Cahaya Baharu

3.5K 381 31
                                    

"Kita kena bantu anggota sedia ada kosongkan tingkat 14, 15 dan 16. Bayangkan kalau siren bunyi, tak jumpa way out atau kita tak ada masa yang cukup keluar apa nak buat?" Aku bertanya kepada Aira, Lew dan Azlan sebelum naik ke platform pada jentera sky lift yang akan membawa kami naik ke tingkat 12 bangunan 16 tingkat yang condong.

"Easy, berhenti bayangkan," jawab Lew selamba sambil mengemaskan tali keselamatan yang dipakainya.

"Lan, kau pegang aku Lan. Karang ada juga yang kena tumbuk ni." Aku macam tak percaya dengan jawapan yang Lew beri. Jangan sampai lebam mata kau Lew. Orang tengah serius ni dia bergurau senda pula.

"Betul what? Kalau kau pergi buang masa nak bayangkan scenarios yang tak jadi lagi atau masa tu baru nak gambarkan, mati la. Kalau tak jumpa way out dalam bangunan rumah macam ni menyorok la bawah meja ke bawah katil ke. Benda basic pun nak kena cakap." Lew bercekak pinggang sambil memandang aku.

Kadang aku lupa, Lew ni walaupun kuat main, dia juga telah melalui latihan STORM sama seperti aku.

"Lew, don't jinx it." Aira memberi peringatan. Dalam keadaan macam ni, mulut jangan celupar sangat Lew. Kita tak mampu nak menentang alam. Kalau tiba-tiba berlaku gegaran atau runtuhan kedua, memang kena mengucap awal-awal.

Aira membuat pemeriksaan terakhir untuk memastikan beg EMRS yang dibawanya lengkap. Ada sebuah kotak yang mengandungi reben penanda yang akan menunjukkan keperluan rawatan mangsa dikeluarkan dan diletakkan pada bahagian luar beg supaya mampu dicapai oleh Aira. Aira akan membuat keputusan jenis reben yang akan diberi kepada mangsa.

Reben biru diberi kepada mangsa yang mengalami kecederaan teruk yang tak mampu dirawat dengan kemudahan yang ada di lapangan.

Reben merah diberi kepada mereka yang cedera parah dan ada peluang untuk bertahan sekiranya diberi rawatan segera.

Reben kuning untuk mereka yang perlu diperhatikan. Keadaan mereka stabil pada masa itu dan tidak berada dalam ambang kematian tetapi masih perlu mendapat rawatan.

Reben hijau diberi kepada mereka yang boleh menunggu untuk mendapatkan rawatan setelah doktor merawat kecederaan yang lebih parah.

Reben putih tidak memerlukan sebarang rawatan.

Reben hitam untuk mereka yang telah meninggal dunia

Jentera sky lift membawa kami naik ke tingkat 12 bangunan B yang condong sedikit. Lif dalam bangunan tidak dapat digunakan kerana bekalan elektrik ketiga-tiga kompleks apartment sudah diputuskan bagi mengelakkan kebakaran berpunca daripada litar pintas.

Ada 3 tempat utama yang dijadikan tempat untuk mengumpulkan dan membawa keluar mangsa. Laluan pada aras bawah yang berjaya dibuka, gelongsor escape chute di tingkat enam dan jentera sky lift di tingkat 12.

Kaki pantas melangkah naik ke tingkat 16 kerana menurut anggota yang berada di situ, tingkat 16 belum diperiksa. Semua mangsa yang boleh bergerak sendiri sudah keluar daripada bangunan ini.

Kebanyakan pintu rumah dapat kami buka dengan mudah kerana hanya ditutup tak berkunci. Ada juga yang memang terbuka. Dalam keadaan macam ni, siapa sahaja yang ingat nak kunci rumah dengan teliti.

Satu demi satu rumah kami periksa bagi memastikan betul-betul tiada mangsa yang tertinggal.

"Pintu ni berkunci tapi pagar tak gril." Aira yang berada di rumah sebelah memberitahu kami.

"Ada orang ke?" Aira mengetuk pintu bertalu-talu.

"Tak payah tanya, pecahkan je." Aku meminta Aira beralih sedikit. Tombol pintu aku pecahkan menggunakan besi panjang.

ALPHA 122Where stories live. Discover now