Banjir Pt 5

3.4K 423 87
                                    

Beg berisi makanan milik Aira aku serahkan kembali kepadanya yang sedang duduk termenung di kantin. Dia langsung tidak mencari beg itu sejak pagi tadi. Gadis periang itu tidak seceria selalu. Waktu makan malam tadi, aku tak nampakpun kelibat Aira di tempat petugas wanita. Puas aku mencarinya tetapi dia tidak dapat dihubungi. Aku memilih untuk kembali ke kantin dan terlihat dia di tempat kami makan maggi semalam. Ternyata dia ada di situ.

Kereta tadi dipercayai hanyut kerana cuba meredah air banjir. Mungkin ramai yang tidak tahu, air sama sahaja seperti api. Kecil jadi kawan, besar jadi lawan. Air ini berat. Setiap 1000 liter air berkadaran berat dengan 1000 kilogram. Hanya 12 inci ketinggian air yang mengalir deras diperlukan untuk menghanyutkan kereta.

Bila nampak air banjir, berhentilah. Patah balik. Jangan terlalu berani untuk mencuba nasib meredah banjir terutama kereta-kereta yang tidak dibina untuk aktiviti lasak. Jika kereta sudah dihanyutkan, ia tidak ubah seperti gabus yang terapung. Tidak boleh dikawal. Kebanyakan kemalangan yang melibatkan kereta hanyut disebabkan arus banjir jarang berakhir dengan berita yang baik.

"Kau tak okay kan?" Aku menolak roti ban coklat enam ketul yang diberi oleh salah sebuah NGO yang menyumbang makanan ke hadapan Aira.

Roti itu dipandang sayu kemudian dia mengeluh berat.

"Kau salah soalan la mal, orang selalu tanya kau okay tak ni?" balas Aira.

"Betul la aku tanya. Kau macam ni, celah mana yang okaynya. Benda boleh sembang, jangan simpan seorang." Aku masih mencuba untuk membuka ruang untuk Aira meluahkan rasa.

Tetapi dia hanya membisu.

Telefon aku berbunyi lalu aku terus mengangkat telefon itu.

"Kak nampak tak saya angkat tangan?" Aku terus mengangkat tangan tinggi-tinggi.

Tidak lama kemudian, seorang kakak berusia pertengahan 40-an datang menghampiri kami. Dia merupakan seorang kaunselor berdaftar yang sukarela membantu untuk memberi perkhidmatan kaunseling secara percuma kepada mangsa terlibat banjir. Aku telah menceritakan kepada kakak yang bernama Salmah ini tentang apa yang kami hadapi pagi tadi. Aku tak tahu macam mana nak tenangkan Aira.

Lepas jenazah pasangan tadi dibawa pergi, Aira cuma mencuci muntah bayi tadi dengan air dan meneruskan kerjanya tanpa setitispun air mata lagi. Tetapi dia menjadi sangat serius dan pendiam.

"Assalamualaikum, Akmal Aira kan? Nama akak Salwa. Boleh panggil Kak Salwa." Kak Salwa memperkenalkan dirinya lalu duduk di sebelah Aira.

Aku memutuskan untuk memberitahu Kak Salwa kerana dia lebih arif tentang pengurusan emosi berbanding aku. Lagipun, pendengar yang baik seperti Aira memerlukan pendengar yang lebih baik.

Aira tersenyum kelat selepas menjawab salam Kak Salwa.

"Kau sembang la dengan Kak Salwa, aku naik dulu." Aku bangun untuk memberi ruang kepada Aira dan Kak Salwa bercakap.

"Akmal..." Aira memanggil aku.

Matanya bagai mengharap aku tunggu di situ bersamanya.

"Tak apa Akmal, duduklah teman adik  kejap." Kak Salwa menyuruh aku duduk.

Bila masa pula aku jadi abang dia ni? Ya Allah... Aku yang kena tukar bapa ke Aira yang kena tukar bapa? Wajah aku berkerut macam makan jeruk.

"Akmal ni bukan abang saya la kak. Dia bertugas sebalai dengan saya." Aira ketawa kecil. Lega aku mendengarnya.

"Ya Allah, bukan kembar? Heboh la satu pusat ni kata ada kembar bomba nama Akmal-Akmal. Tu yang akak ingat adik beradik tu. Maaf sangat." Kak Salwa merapatkan tangannya tanda memohon ampun.

ALPHA 122Where stories live. Discover now