Aira bangun lebih awal sedikit daripada aku. Dia bersiap-siap memakai telekung selepas selesai mandi.
"Nervous la. Rasa macam zaman sekolah dulu baca Al-Quran depan Ustazah Ina. Ustazah tu dah la garang." Kata Aira sambil membetulkan telekung yang dipakainya.
"Dah, sini." Aku memanggil Aira.
Dia jalan ke arah aku dan duduk di hadapan meja kecil berhadapan dengan aku.
"Surah apa?" Aira bertanya.
"Al..." Aku belum habis cakap lagi, Aira sudah mencelah.
"Panjangnya Al-Baqarah, Al-Ikhlas sudahlah." Rungutnya.
"Eh dia ni, cubit hidung baru tahu. Surah Al-Fatihah, sayang. Paling asas antara semua surah," balasku.
"Oh, Al-Fatihah je..." Aira tersengih. Ingatkan Al-Baqarah tadi.
Aira mula membaca Al-Fatihah dengan laju.
"Aip, biasa dia ni. Laju-laju ni ada panggilan kecemasan ke" Aku menegur.
"Jangan disebut bang, tak bersanding kita hari ni." Aira membaca semula surah Al-Fatihah kali ini dengan lebih tertib.
Aku mendengar dengan teliti bacaannya. Teringat masa kecil dulu setiap kali abah balik operasi, dia akan panggil aku dan Kak Aisyah untuk mengaji Al-Quran dengannya. Setiap makhraj huruf dan tajwid abah tekankan. Aku siap kena rotan dekat tapak kaki sebab payah betul nak menyebut huruf alif dan ain yang dipindahkan dengan nun mati pada ayat ke tujuh surah Al-Fatihah. Kata abah, adil itu meletakkan sesuatu yang hak pada tempatnya. Kalau aku main langgar sahaja makhraj huruf dan tajwid atau aku sekadar membaca Al-Quran di dalam hati, aku dah berlaku tidak adil kepada kalam Allah.
"Alhamdulillah, lulus. Siapa ajar sayang baca Al-Fatihah?" Aku bertanya.
"Tok Wan dulu ajar sayang ngaji tapi Tok Wan dan meninggal tiga tahun lepas," jawab Aira.
"Untung Tok Wan, mengalir pahala dia ajar sayang baca Al-Quran." Aku mengusap kepala Aira.
"Tapi kadang tak sempat nak baca. Seminggu tu ada la tiga ke empat kali buka." Aira membuat pengakuan jujur.
"Kita sempatkan okay? Jadi sahabat dengan Al-Quran. Boleh?" Aku bertanya.
"Insya-Allah, sayang cuba. Islamik juga abang ni rupanya. Ingat kuat makan je." Aira tersengih.
"Tak la Islamik mana tapi nak kata satanik tu tidaklah. Setakat solat dengan ngaji tu paling asas. Bare minimum sangat. Lahir Islam, hidup cara Islam. Nikmat terbesar yang Allah dah bagi tu, jangan ambil ringan. Sayang subuh dekat rumah je ya? Abang nak turun surau." Aku minta Aira untuk tunggu di rumah sahaja.
"Nak ikut." Dia membuat mata penuh pengharapan.
"Tak payahlah, subuh biasanya tak ada orang perempuan turun. Kalau maghrib tu abang bawa sebab ada ramai juga orang perempuan. Be a good girl, solat dekat rumah ya?" Aku memujuk Aira.
"Kalau macam tu, abang solat jugalah dekat rumah. Imamkan ayang." Manjanyalah Kak Long ni.
"Sayang abang tak?" Aku bertanya.
Aira mengangguk.
"Nak jumpa dekat syurga sama-sama?" Aku bertanya lagi.
"Mestilah nak," jawabnya.
"Kalau macam tu, kenalah bagi abang kejar pahala solat jemaah dekat masjid atau surau sebab itu tempat ibadah paling baik untuk abang. Tempat ibadah paling baik untuk seorang perempuan, dekat rumah. Sementara kita tak ada anak lagi ni, bilik ni abang nak jadikan mirhab untuk Aira. Aira solat dan mengaji dekat sini. Kalau Aira nak berzikir tenang-tenang, masuk bilik ni. Kalau kita ada peluang jemaah, kita solat dekat sini. Boleh ya sayang?" Aku cuba memujuknya lagi supaya dia faham.
YOU ARE READING
ALPHA 122
AcciónALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap ular, selamatkan kucing dalam longkang, buka pintu terkunci, terjun dalam api, meredah banjir, tump...