Hari ini kami bertukar kerjaya menjadi pak tani. Balai Bomba dan Penyelamat Siber Raya hendak menjalankan Program Penanaman Semula Pokok seminggu lagi. Anak pokok yang sudah disemai perlu dipindahkan ke beg poli baharu yang diisi dengan medium penanaman pula. Lebih kurang 50 anak pokok yang akan ditanam di hutan yang pernah terbakar dahulu.
"Perhatian, perhatian perhatian! Panggilan khidmat khas pintu terkunci beralamat di No. 55, Tingkat 5, Apartment Rimbayu. Semua anggota bertugas diminta bersedia."
Siren dibunyikan.
Kami terus letak tepi segala peralatan dan mencuci tangan sebelum pergi ke Engine Bay tempat jentera diletakkan.
Cik Razak melapor kepada PGO Selangor tentang keberangkatan kami.
"Bilik apa yang terkunci cik?" Azlan bertanya.
"Bilik air katanya. Ada seorang mangsa yang duduk sendiri. Jiran dia la dengar ada orang jerit-jerit tu yang dia telefon kecemasan." Beritahu Cik Razak.
"Soalan lebih penting cik, lelaki ke perempuan?" Lew ni aku tengok makin lama makin merenyam.
"Perempuan. Tapi jangan macam-macam ya Lew. Elok lari keliling balai 2 pusingan aku tambah jadi 20 nanti baru tahu." Cik Razak memberi amaran dalam guraunya.
Cik Zamani berhenti di kawasan apartment. Azlan dan Lew terus membawa peralatan yang ada. Aira sudah bersiap sedia dengan beg EMRS dia.
Pengawal keselamatan yang bertugas menunjukkan kami rumah mangsa. Ada beberapa jiran tetangga berkumpul di situ.
"Cik, okay ke dekat dalam tu?" Cik Razak melaung.
"Tolong..." Suaranya kedengaran lemah.
"Lama dah ke dekat dalam tu?" Cik Razak bertanya kepada jiran yang memanggil.
"Lama jugalah. Dia biasa keluar rumah pukul 7 untuk pergi kerja tapi sekarang ni dah pukul 10 dah," beritahu seorang makcik di situ.
"Lewat juga telefon bomba. Bila sedarnya?" Cik Razak bertanya lagi.
"Dalam pukul 9 macam tu baru dengar orang jerit-jerit. Risau jugalah sebab adik ni dia duduk sendiri. Takut juga kena rompak ke apa. Lepastu dengar suara macam dari bilik air. Cepat-cepat telefon 999. Risaulah, boleh kan selamatkan adik ni? Dia tu dah la ada semput." Makcik itu kelihatan resah.
"Insya-Allah, makcik jangan risau. Kami akan cuba yang terbaik." Cik Razak menenangkan makcik itu.
Azlan mula memotong mangga gril. Dua kali percubaan baru berjaya.
Lew memeriksa pintu masuk utama.
"Ni kena tolak ni." Lew mengambil batang besi panjang dan memegangnya. Aku menyumbang tenaga untuk menolak batang besi itu pada lubang anak kunci.
Pintu terbuka sedikit tetapi ada rantai kunci yang menghalang kami daripada masuk ke dalam rumah. Rantai kunci itu terus dipotong.
Makcik jiran sebelah tadi menunjuk ke arah bilik air.
"Cik okay ke dekat dalam tu?" Aira bertanya.
"Tolong..."
"Cik duduk jauh dari pintu ya? Kami nak pecahkan tombol ni." Aku memberitahu terlebih dahulu sebelum memecahkan tombol pintu dengan rod besi.
Sekali hentakan sahaja, pintu berjaya dibuka.
"Dah, keluar sana." Aira menghalau kami. Dia seorang sahaja yang masuk menemui mangsa.
Dekat 15 minit juga baru Aira keluar daripada rumah itu.
"Okay ke dekat dalam?" Aku bertanya.
"Alhamdulillah dia okay cuma lemah sikit sebab asma dia hampir menyerang. Vital dah stabil dan kita boleh balik," balas Aira.
YOU ARE READING
ALPHA 122
ActionALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap ular, selamatkan kucing dalam longkang, buka pintu terkunci, terjun dalam api, meredah banjir, tump...