Kebakaran Bangunan Pt 2

3.3K 400 73
                                    

Setibanya kami di lokasi kejadian, api sudah membakar hampir keseluruhan bahagian atas rumah kedai dan mula hendak menyambar bangunan bersebelahan.

Bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumut sudah tiba terlebih dahulu. Cik Ros terus mendekati penyelia pasukan mereka untuk bertanyakan situasi.

Menurut beliau, mereka baru sahaja tiba 10 minit yang lepas. Api semakin besar mungkin disebabkan oleh angin yang bertiup. Punca kebakaran masih lagi disiasat.

"Ada mangsa?" Cik Ros bertanya.

"Ada seorang perempuan dan seorang budak lelaki dekat dalam. Tuan rumah kedai ni kata dia keluar makan dengan kawan-kawan dia. Lepastu dia terima panggilan rumah kedai terbakar."

Cik Ros mengangguk faham.

16 anggota bomba yang berada di lokasi kejadian dibahagikan kepada empat pasukan kecil. Pasukan mencari dan menyelamat mangsa kebakaran dalam bangunan, pasukan pemadam api dari luar bangunan, pasukan pemadam api dari dalam bangunan dan pasukan bantu mula perubatan.

Akan ada lebih ramai lagi anggota bomba yang hadir sekiranya api tidak dapat dikawal. 16 orang anggota nak melawan api besar macam ni memang tak terdaya.

Anggota bomba dari Balai Kuala Lumut sedang membuat proses penyejukan bangunan di sebelah kiri dan kanan bagi memastikan api tidak merebak ke tempat lain.

"Bodoh ke? Api dekat tengah yang pergi sembur kiri kanan tu dah kenapa?" Cacian daripada orang awam melintas di telingaku.

Suka hati je cakap orang bodoh. Siapa yang ada Sijil Sains Kebombaan sekarang ni? Meh la sini tolong pegang hos daripada tolong memekak. Ei, panas pula hati aku.

"Encik, bawa bertenang cik. Nah minum air ni dulu." Dengan tenang Aira menghulur botol air mineral kepada lelaki yang memanggil kami bodoh tadi.

Dia ni tak takut kena pukul tiba-tiba ke? Emosi orang tu dah la tengah tak stabil. Aku pula yang risau.

Terdiam sebentar lelaki pertengahan 30-an itu apabila ditegur oleh anggota perempuan. Dia memandang Aira seolah-olah menghakimi keberadaan Aira di situ.

"Kalau encik nak tahu, kita kena rendahkan dulu suhu kawasan sekeliling api yang belum terbakar supaya api tak merebak." Aira memberitahunya dengan nada yang lembut.

"Kau perempuan jangan cuba nak tunjuk pandai. Kau nak mengajar aku pula sekarang? Kau ni bomba ke cikgu? Buat je la kerja kau." Lelaki itu berlalu pergi. Mungkin dia sudah malu dengan teguran Aira.

Aira menghampiri aku yang akan masuk ke dalam bangunan sebentar lagi. Dia memeriksa tolok tekanan pada BA aku macam aku tak tahu periksa benda tu sendiri. Setelah dia berpuas hati barulah dia berundur.

"Maggi malam ni?" Aira memandang aku.

Aku hanya mengangguk.

Ada 7 orang yang akan masuk ke dalam rumah kedai yang terbakar. Daripada pasukan Alpha 122, ada aku, Alex, Azlan dan Nufail. Manakala baki  tiga anggota lagi dari Balai Bomba Kuala Lumut iaitu Lim, Afham dan Endok.

Endok dan Afham akan membuka laluan dengan memadam api menggunakan air daripada hos yang dibawa mereka. Lim, dan Azlan pula mengangkut dua tabung alat pemadam api bersama mereka. Aku, Alex dan Nufail akan fokus kepada kerja-kerja menyelamat. Nufail membawa selimut kalis api, tuala basah beserta bersama kami. Alex membawa topeng oksigen untuk mangsa di dalam yang berkemungkinan masih hidup tetapi kekurangan oksigen. Aku membawa peralatan untuk memecahkan pintu.

Gril yang berkunci siap bermangga aku potong. Azlan pula memecahkan tombol pintu. Endok dan Afham terus masuk terlebih dahulu.

Patutlah mangsa tidak keluar, bahagian hadapan pintu rumah itu sudah terbakar. Kami masuk secara menunduk supaya tidak terkena asap.

ALPHA 122Where stories live. Discover now