Akmals

5.1K 411 59
                                    

Hari ini hari Ahad merangkap hari cuti kami. Sepupu aku berkahwin hari ini jadi kiranya ini majlis perkahwinan pertama yang kami hadiri sebagai pasangan suami isteri. Rasa teruja pula kerana sudah berteman sekarang.

"Ayang, tengokkan kejap dalam almari abang. Ada tak dompet dalam jaket abang pakai semalam. Abang cari tak jumpa la." Aku meminta bantuan Aira yang sedang memilih tudung untuk dipakai dengan baju yang telah aku pilih.

Aira yang taat dan solehah terus membuka almari seperti yang aku pinta.

"Abang, cantiknya warna dia. Patut la abang beriya nak cari baju hari ni. Terima kasih." Aira amat terharu apabila melihat tudung jahit tengah bidang 50 yang sudah siap bergosok dan tergantung elok.

Aira lebih selesa mengenakan tudung sarung. Katanya tudung berpin banyak atau berjarum ini berisiko tinggi. Bimbang tercabut atau tercedera kerana pin bila berlaku kecemasan. Memang anggota bomba sejati sungguh. Aira hanya memakai tudung bawal berpin pada acara tertentu sahaja. Aku tak kisahpun dia nak pakai tudung bawal ke tudung sepat ke tudung keli ke asalkan dia bertudung elok sudah cukup baik. Tapi apa salahnya menghargai seorang isteri dengan hadiah kejutan begini.

Aira terus menyarung tudung itu. Agak longgar sedikit tetapi disemat kemas dengan pin tudung.

"Labuh sikit daripada yang sayang biasa pakai, tak apa ke?" Aku bertanya. Manalah tahu dia tak suka tudung yang agak besar.

Aira memandang refleksinya pada cermin lalu dia memusingkan sedikit tubuh untuk melihat bahagian belakang tudung itu. Segalanya cantik terletak.

"Mana abang tahu ayang nak tudung ni?" Aira bertanya.

"Aira nak tudung macam ni ke?" Aku memulangkan soalan itu sambil membuat wajah acah terkejut.

Mestilah aku tahu dia mahu tudung itu. Sudah dua tiga kali aku perasan Aira melihat akaun Instagram butik tudung itu cuma tak dibeli.

"Sebenarnya memang dah lama teringin nak pakai tudung labuh sikit tapi ye la, masa kerja ayang pakai tudung masuk dalam baju. Nanti apa orang kata kalau tiba-tiba dekat luar pakai tudung labuh. Nanti orang kata ayang main-main." Aira menyuarakan kebimbangan yang tidak pernah aku ketahui. Aku ingatkan dia tak mahu beli sebab tunggu gaji dulu.

"Kalau tak pakai uniform operasi, tudung ayang elok je bawah dada. Aurat lenganpun terjaga. Kaki memang tak ada isu sebab pakai but selalu. Kalau pakai baju operasi, walaupun tudung masuk dalam, baju sayang tak ketat dan baju kitapun tebal jadi tak nampakpun bentuk lekuk. Ayang, ayang dengar abang cakap ni. Orang nak kata apa tak penting. Kalau asyik fikir apa pandangan orang, nanti kita sendiri yang lemas dan rugi. Abang izinkan dan sangat galakkan sayang pakai tudung labuh. Tak payah yang bidang 100 pun tak apa, asal sayang pakai selesa. Apa yang kita cari itu reda Allah, bukan reda manusia sayang." Aku mengambil gambar Aira yang mengenakan tudung bidang 50 untuk kali pertama.

"Abang, tudung bidang 100 mana ada. Tu dah macam telekung. Paling besar bidang 60 je. Thank you." Aira tergelak kecil sambil memeluk aku. Kepalanya dirapatkan ke dada aku.

Manalah aku tahu bidang tudung bagai ni. Aku bukan kerja jual kain. Nanti aku akan belikan lagi tudung begitu untuk Aira memandangkan dia suka dengan tudung itu. Bila ada banyak pilihan warna semoga mudah untuk Aira terus bertudung lebih labuh.

~

Kaki kami melangkah ke majlis perkahwinan yang penuh meriah di rumah pakcik aku. Mak dan abah sudah datang lebih awal.

"Tok Cu ada dekat dalam. Boleh la kenalkan Aira dekat dia." Pak Ngah yang menyambut kedatangan kami memberitahu tentang kehadiran nenek saudara aku.

"Jom jumpa Tok Cu dulu." Aku mengajak Aira. Rindu pula dengan Tok Cu. Masa majlis kami dahulu, tak sempat hendak berjumpa dengan Tok Cu.

Aku membawa Aira masuk ke dalam rumah Pak Ngah. Ramailah saudara mara yang aku jumpa. Ada yang memang sudah lama tidak bersua muka. Teruja mereka bila melihat Aira bersama aku.

ALPHA 122Where stories live. Discover now