MARSEILLE, FRANCENafas yang tercungap-cungap dibiarkan. Kakinya terus mengorak langkah mencari tempat untuk bersembunyi. Tangan kasarnya ditekan rapat pada abdomen yang mengalirkan darah yang banyak di sebalik kemeja putih itu.
"Trouvez ce chien enragé ! Se dépêcher! (Cari bangsat tu! Cepat!) " jerkah lelaki yang berjambang itu kuat.
Beberapa lelaki berbadan tegap itu mengangguk kepala kepada tuan mereka dan beredar pergi untuk mencari musuh mereka. Senyuman sinis terukir elok pada bibir lelaki yang bersembunyi di sebalik dinding itu dengan nafas mengah.
Peluru di dalam pistolnya ditatap lama. Tinggal 3 peluru. Kemudian lelaki yang berjambang di luar itu dipandang tajam. Anak buahnya semua sudah berkeliaran untuk mencari dirinya.
Nafas cuba diatur semula. Tenang, Franz. Bibirnya yang sudah pucat itu diabaikan. Darah yang semakin banyak mengalir itu serba sedikit membuatkan kepalanya berputar, pening. Ah, parah.
Picu pistol ditarik sebelum diacukan ke arah lelaki berbadan besar itu.
"Au revoir, chien enragé (Goodbye, mad dog.) "
Bang!
Sekali tembak, tepat pada jantung lelaki itu. Terus rebah lelaki berjambang itu ke tanah sebelum memandang ke arah musuh yang dicarinya itu di belakang.
Lelaki bermata biru laut itu menapak ke arah lelaki yang sudah terbaring di tanah dengan senyuman kecil.
"F-Franz.. "
"See you in hell. " ujar lelaki itu sinis sebelum berlalu pergi meninggalkan jasad yang sudah tidak bernyawa itu. Layak dibiarkan sahaja.
Semakin lama pandangan lelaki misteri itu kabur. Pandangannya menjadi gelap. Ah, sudah sampaikah masanya untuk bertemu tuhan? Kepala didongakkan ke atas memandang langit yang gelap itu.
Tidak sampai sesaat, tubuhnya jatuh lemah di atas tanah. Wajahnya mula memucat kekurangan darah. Jika dia mati pun, siapa sahaja yang peduli kan? Senyuman nipis diukir sebelum matanya perlahan-lahan tertutup rapat. Dia mula hilang kesedaran.
"Tsk! Ye, kak. Adik dah nak sampai ni, kejap! " bebel gadis yang berkaca mata bulat itu sambil menutup beg tangannya kelam kabut. Tudung pun sudah barai! Ah!
Panggilan ditamatkan. Keluhan panjang dilepaskan gadis itu. Kaca matanya ditanggalkan perlahan. Dia penat. Kaki panjangnya melangkah ke hadapan longlai. Menyesal pula dia ambil bidang medik ni, haih. Asyik kena tengking sahaja dengan doktor di sana! Huh. Cakap elok-elok tak boleh ke? Ee!
Dengan marahnya, gadis itu berjalan laju ke hadapan tanpa sedar kakinya terpijak sesuatu yang keras di bawah. Serta merta gadis itu hilang keseimbangan diri.
Buk!
"Aduh! Pinggang aku, mak. Au! " gadis itu mendesis sakit apabila punggungnya terhempap lantai konkrit jalan.
"Apa benda- "
Mulut gadis itu terkunci sebaik sahaja sekujur tubuh yang berlumuran darah menyapa kornea matanya. Terus riak wajah gadis itu berubah cuak.
Tanpa buang masa, gadis itu bergerak mendekati lelaki itu. Dua jari diletakkan pada leher lelaki itu untuk merasakan denyut nadinya. Lemah.
"Sir? " bahu lebar lelaki itu ditepuk perlahan. Nasib baik berlapik.
Tiada balasan. Sah pengsan! Aduh kau ni, Naurah. Sah-sahlah mamat depan kau ni tak sedar, kau pergi tegur tu kenapa? Aduhai. Tepi kepala digaru perlahan, buntu. Kiri kanan dipandang untuk mencari bantuan tetapi hampeh, tiada.
YOU ARE READING
C | MAFIA LIMITED EDITION
Romance[𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬] ZARIETH MIKAEL FRANZ × HANIE NAURAH Dia dingin, tidak berhati perut dan kejam. Ya, kejam sehinggakan orang tidak mampu menganggap dirinya manusia tetapi iblis. Itulah realiti kehidupan Zarieth Mikael Franz. Akibat satu kema...