Selepas subuh, aku terus turun ke padang sekolah. Semalam dah bantai makan malam pakej tiga bun roti tak termasuk roti aku sendiri, pagi ni semua itu perlu dibakar supaya ada ruang untuk sarapan pagi.
Nampaknya aku tak sendiri di padang sekolah ini. Ramai juga petugas terutama yang berasal dari pasukan unit beruniform menjalankan rutin senaman pagi di sini. Bila dah sebati dengan jiwa, pasti susah untuk ditinggal.
"Salam bang, turun PT ke?" Seseorang yang berseluar celoreng askar dengan baju berlambang Angkatan Tentera DiRaja menegur aku yang berseluar celoreng bomba.
"Waalaikumussalam, macam biasalah. Takut pancit bila kerja kena la warm up dulu pagi-pagi." Aku menyambut salamnya.
Kami berpusing keliling padang sambil bersembang. Namanya Adam Iskandar. Asal kelahirannya di negeri Selangor. Katanya, dia masih belajar di Universiti Pertahanan dengan gelaran pegawai kadet. Mereka ke sini untuk menghulurkan bantuan tambahan. Baru sahaja sampai semalam.
Kami berhenti di tengah padang untuk membuat regangan. Dari kejauhan kelihatan ada seseorang mengejar kami dengan kepantasan cheetah. Semakin dekat, semakin aku kenal dirinya. Itu Aira. Takkanlah rindu aku sampai sanggup bekejar macam lumba lari. Janganlah buat aku rasa macam ni. Sebab semalam ke dia jatuh hati dekat aku? Berat juga ni. Patut ke aku lari?
Sangkaan aku meleset. Bukan aku yang menjadi sasarannya tetapi Adam Iskandar. Tanpa salam dia memukul kepala Adam dengan kuat. Adam terkejut, aku sepuluh kali terkejut. Aira bukan sahaja menyentuh seorang lelaki tetapi juga memukul kepala seorang anggota tentera. Dia ni dah kenapa? Nak timbulkan konflik antara badan beruniform ke? Jangan buat gila, Aira. Tentera ada senapang, kereta kebal, bom, drone, jet pejuang, peluru berpandu segala. Kita ni ada hos je. Tak mampu nak lawan semua tu.
Adam menangkap tangan Aira. Aku pula yang panik. Aira pantas mencucuk perut Adam dan menjatuhkannya lalu duduk di atas badan Adam. Aku salah bagi dia makan roti ban ke semalam? Tapi aku makan roti yang sama, tak ada pula rasa nak serang orang pagi-pagi.
"Along, dah long, taubat dah dah bangun." Adam menepuk rumput berkali-kali tanda menyerah kalah.
Along?
"Kau ni kan ngah, datang sini tak berkhabar. Berani kau tak jumpa aku dulu?" Aira mengangkat tangannya.
Adam pantas menangkat tangan sebagai refleks. Nampak sangat dia pernah trauma disebabkan oleh Aira. Garangnya Aira versi Along. Lain benar dengan imej Aira yang aku kenal.
"Bukan tak khabar long, mana la aku tahu kita boleh jumpa dekat pusat yang sama. Aku bagitahu dah kan hari ni aku ikut operasi banjir. Kau pun tak kata kau dekat pusat mana." Adam tidak puas hati kerana diserang hendap.
"Dah tu yang kau pergi tegur kawan sebalai aku kenapa?" Aira tak puas hati lagi.
"Aku nampak seluar abang ni lepastu aku nampak tulisan Alpha 122 dekat belakang baju dia. Aku teringat dekat kau. Kami sembang sikit sambil jog lepastu aku baru nak tanya kau tapi tiba-tiba kena pukul." Suaranya kedengaran seperti merajuk.
"Ohhh... Sorry dam. Sakit ke? Meh Along tiup fuh fuh." Aira rasa serba salah pula.
Adam menghulur tangan. Huluran tangan itu Aira sambut. Dia tunduk untuk mencium tangan kakaknya dan mereka berpelukan.
"Kau bau kambing la long. Macam mana boleh cam aku?" Sempat lagi Adam mengusik.
"Berak kaupun aku yang cuci, kau boleh tanya macam mana aku boleh cam kau?" Aira bercekak pinggang.
"Adik kau ke?" Aku mencelah perjumpaan semula adik beradik ini kerana aku dah jadi macam tunggul kayu di sini
"Ha, ni la adik aku yang aku cerita tu. Dia ni la jadi spy aku dekat rumah masa aku tak balik dulu." Aira memperkenalkan Adam semula kepada aku sebagai adiknya.
YOU ARE READING
ALPHA 122
AcciónALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap ular, selamatkan kucing dalam longkang, buka pintu terkunci, terjun dalam api, meredah banjir, tump...