High

3.2K 384 41
                                    

Seorang lelaki berusia lewat 20-an sudah menanti kami di pintu rumahnya dengan wajah yang keruh.

"Cik tolonglah pujuk ayah saya. Dia tak mahu keluar rumah." Si anak merayu.

Kes macam ni pun ada rupanya. Orang lain sibuk nak lari selamatkan diri, pakcik ni boleh tenang-tenang hisap rokok dalam rumah.

"Pakcik, kita kena keluar sekarang. Bangunan ni nak runtuh." Aku perhatikan fizikal pakcik. Tubuhnya sedikit cengkung dan matanya merah tetapi nampak macam tak ada masalah untuk dia berjalan turun ke tingkat 12.

Asap rokok dihembus ke muka aku. Aku benci bau asap rokok tapi lagi benci dengan perokok biadab macam ni.

"Kau jangan nak buat kerja Tuhan. Kalau dah memang tertulis aku mati dekat sini, aku mati dekat sini. Tapi aku anak Tuhan yang disayangi dan dirahmati jadi aku tak akan mati." Lain macam kata-kata pakcik ini. Meremang bulu roma aku dengar.

"Yop, kau bawa siapa datang jumpa aku ni? Aku kata yang boleh jumpa aku cuma bidadari." sambung pakcik itu lagi.

Parah dah ni. Kalau tak sakit mental, tahi dadah.

"Ayah saya ni penagih. Dia kadang macam ni la berhalusinasi." Anak lelaki pakcik itu menebalkan mukanya untuk mengaku bahawa dia anak seorang penagih dadah.

"Pakcik kita kena turun sekarang. Bangunan ni tak stabil." Lew pula cuba memujuk namun tak berjaya.

Lagi diludahnya kasut but Lew.

Aira yang berada di belakang aku terus menuju ke arah pakcik itu. Betul juga, Aira pandai memujuk. Biar dia yang cuba.

"Yop, ni baru betul bidadari. Mari duduk sini." Si tua itu menepuk pehanya.

Pap! Pap!

Terbuntang mata kami apabila melihat Aira menampar kuat pipi kanan pakcik itu kemudian membuat karate chop pada bahagian tengkuknya dan menekan kuat bawah bawah rahang berhampiran dagu pakcik tersebut.

Tiba-tiba pakcik itu rebah. Reben kuning Aira ikat pada tangan pakcik itu. Reben putih pula diserahkan kepada anaknya tanda dia tidak memerlukan sebarang bantuan.

"Dah, angkat. Dia tak mati, pengsan je. Benda ni off record tau. Mati aku kalau pegawai tahu aku buat macam ni." Aira beralih daripada tempatnya untuk memberi ruang kepada kami mengangkat pakcik itu turun.

Rupanya ada lagi sisi Aira yang aku tidak tahu. Seram juga dia mampu memengsankan seorang lelaki dewasa dengan mudah.

"Dah berapa lama pakcik ni ambil dadah?" Aira bertanya kepada anaknya sambil kami turun bersama-sama.

"As long as I could remember. Banyak kali dah masuk penjara. Hantar ke Pusat Serentipun tak jadi apa. Tu yang bawa dia pindah ke sini. Ingat bila tak dapat suppy barang dia akan berhenti rupanya dia pandai selit barang dekat tempat yang saya tak nampak masa pindah sini." Si anak mengeluh berat mengenangkan hidup ayahnya.

Tapi dalam masa yang sama, aku kasihan dengannya. Dia dilahirkan sebagai anak penagih dadah. Pasti banyak perkara yang telah dia lalui dalam hidupnya.

"Tapi tu la tu, buruk manapun dia. Ayah tetap ayah. Dia je la keluarga yang saya ada. Mak dah meninggal. Kakak dah putuskan hubungan dengan kami lepas dia kahwin. Saudara mara semua dah sisih kami. Kawasan rumah ni memang dipantau polis. Saya sendiri buat laporan yang ayah saya menagih dadah. Harapnya bila kawasan ni polis jaga, ayah dah tak boleh angkat 'barang' tu lagi." Senyuman kelat ditarik.

Pemuda ini berjiwa besar. Dia diuji dengan keluarga yang berantakan. Tetapi saat dunia menyisihkan ayahnya, dia menjadikan sang ayah lubuk pahalanya untuk dia berbakti. Benarlah, Allah tidak akan menguji di luar batas kemampuan seorang manusia. Perjalanan hidup kita semua tak sama.

ALPHA 122Where stories live. Discover now