The Akmals Day

4K 429 90
                                    

Menjelang subuh, aku terus mandi dan bersiap untuk solat subuh kemudian terus menuju ke rumah mak dan abah kerana segala baju dan barang hantaran berada di sana.

Angin dingin subuh ini langsung tak membantu untuk mengurangkan rasa cuak. Semalam aku sudah berlatih beberapa kali. Semoga yang sebenar nanti cukuplah hanya sekali lafaz.

Setibanya di rumah, Pak Su adik abah yang jauh datang dari Johor menyambut kepulangan aku.

"Besar dah Akmal. Pak Su ingat lagi dulu Akmal masa kecil umur 4 tahun pergi kejar motor Bengali jual roti tak cakap dengan sesiapa. Nasiblah Bengali tu patah balik hantar kau. Buat orang tercabut jantung je. Nak kahwin dah sekarang, jadi suami orang." Pak Su membuka cerita lama.

"Ala Pak Su, biasa la tu nakal-nakal masa kecil je." Aku tersengih.

Aku masuk ke rumah mencari emak dan abah tercinta. Kelihatan abang ipar aku sedang mendukung anaknya yang berusia 8 bulan.

"Assalamualaikum bang." Aku menyapa abang iparku. Faris namanya.

"Waalaikumussalam, Akmal. Silau la Mal." Dia menghalang pandangan mata dengan tangannya.

"Pukul 8 pun tak lagi nak silau apa bang?" Aku pelik.

"Silau seri pengantin." Faris tergelak kecil.

"Macam tu pun boleh la. Nak dukung Qalisha boleh?" Aku meminta kebenaran. Geram betul dengan pipi pau Qalisha yang gebu gebas.

Qalisha bertukar tangan. Elok sahaja budak itu menepuk-nepuk muka aku.

"Qalisha cayang. Alalala windu la cayang Ica ni. Alolololo alolololo." Aku mengagah Qalisha. Tersenyum senyum dia bila diagah.

Aku membawa Qalisha ke dapur tempat semua orang berkumpul.

"Assalamualaikum," salam aku hulur dan disambut orang ramai.

Qalisha yang sudah nampak ibunya mula tersebik-sebik hendak menangis.

"Ica sayang takmo nangis. Good girl takmo nangis." Aku mengagah-agah Qalisha lagi. Terus terdiam dia.

Aku bersalam dengan mak dan abah.
Kak Aisyah yang sudah selesai makan mengambil Qalisha daripada aku.

"Dik, cepat pergi bersiap sana. Pukul 9 kita nak gerak dah. Baju akak dah gosokkan. Ada dalam bilik kau. Pergi sarapan dulu. Tu kakak ada masakkan lempeng dengan kari." Kak Aisyah juga sibuk membantu melancarkan majlis aku dan Aira.

"Kak, terima kasih jaga adik selama ni walaupun adik ni tak berguna banyak susahkan akak je." Aku tahu ucapan terima kasih sahaja tidak memadai untuk membalas jasa Kak Aisyah.

"Kau jangan nak buat drama sendu pagi-pagi ya? Nanti jadi suami yang berguna walaupun kau adik tak guna. Gurau je. Jadi contoh kepada anak-anak kau. Kau kahwin dengan anak sulung. Kau jagalah dia baik-baik." Kak Aisyah menepuk bahu aku.

Akad nikah akan bermula pada pukul 10 bertempat di rumah Aira. Majlis resepsi pula akan berlangsung pada hari esok di Dewan Serbaguna Siber Raya.

Aku terus naik ke bilik aku yang sudah dihias menjadi bilik pengantin. Pasti sentuhan Kak Aisyah. Hantaran akupun dia yang gubahkan. Sayangnyalah Kak Aisyah dekat adik dia yang kacak ni.

"Adik dah siap pakai baju ke?" Emak mengetuk pintu bilik aku.

"Siap dah mak, samping je belum pakai." Aku membuka pintu.

Emak masuk ke bilik aku. Samping dihulur kepada aku. Dia yang akan kemaskan nanti.

"Adik, dengar sini mak nak pesan. Walaupun lepas nikah nanti keutamaan adik tak berubah, adik tetap kena dahulukan mak, adik kena ingat bab nafkah, Aira yang utama. Mak masih ada abah. Adik dah jadi kunci syurga untuk Aira jangan buat dia hidup macam dalam neraka. Bertolak ansurlah bila dah berumah tangga. Peti sejuk tu jangan biar kosong walaupun mak tahu, tak payah pesanpun peti sejuk anak mak ni tak pernah kosong. Jadi suami yang hebat dan bertakwa ya, dik?" Emak menarik aku dalam dakapannya.

ALPHA 122Where stories live. Discover now