Banjir Pt 3

3.8K 425 66
                                        

Haq memberi isyarat untuk kami bergerak ke rumah seterusnya. Aku terus menolak bot bersama yang lain menuju ke rumah itu. Aira mengambil posisinya di atas bot.

"Seronok ke duduk dalam tu orang tarik?" Chandran bertanya kepada Aira.

"Seronok la rasa macam puteri raja dibawa bersiar-siar oleh hulubalangnya gitu," sambut Aira.

"Banyak la kau punya hulubalang. Hulubalang pakai segak. Kita ni pakai macam apa je." Haq melihat pakaian kami.

"Kita balang juga, Haq. Balang kuih raya. Kau balang semperit, Shawn Almond London, Chandran muruku, aku tart nanas." Aku membalas.

"Dei, bila masa muruku jadi kuih raya?" Chandran mencelah.

"Deepavali kan raya juga. Dekat Malaysia ni semua raya kita enjoy sebab cuti," balas Aira.

"Orang la cuti..." kata-kata Shawn yang tidak habis kami sambung.

"Kita tak cuti!"

Memang sudah menjadi hakikat bekerja sebagai pasukan keselamatan negara. Bukan setiap tahun boleh pulang ke desa tercinta menyambut hari raya. Kes kalau nak jadi, dia jadi. Tak adanya nak tengok kalender tunggu habis cuti umum dulu.

"Tu rumah depan tu. Kali ni anak dia ramai tau ada 18 tak silap aku." Haq menunjuk ke arah sebuah rumah berwarna hijau.

"Uish ramainya anak dia. Kalau buat pasukan bola tu siap ada pemain simpanan lagi," komen Shawn.

"Tapi kalau 18 orang mestilah ada yang dah besar boleh paut tali kan? 18 orang termasuk mak ayah dah 20 orang. Mana muat nak naik bot serentak." Aira bertanya.

"Tak ada yang besar boleh paut tali. Semua kecil-kecil lagi kena naik bot," jawab Haq.

Ini menimbulkan tanda tanya. 18 orang anak tapi kecil-kecil lagi. Kalau anak kandung, pastinya si ayah mengisi empat kuota yang ada lebih daripada satu. Kalau suami beristeri satu atau ibu bapa tunggal mungkin anak angkat. Tapi ramainya anak angkat sampai 18 orang. Jabatan kebajikan bagi ke ambil anak angkat seramai itu?

Sampai ke rumah itu, kami terkedu sebentar. Aira turun daripada bot kerana memang tak cukup ruang. Memang betul, anak pemilik rumah ini ada 18. Bukan 18 orang, tetapi 18 ekor anak bulu.

Kucing-kucing itu sudah diletak dalam beberapa buah sangkar sedia untuk dipindahkan. Segala makanan dan pasir kucing dibawa. Anak tetap anak walaupun anak itu berekor dan berbulu. Bomba memang dilatih untuk menyelamatkan nyawa tanpa mengira species.

"Akmal tengok ni comelnya muka dia penyek." Aira menunjuk ke arah seekor kucing kelabu.

"Hoi, British Shorthair kau kata muka penyek? Kesian dia." Aku melihat kucing yang ditunjuk oleh Aira.

"Bantuan-bantuan." Haq menyeru.

Aku terus pergi ke arahnya. Fuh, anak bulu gergasi daripada baka Main Coon yang sebesar budak tiga tahun dikeluarkan. Kucing jenis ini mampu membesar lagi kerana ia memang dari keluarga kucing besar seperti harimau bintang cuma baka Main Coon ini dikira kucing besar domestik.

Kucing-kucing lain semuanya berwajah kucing kampung. Kata mak kucing, dia dan suami belum direzekikan anak lagi walaupun usia perkahwinan sudah masuk 16 tahun jadi mereka memutuskan untuk membela kucing.

Hanya Peter iaitu kucing British Shorthair dan Belle kucing Main Coon yang dibeli. Kucing yang lain ini kebanyakannya kucing jalanan yang dijadikan anak angkat. Ada juga kucing yang diberi oleh orang kerana sudah tidak dapat menjaga kucing itu.

"Alhamdulillah la, walaupun bela anak-anak bulu sampai 18 ekor ni kami tak pernah tak cukup makan. Rezeki anak katakan." Tuan kucing tersenyum melihat kucing-kucingnya. Merekalah pengubat resah di hati.

ALPHA 122Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang