Segar!
Aku selesai mandi bersabun serta berbedak Carrie Junior lagi. Macam bayi comel tapi tak jadi bayipun aku memang dah comel. Kejap, tak mahulah comel. Macho, kacak dan gaya kelelakian terunggul. Ha, baru kena dengan imej STORM.
Baju yang dipakai semasa operasi tadi dimasukkan dalam beg bertanda. Ada orang kampung yang cukup baik hati hendak mencuci baju kami. Bersyukur jugalah sebab kalau baju itu diperam untuk satu hari lagi, aku takut alat pernafasanpun tak boleh nak membantu.
Bila dah segar macam ni, perut terasa lapar yang amat. Manakan tidaknya, makanan berat yang aku makan hari ini cuma sewaktu sarapan pagi sahaja. Tengah hari tak lalu makan. Dapat la seketul asam boi daripada Aira.
Nak terjah makan malam, katanya satu jam lagi lebih kurang jam 9 malam baru siap kerana berlaku sedikit kelewatan dalam penghantaran bahan masakan. Itupun, giliran kami paling hujung lepas semua orang awam sudah dapat bahagian masing-masing. Roti serat tinggi yang tinggal suku itu lah menjadi mangsa. Biskut-biskut memang sudah habis lama. Telan sahajalah apa yang ada.
Telefon aku berbunyi. Siapa lagi yang nak menelefon kalau bukan Aira.
"Weh, nak makan awal tak?" Aira bertanya selepas memberi salam.
"Kau ni, selapar-lapar aku, tak adalag jahat sangat nak ambil hak orang lain dulu," balasku agak kurang senang dengan pertanyaan Aira.
"Ha, aku la yang jahat dekat sini. Penat-penat je balik operasi aku gagahkan diri buat kerja dapur bantu orang masak sebab dekat dapur ni memang ada kuota makanan dia sendiri sebelum hidang dekat orang. Aku ingat aku nak share bahagian aku tapi tak apalah, aku la yang jahat dekat sini." Aira sudah mula berdrama.
"Weh, serius la?" Alamak, rasa serba salah pula.
"Bab makanan aku tak pernah main-main, okay. Turun dalam masa 4 minit 30 saat. Kalau lewat tak boleh makan." Tegas Aira.
Aku telah berlatih di akademi bomba untuk saat-saat genting sebegini. Kasut kusarung kemas kerana kasut yang baik dapat membantu meningkatkan ketangkasan. Mess tin dan lampu suluh aku sambar lalu dengan laju aku berlari ke tangga. Apalah sangat tangga sekolah dari tingkat tiga ini kalau nak dibandingkan dengan latihan STORM ala komando yang aku terima dahulu. Aku membayangkan kedudukan kantin dan keseluruhan peta sekolah ini menggunakan kecerdasan visual-ruang yang dianugerahkan kepadaku untuk mencari laluan tersingkat ke dapur masak di kantin.
Ada pagar dawai hijau berpintu pagar setinggi 1 meter yang berkunci di kawasan jalan tersingkat ke dapur tapi jalan itu lebih pantas daripada jalan biasa. Tanpa memandang kiri kanan, aku memanjat pagar itu dan terus berlari ke dapur.
"Sampai!" Laungku sambil cuba mengawal nafas yang termengah-mengah.
Berpusing kepala semua orang apabila mendengar pengumuman aku yang begitu tiba-tiba. Alamak, mana aku nak sorok muka? Tak apa, acah yakin je.
"Maaf, maaf semua." Aira pula yang malu.
Tak fasal-fasal sebiji pisang terbang ke arah aku. Pisang itu terus aku kupas kulit dan makan setelah melafaz basmalah. Punyalah lapar bukan kepalang.
"Macam mana kau boleh masuk dari pintu belakang? Kau panjat pagar ke?" Aira cuba merungkai misteri.
"Kata 4 minit 30 saat je. Mana sempat. Bukan ada tiang bomba dekat bangunan tu. Jalan paling cepat memang panjat pagar la," jawabku tanpa berfikir panjang.
"Kau ni kan... Dibuatnya pagar tu reput ke tercabut ke, kau patah lengan ke aku juga yang susah. Dah la dah malam ni." Aira bercekak pinggang.
"Asal kau pula yang susah?" Dahi aku berkerut.
YOU ARE READING
ALPHA 122
ActionALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap ular, selamatkan kucing dalam longkang, buka pintu terkunci, terjun dalam api, meredah banjir, tump...