Seperti yang telah dijangka, air naik dengan lagi tinggi sehingga ke paras dada di sesetengah kawasan. Kawasan yang semalam sudah surut hari ini dinaiki air semula. Ribut dan angin kencang membadai kawasan utara 7KM dari pusat perlindungan. Kawasan itu tidak terjejas banjir dengan teruk. Air hanya naik separas buku lali sahaja tetapi kerosakan akibat ribut semalam agak teruk. Ada atap yang tercabut, ternakan yang mati dan orang yang hilang.
"Hari ini, kita akan jalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa di kawasan terjejas ribut. Fokus kita adalah untuk mencari lima orang yang dilaporkan hilang. Dua remaja, seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa bersama bayinya." Komander operasi menunjukkam kawasan yang terjejas melalui peta.
Semua anggota terlibat menumpukan sepenuh perhatian. Kecuali seorang.
Aku nampak Aira memegang roti di tangan. Setiap kali komander berpusing, roti masuk mulutnya.
'Apa punya perangai daaa... Amatur betul," bisik hatiku sampil menyumbat cebisan roti terakhir ke dalam mulut.
Kalau nak makan roti susah nak kantoi, cubit masuk mulut baru tak nampak sangat tengah mengunyah.
Selesai taklimat, kami terus dibawa menuju ke kawasan terjejas. Memang banyak pokok yang tumbang di sepanjang jalan tetapi itu bukan tugas kami. Nanti ada pasukan lain yang akan menguruskan pokok-pokok yang tumbang itu.
"Nah biskut. Semalam kau punya dah habis kan?" Aira menghulurkan dua pek kecil biskut yang muat untuk masuk ke dalam poket seluar.
Berapa banyak makanan yang dia ni ada sebenarnya? Ni kes nak ganti biskut aku yang dia rembat semalam la ni.
"Kau punya?" Aku bertanya sekadar berbahasa. Kalau dia boleh bagi aku, mestilah diapun ada.
Aira menunjukkan beg kecil dalam beg EMRS yang dibawanya sambil tersengih. Dia bagi aku dua bungkus bersamaan dengan empat keping biskut. Dalam beg yang Aira bawa tu bukan setakat biskut dan roti, buah pisang sarapan tadi dan air mineral pun dibawa sekali. Lain kali tapau bihun sekali la dah alang-alang tu.
Sampai sahaja ke sana, pasukan Alpha, Beta dan Charlie dengan kekuatan 15 anggota dibawa ke sebuah kawasan tebing sungai. Dikatakan lelaki dan perempuan dewasa bersama seorang bayi yang hilang itu sekeluarga yang mungkin hanyut dibawa air ketika memandu.
"Weh comelnya tapi sayang tak boleh sentuh." Tiba-tiba Aira berkata begitu.
Comel dan sesuatu yang Aira tak boleh sentuh? Jawapan yang ada dalam kepala aku cuma satu.
"Aku ke?" Aku memandang Aira sambil menunjuk ke arah muka aku yang hanya diserikan dengan nur air wuduk subuh tadi.
Mati senyuman Aira. 😑 Tak fasal muka aku menadah sarung tangan yang dicampaknya.
"Bukan kau, anjing."
"Uih, kot ya pun marah jangan mencarut." Terkejut aku. Tak pernah lagi mendengar Aira menggunakan kata-kata kesat.
Sudahlah hati aku ni serapuh biskut Marie. Nanti kalau retak, mana nak cari selotape?
"Bukan kau, tu anjing." Aira menunjuk ke satu arah.
Itu dia, hero hari ini sudah tiba. Penjawat awam berekor sudah tiba. Anjing dari unit K9 bomba. Mereka mempunyai kepakaran tinggi dalam mencari dan menyelamat mangsa bawah timbunan dan runtuhan.
"Apa jadi kalau K9 polis dengan K9 bomba jumpa?" Aira bertanya aku.
"Nanti sambil makan dia sembang gini;
K9 polis: Bro, hari tu aku dapat hidu dadah dalam bagasi. Aku jadi good boy of the month.
K9 bomba: Hebat kau bro, haritu aku hidu hidu jumpa orang tersepit. Sedih jugalah tapi nak buat macam mana. Dah kerja." Aku mencipta dialog untuk anjing-anjing itu.
YOU ARE READING
ALPHA 122
ActionALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap ular, selamatkan kucing dalam longkang, buka pintu terkunci, terjun dalam api, meredah banjir, tump...