banjir, tump...