Oyen 😩

3.5K 383 79
                                    

Hari ini aku sudah mampu melompat dan berlari dengan gagahnya. Sikit hari lagi mungkin boleh terbang. Itu hiperbola, sila abaikan kenyataan tersebut.

Kami masih bertugas pada sebelah malam. Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam.

"Psttt... Psssttt... Pusss pussss pusss... Tcttt... Tcttt... Tcttt... Meowww..." Aku terdengar ada suara seolah memanggil kucing tetapi tidak dapat dikesan keberadaan pemilik suara itu.

Aku abaikan sahaja sebab aku manusia bukan kucing.

"Pusss pusss tcttt tcttt, mew, weww meow... Eh stress la, Akmal Harith pandang la atas ni." Suara itu melaung nama aku.

Aku mendongak untuk melihat tingkat atas. Perangai sungguh Akmal Aira ni. Dia panggil aku macam panggil kucing. Ada ke patut? Aku tahu la aku ni lagi comel daripada kucing tapi janganlah tukar species aku.

"Jom maggi." Aira tersenyum lebar sehingga menampakkan giginya.

Janji maggi yang sudah sekian lama baru hendak ditunaikan hari ini. Aku yang patut masak untuk dia kalau ikutkan giliran memasak maggi.

Aku segera naik ke tingkat atas. Setibanya di pantri, rupanya ada ramai orang di situ termasuk Cik Ros. Cis, baru ingat nak berdua. Tapi teringat pula pesan orang tua supaya tidak bersendirian.

Aira menyediakan menu istimewa maggi kari yang ditambah dengan bawang, kobis dan telur. Maggi itu tidak terlalu berkuah sehingga tenggelam mi dan rencah tetapi tidak pula terlalu kering. Mi tidak terlalu kembang tetapi tidak juga ia keras. Secukup rasa. Kira lulus ujian asas memasak maggi dengan cemerlang. A+!

Mi segera yang masih panas itu disenduk ke dalam mangkuk masing-masing. Tiba-tiba, semua mi lesap. Sekejap sahaja ia telah bertukar alam. Dari alam dunia ke alam perut.

"Tak cukup ni. Lain kali kena masak 10 bungkus." Darwish menghirup ke titisan kuah yang terakhir.

"Awak masak berapa bungkus?" Aku bertanya kepada Aira.

"Lima sebab asalnya yang nak makan empat orang. Tapi ni ada lapan." Aira mengira dengan jarinya.

"Awak lain kali awak tak payah ajak dia orang ni sekali. Kita dating makan maggi berdua je." Lew mengajuk aku yang menggunakan kata ganti nama awak-saya kepada Aira.

"Baik awak, lepas ni saya simpan stok maggi untuk kita je." Ericpun pergi melayan si Lew yang selalu masuk air ni.

Ya Tuhan, kurniakan aku kekuatan untuk berhadapan dengan makhluk dua ekor yang tak berekor ni. Suka sangat mengusik orang.

"Perhatian, perhatian, perhatian! Panggilan khidmat khas kucing di alamat No. 24, Jalan Jaya Setia 5A, Taman Jaya Setia. Semua anggota bertugas diminta bersedia."

Siren dibunyikan.

Kucing manalah yang cari fasal malam-malam buta ni?? Nasib la maggi dah selamat dalam perut. Kalau terpaksa ditinggal sampai kembang semangkuk, alahai syahdunya.

Sesi ini aku tidak kira sebagai janji maggi aku dan Aira. Nanti aku nak buat untuk kami berdua sahaja macam dekat Buana dulu.

Kru bertugas pada malam ini ialah aku, Aira, Alex, Lew dan Nufail. Cik Razak yang akan menyelia pasukan. Cik Zamani memandu jentera dan Luthfi memandu EMRS.

Setibanya kami di lokasi kejadian, Cik Razak terus mendekati pemanggil untuk melihat keadaan kucing tersebut.

"Kucing tu ada dekat tingkap rumah sebelah. Dah masuk tiga tahun rumah sebelah ni kosong. Pintu pagar rumah bermangga. Dah karat pula tu. Saya dengar bunyi meow meow banyak kali tapi bukan kucing rumah saya. Sekali suluh dekat sebelah, tengok dia dah tersangkut tak boleh keluar. Maaf la encik saya tak tunggu pagi baru telefon sebab nampak macam dia sakit sangat tu meow meow tak berhenti." Si pemanggil menyorotkan cahaya lampu suluh ke tingkap rumah kosong itu.

ALPHA 122Where stories live. Discover now