Khidmat Komuniti Pt 2

3.1K 403 70
                                    

Selesai menukar pakaian kering, kami bergerak ke taman rekreasi di Taman Bakti Jaya. Mereka meminta bantuan untuk menebang pokok yang sudah condong sambil membersihkan kawasan sekeliling. Alang-alang bomba sudah sampai di sini, penghulu taman juga meminta pihak bomba melakukan demonstrasi kebakaran yang melibatkan kecemasan di rumah.

"Cik, tumpang sidai baju ya?" Aku meminta izin untuk menumpang ampaian kosong di sebuah rumah berhampiran taman tersebut.

"Ha, sila-sila." Tuan rumah memberi izin untuk menggunakan ampaian rumahnya. Bukan selalu ampaian rumah bersidai dengan celorang bomba.

Semoga cuaca hari ini baik agar kami dapat memakai baju yang kering untuk operasi penebangan pokok jam 2 petang nanti.

Pada jam 11 pagi ini, demonstrasi pemadaman api akan dilakukan oleh yang tak lain dan tak bukan, ikon Balai Bomba dan Penyelamat Siber Raya merangkap bakal wajah kalender tahun hadapan yang sama cantik sama padan merangkap kesayangan ramai; The Akmals. Budak-budak Alpha 122 la ni betul-betul bersungguh nak buat video YouTube. Si Izzat burger tu pun elok je dia setuju. Punya bersungguh sampai siap beli kamera GoPro lagi tu.

Ahli Jawatankuasa Program Gotong-Royong Perdana Taman Bakti Jaya sudah menyediakan mikrofon dengan pembesar suara mudah alih.

Hari ini, akan ada dua tutorial yang ditunjukkan. Pertama, memadam kebakaran api dapur yang berpunca daripada minyak dan gas. Kedua, pemadaman api menggunakan alat pemadam api.

Kumar dan Sufi menyediakan kawasan demonstrasu dapur gas terbakar. Dapur gas mudah alih, kuali dan minyak dikeluarkan.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera penduduk Taman Bakti Jaya yang sempoi habis. Apa khabar semua?" Aku bertanya kepada para penduduk yang sudah berkumpul di kawasan padang bola Taman Bakti Jaya.

"Waalaikumussalam,"

"Baik,"

"Sihat alhamdulillah," pelbagai jawapan aku terima daripada penduduk taman perumahan ini.

"Alhamdulillah. Hari ini saya bersama dengan rakan-rakan sepasukan saya akan tunjukkan cara untuk padamkan api minyak. Ye la kadang mak-mak ni kan banyak benda nak dibuat. Dalam kepala ada tujuh tab dibuka." Aku memberi mukaddimah terlebih dahulu.

"Cik Aira kita ni kisahnya tengah goreng keropok. Tiba-tiba telefon dia berbunyi." Aku mencipta scenario yang mengarah kepada kebakaran.

Aira yang benar-benar sedang menggoreng keropok ikan yang aku tak tahu dia rembat dari mana meletakkan telefon ke telinganya.

"Mak dia telefon bagitahu katalog Tipuwear baru dan sampai. Tergesa-gesalah Cik Aira angkat keropok yang dia goreng tadi, takut hangus punya fasal. Tapi, Cik Aira lupa nak tutup api sebab sibuk betul nak tengok katalog Tipuwear baharu. Dijadikan cerita, api menyambar minyak dalam kuali sebab kuali dah terlalu panas." Aku menyambung cerita.

Kali ini, Azlan membakar minyak yang berada di dalam kuali menggunakan pemetik api panjang. Dilarang melakukan aksi merbahaya ini di rumah.

"Cik Aira kita dah tersedar yang kuali terbakar. Biasanya apa yang kakak-kakak sekalian akan buat?" Aku membuka ruang komunikasi dua hala.

Macam-macam jawapan aku terima.

"Siram air,"

"Tekup tuala basah,"

"Telefon bomba,"

Aku tersenyum. Ada jawapan yang tepat, separa tepat dan ada juga jawapan yang amat salah.

"Reaksi pertama suri rumah bila nampak api biasanya macam ni, kalau suami ada dekat rumah, " Abang, tolong ada api!" betul tak puan-puan? Suami dulu yang dicari. Biar dia yang menguruskan api tu." Aku mengajuk suara suri rumah panik.

ALPHA 122Where stories live. Discover now