Ultimate Maggi Night

4.1K 409 41
                                    

Aira masuk ke rumah bersama satu beg bagasi dan satu lagi kotak misteri. Aku mengambil satu beg Aira dan membawa beg itu ke bilik tidur utama.

"Ayang, pergi la mandi dulu. Lepastu kita asar sama-sama. Maghrib karang abang nak turun surau, nak ikut ke?" Aku bertanya tanpa berpaling ke belakang.

Kosong, sepi tanpa jawapan. Bila aku berpaling, rupanya Aira tidak mengikuti aku.

"Sayang kat mana? Rumah kita ni pelan dia sama. Takkan sesat kut?" Aku keluar dari bilik.

Ruang tamu, tak ada. Bilik kecil, tak ada. Sah, mesti ada dekat situ punya. Aku terus pergi ke dapur. Kelihatan Aira sedang berada di peti sejuk. Aduhai sayang, peti sejuk juga yang dicarinya dulu.

"Lapar ke yang? Lepas asar karang abang masak. Boleh solat tak ni?" Aku bertanya kepada Aira.

Dia mengintai dari sebalik pintu peti sejuk.

"Ayang nak letak barang basah dengan pes kejap. Tapi tengah terkejut dengan peti sejuk abang ni. Teratur sangat. Takut nak letak," kata Aira.

Aku semak tengok peti sejuk yang berserabut jadi peti sejuk aku memang aku letakkan bekas-bekas untuk mendapatkan susun atur yang baik. Bab dapur ni jangan main-main dengan aku.

"Ayang letak je dulu nanti kita susun balik. Boleh solat tak ni?" Aku ulang semula soalan.

"Boleh bang, kan pagi tadi sayang solat sunat nikah dengan abang lepastu solat zohor pula." Aira menjawab.

Aku tiba-tiba terasa kurang cerdik disebabkan soalan yang aku utarakan tadi.

"Manalah tahu, orang perempuan ni kan tiba-tiba je darah keluar. Tengah puasa tinggal 10 minit lagi, tiba-tiba red flag." Aku acah cover line.

"Shhh, jangan disebut. Nanti dia datang betul-betul baru tahu. Cycle ayang hujung bulan ke awal bulan. Biasanya 27 ke 28 haribulan. Minggu depan la kiranya." Aira menutup pintu peti sejuk.

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang tatkala kami selesai mandi dan solat asar.

Telefon bimbit aku berbunyi. Setelah menjawab panggilan, aku beritahu Aira yang aku mahu keluar sebentar untuk mengambil barang.

"Ayang nak guna dapur boleh?" Aira bertanya.

"Ayang, ni rumah kita. Ayang tak payah minta izin. Cuma kalau nak keluar rumah kena bagitahu abang dulu tau. Takut tercari-cari pula, mana sayang abang ni." Aku mencuit hidung Aira kemudian bersiap untuk keluar sebentar ke bawah.

Tangga aku turuni dengan pantas supaya Delivery Koala yang membantu aku membeli barang tidak tunggu lama. Aku menyemak barang yang aku beli.

"Terima kasih banyak, bang." Aku menghulurkan RM50 sebagai tip.

"Eh, ni buat apa?" Terkejut dia apabila aku menghulurkan duit.

"Hadiah untuk abang yang bertuah sebab sanggup pick up order saya waktu peak hour orang baru balik kerja. Abang ambillah. Saya sebenarnya baru nikah pagi tadi, nak berkongsi kegembiraan je." Nak juga cerita dekat orang yang langsung tidak dikenali bahawa aku sudah beristeri.

"Alhamdulillah, bang. Terima kasih sangat-sangat. Dah dua hari anak saya terputus bekalan susu minum air kosong je. Semoga rumah tangga abang kekal sehingga syurga." Rider itu menadah tangan dan mendoakan kesejahteraan kami.

Mungkin, inilah yang dipanggil rezeki anak.

Aku naik ke rumah aku bersama beg plastik di tangan.

Buka sahaja pintu rumah, sudah kedengaran Aira menggoreng sesuatu untuk minum petang.

"Abang nak teh ke kopi?" Aira bertanya sejurus sahaja aku berada dalam radar penglibatannya.

ALPHA 122Where stories live. Discover now