"JANGAN KACAU AKU!" Gadis remaja dalam lingkungan usia 17 tahun itu menjerit dengan kuat.
Berat kes hari ini. Jam 10 pagi tadi kami mendapat panggilan khidmat khas cubaan membunuh diri di sekolah. Seorang pelajar perempuan sedang berdiri di tingkat empat dan mengugut untuk terjun. Situasi sedang cuba dikawal oleh guru-guru namun mereka tidak berani untuk mendekati pelajar tersebut.
Cikgu kaunseling sekolah itu mendekati kami dengan wajah yang penuh dengan kegusaran. Mungkin kerana dia menyimpan rahsia pelajar itu yang orang lain tidak tahu atas akta kerahsiaan maklumat klien yang menjadi pegangan guru kaunseling tersebut.
"Nama dia Ella. Dia memang ada masalah depression. Saya sendiri yang bawa dia ke klinik untuk sahkan perkara tu. Baru-baru ni keputusan exam dia drop sikit. Selalu dia score A A+ paling terukpun B+ la untuk semua subjek. Tapi, kali ni dia ada satu C subjek matematik yang selalu dia score A+. Dia memang frust tahap minta cikgu matematik lain semakkan kertas dia tapi memang tak naik dan tak turun markah dia. Memang penandaan tu tepat. Boleh tak kalau saya nak minta anggota perempuan yang naik pujuk dia sebab Ella ni dia macam ada trauma dengan lelaki. Saya nak naik sama juga." Cikgu itu begitu bersungguh ingin menyelamatkan anak muridnya.
"Cikgu boleh naik sama tapi biar anggota yang keluar. Aira, boleh pujuk?" Cik Razak memanggil Aira padahal rancangan awalnya aku yang sepatutnya memujuk.
"Insya-Allah boleh cik," jawabnya penuh yakin.
Aku, Aira, dan Lew naik ke tingkat empat bangunan itu. Anggota yang lain sedang mengepam beg udara besar dan membentang kanvas seandainya dia jatuh. Tetapi kebimbangan sekarang ialah kalau dia jatuh, kebarangkalian untuk terkena simen longkang lebih tinggi daripada jatuh ke tanah.
Kata cikgu itu, Ella ini budaknya pandai. Dia calon SPM harapan sekolah.
Aira sudah siap memakai tali keselamatan. Dia melangkah keluar daripada tingkap yang telah ditanggalkan cerminnya.
"Jangan dekat kalau tak aku terjun!" Ugut gadis itu sambil menangis.
"Adik, sini dekat akak. Cerita dengan akak, sayang." Aira cuba memujuk.
Dapat dilihat tubuhnya menggigil. Ketakutan dan kain bajunya basah mungkin kerana dia terkencing.
"Kau siapa nak kisah tentang aku? Semua orang tak faham aku kau ingat kau siapa?" Ella membentak geram. Dia duduk berjuntai kaki di hujung bangunan. Hanya tunggu masa untuk terjun sahaja.
"Akak ialah kamu dari masa depan." Jawapan yang diberi oleh Aira menyebabkan aku sendiri kebingungan.
"Kau mengarut apa ni?" Ella memusingkan badannya.
Seriau aku tengok posisi Ella sekarang ni. Betul-betul macam nak jatuh.
"Akak pernah rasa sakitnya tak dapat penuhi expectation semua orang and even now Ella, akak tak mampu jadi apa yang parents akak nak akak jadi. Akak jadi bomba tak jadi doktor macam yang mak akak nak. Akak cuma ada sijil SPM dan sijil bomba padahal semua orang expect akak sambung universiti. Dulu akak frust juga macam yang Ella rasa sekarang ni tapi sekarang akak dah happy, Ella. You wanna know why?" Aira memancing perhatian Ella.
Ella tidak memberi sebarang jawapan tetapi nampaknya dia lebih tenang dan membuka ruang untuk Aira.
"Akak duduk sana dengan Ella ya?" Perlahan-lahan Aira bergerak ke sebelah Ella.
Tali keselamatan yang Aira pakai aku panjangkan seiring dengan langkahnya. Aira turut duduk berjuntai kaki di sebelah Ella.
"Akak dulu pelajar yang aktif macam Ella. Sukan, unit beruniform, kelab semua akak masuk. Dalam masa yang sama akak selalu score exam. Sounds familiar?" Aira berjeda sebentar.
YOU ARE READING
ALPHA 122
AcciónALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap ular, selamatkan kucing dalam longkang, buka pintu terkunci, terjun dalam api, meredah banjir, tump...