Late Night Thought 💭

3.6K 414 34
                                    

Kau tahu tak perasaan bila esok ada temuduga? Debarnya lain macam. Masa aku temuduga bomba dulu, tak la berdebar sangat sebab aku tahu apa yang perlu aku buat, apa yang perlu aku baca. Tapi, kalau nak jumpa keluarga Aira ni aku nak buat apa?

Aku dah telefon Adam. Budak bertuah tu langsung tak bagi soalan bocor. Dia cuma kata jadi diri sendiri. Kalau esok atas meja makan licin, tahu la kenapa.

Aku teringat perbualan aku dengan ayah Aira. Soalannya tentang lagu rumah terbakar panggil bomba masih terngiang-ngiang di telinga aku. Soalan itu sekali dengar seperti mengarut tetapi bila diperhalusi, ayah Aira sebenarnya seorang yang berfalsafah. Cik Din sebenarnya ayah yang bijak.

Tali skipping aku ambil. Sungguh, aku tengah cuak tahap tak boleh nak tidur langsung sekarang ni. Ruang tamu yang agak lapang menjadi tempat aku melompat tali. Sudahlah hari ini aku seorang di rumah.

Melompat tak membantu meredakan hati aku. Aku ganti pula dengan tekan tubi. Tetapi hasilnya tetap serupa. Aku masih tak boleh bertenang. Akhirnya aku menyerah kalah. Mata aku pejamkan rapat. Nafas dihela dalam, lalu dihembud perlahan. Aku keluar daripada rumah aku menuju ke menara bomba. Satu-satunya tempat berbumbung rata untuk aku menatap langit

Gitar akustik kubawa sekali. Sengaja hendak melayan sendu malam ini.

Kawasan atas menara itu kosong. Aku mula memetik gitar secara rawak. Sehinggalah terlintas satu lagu dalam kepala aku.

Melukis Senja oleh Budi Doremi menjadi peneman aku malam ini

Aku mengerti
Perjalanan hidup yang kini kau lalui
Ku berharap
Meski berat, kau tak merasa sendiri

Kau t'lah berjuang
Menaklukkan hari-harimu yang tak mudah
Biar ku menemanimu
Membasuh lelahmu

Izinkan kulukis senja
Mengukir namamu di sana
Mendengar kamu bercerita
Menangis, tertawa

Biar kulukis malam
Bawa kamu bintang-bintang
'Tuk temanimu yang terluka
Hingga kau bahagia

Aku di sini
Walau letih, coba lagi, jangan berhenti
Ku berharap
Meski berat, kau tak merasa sendiri

Lagu ini aku dedikasikan untuk Aira. Berat rupanya bila jatuh cinta. Lebih-lebih lagi yang hadir dengan perlahan kerana tanpa aku sedari dia sudah menguasai segenap ruang di minda.

Aku boleh membayangkan Aira yang kepenatan kerana operasi masih lagi cuba untuk menarik senyuman dan memberi semangat untuk orang lain. Aku pernah lihat dia menangis kerana orang bukan kerana diri dia sendiri. Aira yang tetap tabah dan gigih mengerjakan pekerjaan yang dimonopoli kaum lelaki sedangkan wujud keperluan untuk adanya anggota perempuan yang ramai. Aira tidak pernah mengeluh penat walau aku tahu dia dah tak larat. Mungkin kerana dia sulung. Memasang topeng senyuman saat sudah terlalu lelah telah menjadi satu kemahiran yang dia kuasai dengan baik.

Aku mahu Aira bersandar dan berehat. Andai sahaja dia sudi untuk menjadikan aku tempat rehatnya dan rumah selamatnya. Dia banyak makan tapi dia kurus dan lincah. Tandanya jumlah kalori yang masuk sama atau lebih dengan jumlah kalori yang keluar. Aku sendiri tahu betapa sukarnya untuk membakar semua kalori itu.

Tipulah kalau aku kata aku tak takut untuk menghadapi hari esok. Tiba-tiba sahaja perlu berjumpa dengan keluarga Aira sedangkan aku masih lagi belum meluahkan perasaan yang aku pendam sendiri ini.

Macam mana kalau aku ditolak? Pendidikan aku cuma pada taraf sijil sahaja sedangkan mak Aira begitu marah Aira tidak mahu menyambung pelajaran. Ayah Aira mungkin ada ciri menantu yang dia inginkan untuk anak sulungnya.

Entahlah.

Biarkan bingit minda yang takutkan perkara yang belum berlaku lagi terus bingit. Bukan aku boleh buat apa-apa untuk mendiamkannya. Penat rasanya bila minda tidak mahu bekerjasama dengan realiti. Lelah lagi bila ia selalu berada pada keadaan negatif walaupun tak ada apa lagi yang berlaku.

Masalah manusia yang terlebih fikir ni, satu je. Terlalu banyak guna otak tapi kurang bertindak. Satu situasi tu difikir-fikir, dianalisis berulang kali sampai muncul macam-macam persoalan yang terhasil daripada simulasi dalam kepala yang tak berlakupun dekat dunia nyata. Membentuk realiti sendiri berasaskan ilusi sampai jadi ketakutan untuk berpijak pada kenyataan hidup di bumi. Padahal semua itu tidak wujud.

Bahaya dan risiko itu benar, tapi tidak ketakutan. Ketakutan itu cuma apa yang berada dalam kepala. Ia bukan realiti hidup.

Cara kau nak berhenti daripada terus teperangkap dalam gelung fikiran kau sendiri cuma satu. Buat keputusan. Kalau benda betul jadi, apa nak buat?

Benda yang kau boleh ubah atau kawal, kau buatlah. Benda yang tak boleh, macam perasaan, perbuatan dan tanggapan orang lain, kau biarkan sahaja. Serah semula kepada Allah. Kalau serabutkan benda yang bukan dalam kawalan kita, memang sampai sudah tak akan terungkai keserabutan di minda.

Terlebih fikir ni biasanya berlaku bila buih selesa kau tu nak meletup. Kau dah tak lagi dalam lingkung selesa kau. Kau akan dipaksa keluar daripada lingkung itu sebab kau perlu membesar. Tak ada siapa yang mampu kekal di takuk lama. Hakikatnya, kita semua semakin dewasa dengan cabaran hidup yang berbeza.

Kau serabut ayam fikir macam-macam bukan ubah apa-apapun. Serah je la pada Tuhan. Kan senang macam tu. Kita letakkan sahaja sepenuh usaha. Beri yang terbaik pada jalan hidup yang kita sedang lalui sekarang ini.

Kita hidup atas muka bumi ni, bukan untuk menyiksa diri sendiri. Jangan terlalu bermain dengan emosi sehingga lupa, satu lagi kurniaan terhebat untuk seorang manusia. Rasionalkan keadaan, ini gunanya akal. Empati dengan sekeliling, ni gunanya perasaan.

Perancangan Allah itu sempurna tapi tidak perancangan manusia. Kadang manusia ini terlalu banyak berfikir. Terlalu takutkan pelbagai perkara seolah-olah lupa bahawa Allah ada dan Allah itu dekat.

Kadang, apa yang kita perlukan hanyalah keimanan dan rasa percaya yang tinggi . Iman itu sendiri ertinya kepercayaan.

Aku melayan bintang malam yang disulami dengan bunyi siren bomba yang keluar operasi pada waktu malam. Entah kes apalah yang mereka pergi malam ini. Aku tak ambil pusing.

Aku berpusing untuk pulang ke rumah.

Satu plastik roti berkrim dan pisang ada betul-betul berhampiran dengan aku. Tanda ini tak lain dan tak bukan nak menunjukkan 'Aira ada dekat sini.'

Aku tak tahu nak beri reaksi apa. Biarkan sahajalah. Roti dan pisang itu aku ambil lalu aku turun untuk pulang ke rumah.

Semoga esok baik-baik sahaja. Apa yang berlaku pasti ada hikmah dan sebab di sebaliknya. Roti dan buah itu aku ambil.

Macam manalah aku boleh tidak menyedari kehadiran Aira? Mungkin kerana terlalu ralit melayan rasa yang tercipta.

ALPHA 122Where stories live. Discover now