Sayonara, Buana

3.5K 427 81
                                    

Semua barangan peribadi dikemas. Hari ini, kami akan pulang ke sarang.
Lima hari empat malam di sini dengan pelbagai perkara yang berlaku pastinya memberi kesan secara langsung terhadap fizikal dan mental. Penat yang dikumpul-kumpul makin terasa.

Aku terasa diperhatikan. Semakin lama aku semakin terbiasa dengan pandangan tajam milik Adam. Macam aku nak rampas Along dia pula.

"Aku tak suka kau." Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba pula Adam menyatakan perasaannya.

Jangan orang ingat aku gay sudah kerana pengakuan Adam itu. Nasib baik orang kiri kanan aku tak ambil perhatian dengan apa yang sedang berlaku antara aku dan Adam.

"Tak semua orang perlu suka aku. Tak apa kau tak suka aku," balasku tenang.

Tak kenang budi punya Adam. Boleh dia kata dia tak suka aku sedangkan semalam aku dah kongsi maggi aku dengan dia.

"Along suka kau sebab tu aku tak suka kau." Adam sedang membuat pernyataan yang tak masuk dek akal.

"Mana ada kakak kau suka aku. Kami kan cuma sepasukan. Biasa la tu rapat sikit." Aku cuba membuat justifikasi.

"Kalau dia tak suka kau, kenapa sia cerita tentang ketakutan dia? Kenapa dia nak nangis dekat kau sedangkan dia tak pernah nangis depan sesiapa? Kalau dia tak suka kau, kenapa dia masakkan maggi untuk kau?" Persoalan demi persoalan Adam bangkitkan tetapi dia tidak habis lagi.

"Kau, kalau kau tak suka Aira kenapa gaya kau pandang Along lain daripada gaya kau pandang perempuan lain? Kenapa kau ambilkan makanan untuk dia? Kenapa kau baik sangat dengan Along yang gila garang tu?" Adam menyerang aku pula.

Aku memandang Adam. Beruntung Aira ada adik yang overprotective macam ni.

"Aku dah tanya dah ramai petugas dekat sini. Semua orang kenal Akmal-Akmal. Apa maknanya semua tu? Along tak perasan lagi semua ni sebab dia memang selalu buta dengan perasaan sendiri. Dia buta emosi. Jadi aku nak kau jauhkan diri daripada dia sebelum dia jadi bodoh lagi sebab cinta. Kalau tak, kau yang akan tanggung akibatnya." Adam memberi amaran keras.

Aku memandang Adam. Tak tahulah apa yang aku nak buat dengan budak ni.

"Adam, kakak kau tak buta emosi. Dia yang paling celik antara kita. Bukan salah kakak kau bila jiwa besarnya dimainkan orang. Bukan salah kakak kau ada empati yang tinggi. Bukan salah kakak kau suka mendahulukan orang lain berbanding kepentingan dia sendiri and all of these make your sister beautiful the way she is. Kau kena terima bahawa kakak kau sekarang dah bukan budak 17 tahun yang menangis sebab cinta. She is a proud member of Bomba Malaysia. Anggota unit khas EMRS pula tu. Akmal Aira yang aku kena tak sama macam Along yang kau gambarkan. Dia tabah, berani, bertoleransi, cintakan haiwan, empati tinggi dan kuat makan. Bomba tak mampu nak ajar semua benda tu. Bomba cuma membentuk disiplin anggotanya. Your sister is bigger than you think." Aku mahu Adam nampak Aira yang sekarang. Bukan siapa sahaja Aira di masa lalu kerana itu semua tak penting.

Adam memandang aku dengan pandangan yang kelihatan bercampur emosinya. Aku ada salah cakap ke? Betul la tu Akmal Aira yang aku kenal.

"Abang, tolong jagakan Along. Along dah tak mahu kami jaga dia. Dia sibuk nak jaga semua orang." Adam mengambil tangan aku.

Ah, sudah...

"Kakak kau tak mahu aku. Dia asyik suruh hantar resume dekat ayah kau je. Katanya kalau hantarpun tak tentu lepas." Beritahuku.

"Sah dia suka kau. Along tak buat lawak-lawak macam tu. Hantar je resume. Nanti aku bagi surat sokongan. Nak nombor telefon boleh?" Adam mengeluarkan telefon bimbitnya.

Tak, cerita dia sekarang ni memang kena hantar resume betul-betul ke?

"Memang kena hantar resume betul-betul ke?" Aku bertanya kepada Adam. Dah alang-alang dia ada di sini.

ALPHA 122Where stories live. Discover now