Kerana kurindu Alpha 122 dan tak mahu mereka dilupakan, nah nahhhh belanja satu chapter.
Kombinasi bulan puasa, cuaca yang hangat dan kes kebakaran sampah bukanlah kombinasi yang indah.
Jam 10 pagi Balai Bomba dan Penyelamat Siber Raya menerima panggilan kes kebakaran di sebuah tempat longgokan sampah haram. Aku tak tahulah sudah berapa kali tempat longgokan sampah ini terbakar. Berapa kali aduan dan laporan dibuat, sudah banyak kali kawasan ini dibersihkan namun masih ada manusia tidak berakal budi yang masih membuang sampah di kawasan ini.
Takkanlah nak letak seorang penunggu gua dekat sini. Bukan tak ada lokasi pembuangan sampah yang disediakan.
Tapi nak membebel banyakpun tidak berguna kerana benda sudah terjadi dan kawasan inipun sudah terbakar. Maka suka ataupun tidak, kebakaran perlu dipadam.
2 jentera bomba dihantar untuk memadam api ini. Semua anggota Alpha122 ada kecuali Aira dan Nufail yang berada di bilik kawalan. Jengkaut yang akan membantu mengaut sampah untuk kami memadamkan api.
"Tu kenapa berhenti pula tu?" Cik Zamani turut menghentikan jentera.
"Sangkut la tu. Jalan sini kan dia berlecak," jawab Cik Razak.
Kami semua terus turun untuk membantu.
"Kena tolak ke ni?" Lew bertanya. Eh Lew ni, macam dia yang puasa. Cabaran sehari berpuasa pun dia tak sahut lagi.
"Ini letak kayu bawah tayar je ni. Kalau tak jumpa kayu, tolak la." Lutfi mencari kayu yang sesuai.
Mujur ada kayu dan papan yang berhampiran dengan kawasan itu. Kalau kena tolak jentera ni, memang aku buka puasa dulu.
"Test gerak."
Luthfi menggerakkan jentera. Syukur Alhamdulillah, jentera sudah tidak tersangkut lagi. Tapi...
"Makan lumpur wei!"
Percikan lumpur terkena pada baju kami. Seronok la mencuci nanti.
Jentera kedua digerakkan terlebih dahulu. Manalah tahu jika ia menerima nasib yang sama. Apabila jentera kedua sudah lepas, kami naik semula.
"Balik nanti cuci jentera sama-sama ya..." Cik Zamani awal-awal sudah memberi peringatan.
Sampai di lokasi kejadian, kami menerima taklimat ringkas yang dibuat oleh Cik Razak sebelum memulakan operasi.
"Kita akan buka empat aliran, semangat semua semangat! Jangan minum air dekat hos pula." Sempat Cik Razak berseloroh.
Hos dibentang dan disambungkan ke tangki dalam jentera. Darwish berlari sambil membuka gulungan hos. Adapter diambil dan dia menyambung hos lain.
"Coupling!" Darwish mengangkat tangannya.
"Darwish, kau rindu hidup rekrut ke?" Azlan ketawa.
"Jap, karang ada yang terbang pula." Aku membetulkan hos yang terlipat kemudian barulah memberi isyarat untuk membuka air.
Air dihalakan ke arah asap-asap pada sampah yang terbakar di tanah dan sampah yang dikaut oleh jengkaut.
"Semerbak harum kasturi wei bau dia." Eric menarik penutup hidung
hidung dan mulutnya.Aku mengambil hos yang dipegang oleh Eric dan menggantikan tempat dia.
Api sampah ni bukan api yang mudah untuk dipadam. Terutama yang melibatkan timbunan besar seperti ini. Mahu makan dua hari baru terpadam sepenuhnya.
Ketua balai turut turun padang untuk melihat keadaan api. Tak kekok langsung beliau memegang hos dan turut sama membantu memadamkan api.
Telinga aku menangkap bunyi haiwan. Tak pasti anjing atau kucing kerana ia tidak mengiau atau mengonggong. Mata aku tajamkan untuk mencari punca bunyi itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
ALPHA 122
AksiALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap ular, selamatkan kucing dalam longkang, buka pintu terkunci, terjun dalam api, meredah banjir, tump...