Jam 2 petang, kami bergerak ke balai setelah bersalaman dengan semua orang. Kami memakai baju operasi. Barulah ada kelainan gambar kahwin begini. Cik Ros dan Cik Razak pula memberi idea bernas yang dirahsiakan daripada kami berdua jadi aku tak tahulah apa yang menanti kami di balai nanti.
Masuk sahaja ke kawasan Balai Bomba dan Penyelamat Siber Raya, aku dan Aira berpandangan.
"Flat la kita hari ni dikerjakan." Aira memberi komen setelah melihat pelbagai jenis alatan penyelamat sudah dijemur pada jalan tar. Paling tak tahan, tangga pun ada sekali.
"Ni nak photoshoot kahwin ke nak buat FAREX?" Aku mengeluh berat. Aku tak patut biarkan Cik Ros dan Cik Razak uruskan sesi fotografi di balai. Patutlah mereka cepat sahaja bersetuju nak membantu aku dapatkan kebenaran. Rupanya ada udang di sebalik Mi Bandung!
"Buat ala-ala FAREX pun best apa? Abang pernah ikut ke peringkat kebangsaan punya?" Aira nampaknya teruja.
FAREX merupakan singkatan bagi Fire Fighters and Rescue Exercise Challenge. Pertandingan latihan bomba yang diadakan di peringkat kebangsaan.
"Mestilah pernah. Abang wakil kontinjen Selangor okay. Ayang pernah ke pergi kebangsaan?" Terkejut juga aku kalau Aira kata dia pernah masuk.
"Pernah, tapi jadi urusetia medic je la. Exercise dekat Balai Segamat dulu ayang buat juga." Aira tersengih.
Aku memegang tangan Aira menuju ke pasukan Alpha 122 yang sudah berkumpul. Mereka juga lengkap berpakaian baju operasi. Aku dah rasa tak sedap hati.
"Selamat pengantin baru!" Serentak mereka semua memberi ucapan.
Elok ucapan itu diberi, Cik Ros menarik tangan tangan kiri Aira. Tangan kanan Aira aku pegang kemas.
"Amboi, nak pinjam wife dia sekejap tak bagi." Cik Ros bercekak pinggang.
Tangan Aira aku lepaskan perlahan-lahan.
"Cringe wei." Lew yang cemburu dengan kebahagiaan aku memberi komen.
"Pergi la tu tangkap gambar dekat jentera dulu. Persiapan tak siap lagi ni. Isi sekali air dalam tangki jentera tu." Cik Razak mencelah.
Anggota Alpha 122 yang lain sudah tersengih-sengih. Apalah yang telah mereka rancang.
Aku dan Aira membawa dua orang jurugambar yang bersama kami ke sebuah jentera yang baru siap dicuci. Macam-macam gaya diminta oleh juru gambar. Atas jentera, tepi jentera, belakang jentera, depan jentera, setiap sudut diambil. Nasib tak disuruh masuk bawah jentera je. Gambar kandid kami mengisi air dari pili bomba masuk ke dalam tangki jentera juga diambil.
Kedua tangan Aira diletakkan di dada aku. Kepalanya didongakkan. Aku menundukkan kepala untuk merenung matanya.
Lembut pandangannya. Tak sangka Akmal Aira ini sudah menjadi isteri aku yang sah.
"Perhatian, perhatian, perhatian!" Pengumuman daripada bilik kawalan menyebabkan kami berdiri tegak menanti sambungan pengumuman.
"Tahniah diucapkan kepada The Akmals dari pasukan Alpha 122 kerana telah mendirikan rumah tangga. Balai Bomba dan Penyelamat Siber Raya mengucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga kekal sehingga ke syurga. Sila lapor diri di dataran dengan kadar segera."
Aduhai, tak pernah dibuat orang! Boleh pula buat pengumuman ucapan perkahwinan.
Aku dan Aira terus berlari ke dataran. Kasihan pula dengan jurugambar kami pada hari terpaksa berlari berkejaran. Mungkin aku patut upah jurukamera Running Man.
Tengok trek yang telah disediakanpun dah berkicap ketiak. Ini bukan wedding photoshoot, ini mendera anggota namanya!
"Rumah tangga ni banyak dugaan dan cabarannya jadi hari ini, Cik Razak dan saya berbesar hati untuk buat satu trek latihan khas ala FAREX untuk pengantin baru kita." Cik Ros tersenyum lebar.
YOU ARE READING
ALPHA 122
AkcjaALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap ular, selamatkan kucing dalam longkang, buka pintu terkunci, terjun dalam api, meredah banjir, tump...