Pokok Hempas Bumbung

6.4K 509 40
                                        

KUSANGKA hujan akan reda, rupanya ribut pula yang melanda. Angin kencang musim monsun kali ini lebih kuat daripada musim yang lalu. Melambai-lambai pokok pinang di pintu masuk balai kerana ditiup angin.

"Kau dekat balai mana sebelum ni?" Aku meringankan mulut untuk bertanya sambil memeriksa peralatan di jentera.

"Segamat." Hanya sepatah jawapan dia beri.

"Minta tukar ke ditukarkan?" Darwish  pula bertanya.

"Minta tukar sebab saje nak tukar angin sekali sampai sini bukan angin weh, ribut terus." Aira membalas sambil terus menyusun hos.

"Kira pagi tadi tu kau on the way ke sini la?" Aku sudah siap memeriksa kawasan aku.

"Ha, aku tengah bawa motor tiba-tiba accident jadi depan mata. Kira dua motor yang jatuh tu, aku yang ketiga. Aku selamat la sebab sempat perlahan. Motor yang first tu memang tak dan. Aku call kecemasan lepastu tengok abang motor kedua tu. Dia kata dia okay cuma terseliuh sikit. Kereta tu memang aku tak check sebab aku check yang abang motor pertama tu dah tak ada nadi. Nasib 15 minit je buat compression kalau kena lama lagi agaknya dengan aku sekali pengsan. Tu yang aku suruh siapa yang naik RIM tu?"

"Nufail." Sambut Alex

"Ha, Nufail pergi tengok kereta dulu. Lepastu aku nampak Alex punya baju ada EMRS aku panggil la. Tapi tak tahu nama kan masa tu." Rancak Aira berbual. Mudah betul dia membiasakan diri.

"Kemalangan jalan raya cari EMRS la, kalau pokok tumbang jangan risau STORM ada dua orang dekat sini." Lew menunjuk dirinya kemudian menunjuk ke aeah aku.

"Lew!" Serentak semua orang memandang Lew anak Cina kelahiran Melaka yang mulutnya bukan main celupar hari ini.

"What?" Lew tidak puas hati.

"Perhatian, perhatian! Panggilan kecemasan khidmat khas pokok tumbang beralamat di Lot 3964 Jalan Perkasa 14. Semua anggota diminta bersedia." Kali ini, suara Darwish yang bertugas bersama Kumar di bilik kawalan pula berkumansang diikuti dengan siren.

Cik Ros yang akan menjadi penyelia pasukan untuk kes kali ini segera memberi arahan kepada anggota bertugas.

"Aira naik EMRS," arah Cik Ros.

"Baik, cik!" Pantas Aira masuk ke EMRS.

Rupanya Akmal Aira ini sebahagian daripada unit khas EMRS. Patutlah tip top tekanan dada yang dibuatnya. Baguslah ada seorang lagi EMRS dalan pasukan ini. Bolehlah berkawan dengan Alex.

Aku naik ke jentera bersama Azlan, Lew, Nufail dan Eric di bahagian belakang, Cik Ros dibahagian depan serta Lutfi sebagai pemandu jentera. Manakala Alex dan Aira pula menaiki EMRS yang dipandu Encik Zamani.

"Selamat petang PGO Selangor. Alpha 122 Siber Raya dipandu PBK KUP 171121 diketuai PBK II 150142 bersama anggota keluar khidmat khas pokok tumbang beralamat di Lot 3964 Jalan Perkasa 14. Bagaimana PGO terima over." Cik Ros memyampaikan makluman kepada Pusat Gerakan Operasi.

"PGO Selangor terima dan standby over," balas anggota di hujung talian.

Syukur angin kuat dan hujan sudah berhenti tetapi langit masih kelihatan pilu tak nampak lagi sinar mentari. Jam sudah menunjukkan pukul tiga petang.

"Pokok tu tumbang dekat mana Cik Ros?" Aku bertanya.

"Katanya terkena bumbung dapur tapi tak tahu la macam mana teruknya," balas Cik Ros.

"Ada mangsa ke?" Giliran Lew pula bertanya.

"Mangsa cedera fizikal tak ada tapi ada anak dia yang trauma sebab pokok tu tumbang betul-betul masa dia ambil air dekat dapur."

ALPHA 122Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang