Bantal tidur didakap erat. Alangkah nyenyaknya tidur seorang gadis di pagi yang indah itu. Pakej berdengkur sekali! Naurah menggeliat kecil di dalam tidur indahnya. Selimut tebal ditarik menutup tubuhnya memberikan kesuaman hangat.
"Ermm.. " gadis itu mengumam kecil sambil tangannya mencari sesuatu di tepi katil.
Sebaik sahaja telefon canggihnya dicapai, skrin telefon itu dihalakan pada wajahnya. Mengecil mata gadis itu cuba melihat jam pada skrin telefon canggihnya. Kabur, mat! Uish!
"Hmm pukul berapa ni..? " Naurah mengecilkan matanya merenung skrin cerah itu.
10 a.m.
Gadis itu diam sejenak. Otaknya masih cuba mencerna apa yang berlaku. Sepertinya dia terlepas sesuatu yang penting tapi apa dia? Lama gadis itu termenung pada skrin telefon canggihnya. Blur.
Perlahan-lahan Naurah bangkit dari pembaringannya. Rambut yang panjang paras bahu itu diselitkan pada telinga. Terkebil-kebil mata bundar gadis itu memikirkan sesuatu.
Tok! Tok!
Bunyi ketukan pintu itu mematikan lamunan Naurah. Sebaik sahaja pintu biliknya terbuka, membulat mata gadis itu.
"Oh, shoot! "
Macam mana dia boleh lupa hari ini dia harus masuk kerja! Argh! Tanpa membuang masa, gadis itu bangun dari katilnya dengan tergesa-gesa. Puan Zafirah menjungkit kening melihat tingkah-laku anak gadisnya itu. Dah kenapa gelabah semacam?
"Haih, adik. Gelabah semacam, nak pergi mana? " tanya wanita itu hairan. Naurah memandang ke arah Puan Zafirah dengan riak wajah cuak.
"Mama! Adik dah lewat ni! Kenapa tak kejutkan adik? Aduh! " Naurah menggaru kepalanya serabut. Adeh! Mampus aku macam ni!
"Hm? Nak pergi mana? Hospital ke? " tanya Puan Zafirah.
Naurah menoleh ke arah ibunya hairan. Iyelah, ke mana lagi dia mahu pergi melainkan rumah kedua tak rasminya itu? Kan? Kepala diangguk perlahan mengeyakan.
Puan Zafirah menggeleng kepala perlahan.
"Merepeklah adik ni. Semalam adik yang kata tak nak masuk kerja harini, mama tak kejutlah. Lagipun bagus jugak adik tak masuk harini, muka adik pun dah serupa badut sarkas! " perli Puan Zafirah bersahaja. Naurah terdiam sejenak.
Oh, ada eh aku cakap macam tu? Tak ingat pulak aku hmm. Bisik hati gadis itu bingung.
"Hmm.. mana boleh, ma. Kalau adik asyik tak masuk, nanti sia-sia aje praktikal adik kat sini. Adik bersiap kejaplah. " ujar gadis itu lemah. Penat juga sebenarnya lepas seharian menangis! Fuh! Emotional damage, bro.
"Tak apalah, adik. Boleh sambung kat Malaysia kan? Adik tak nak ke? " tanya Puan Zafirah. Naurah menoleh ke arah ibunya dengan tanda tanya.
"Eish! Mengarutlah mama ni. Praktikal adik nak habis dah pun, berapa bulan je lagi. Mama dah rindu nak balik Malaysia ke, hm? " ujar gadis itu dengan nada bergurau.
Puan Zafirah diam tidak menjawab. Ini lagi satu masalah, haih. Naurah menoleh ke arah ibunya hairan.
"Mama? "
"Adik, sebenarnya.. papa dengan mama dah kena balik Malaysia. Papa kena uruskan hospital dekat sana. Mereka perlukan papa untuk uruskan hal dekat sana, jadi- "
"Tak apalah kalau macam tu. Mama dengan papa baliklah sana, nanti adik balik lepas habis praktikal. " pintas gadis itu laju. Senyuman kecil diukir pada wajah.
Puan Zafirah diselebungi rasa bersalah memikirkan anak bongsunya ini harus tinggal sendirian di bumi asing ini.
"Adik okay ke tinggal sorang ni? Mama risaulah. " ujar Puan Zafirah risau.
"Eii, ini Hanie Naurah lah, mama! Adik okay je, lagipun Lara pun ada kat sini. Okay? " balas gadis itu memujuk ibunya.
"Bila nak flight ke Malaysia? " tanya gadis itu seraya mencapai tuala di penyangkut baju.
"Lusa ni. " Puan Zafirah mengeluh perlahan. Sedih nak tinggalkan Naurah sendirian.
Naurah hanya mengangguk kepala perlahan sebelum mengukir senyuman kecil untuk ibunya. Tak apalah, Lara masih ada di sini. Dia tidaklah takut sangat. Fuh!
Apa pun, mandi dulu! Ini bukan lewat seminit dua, ini dah berjam-jam lewatnya! Aish! Mahu kena herdik dengan doktor di sana. Tabah ajelah, Naurah hmm.
Usai apa yang patut, terus gadis itu bergerak ke hospital. Mujur jalan tidak sesak. Ini kalau di Malaysia, silap-silap sesak sampai dua jam! Cis! Nasib baik sini bukan Malaysia. Beg tangannya dicapai dan terus kakinya mengorak langkah ke lobi utama.
Harap-haraplah tiada siapa sedar dia lewat! Langkah dipercepatkan ke arah lif. Butang ke tingkat atas ditekan. Nafas dihembus perlahan.
Ting!
Pintu lif terbuka. Naurah melangkah masuk ke dalam perut lif. Belum sempat pintu lif tertutup, satu tangan lain menahan pintu lif itu dari luar. Terkejut gadis itu tatkala figura seorang lelaki mula melangkah masuk ke dalam lif itu. Naurah berundur ke belakang sedikit menjauh dari lelaki itu.
Entah kenapa terasa seperti deja vu. Hmm, hairan.
Melihatkan lelaki itu tidak menekan mana-mana butang membuatkan Naurah semakin hairan. Siapa lelaki itu? Auranya.. seperti pernah dia jumpa.
"Last but not least, we meet again. " suara garau lelaki itu menerpa gegendang telinga Naurah. Meremang bulu roma gadis itu.
Lelaki itu menoleh ke belakang menghadap Naurah yang sudah kaku diam di belakangnya. Kaca mata hitamnya dicabut perlahan-lahan. Jelas kelihatan iris biru laut itu menatap wajah cuak gadis itu dengan senyuman sinis.
"A-awak.. " perlahan-lahan Naurah mengundur ke belakang. Alamak! Mamat ni! Macam mana boleh terjumpa kat sini? Ark!
"Yes, it's me. Miss me, honey? " Mikael ketawa halus melihat wajah cuak gadis itu. Comel? Hm.
"Awak buat apa kat sini! Jangan macam-macam eh, s-saya call security guard! Nak? " ugut Naurah gagap. Tangannya cuba mencari telefon canggihnya di dalam bag tetapi tidak jumpa. Aduh!
Mikael menyembunyikan tawanya melihat gadis itu cuba mencari sesuatu. Di tangannya memegang elok telefon canggih gadis itu tetapi disorokkan di belakangnya. Sengaja! Ekeke!
"Aduh, mana phone aku ni?? Ee- "
"So, doctor. " panggil Mikael senada. Takut-takut Naurah mengangkat wajah memandang lelaki itu. Gulp!
"Aku ada offer untuk kau. Offer ni melibatkan hidup mati kau tapi kalau kau terima, kau akan selamat dan kalau kau tolak, hmm.. " sengaja lelaki itu menggantungkan ayatnya, Naurah sudah menelan air liur kelat.
"K-kalau saya tolak..? "
Mikael tersenyum kecil seraya mendekatkan bibirnya pada telinga gadis itu. Sekali lagi, Naurah terkedu. Deja vu!
"Kau mati. " bisik Mikael perlahan.
Mengeras tubuh Naurah tatkala mendengarkan jawapan tidak masuk akal lelaki aneh itu. Gila!
"Gila! Sana! Shuh! " pantas gadis itu menolak bidang dada Mikael kuat. Nasib baik berlapik ye. Malangnya lelaki itu tidak berganjak walau seinci malah tersengih senget.
"Saya tak kenal awak! Awak tak kenal saya! Jangan kacau hidup saya! Shuh! Pergi! " halau Naurah bersungguh. Mikael menyembunyikan tawanya sebelum menjauhkan dirinya dari gadis itu.
Kaca mata hitamnya dipakai semula. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar dengan bergayanya. Mikael menoleh ke arah gadis itu semula, Naurah mencerlung mata ke arah lelaki itu.
Garang!
"Then, see you later, honey. " Mikael melemparkan senyuman manis kepada gadis itu sebelum keluar dari perut lif. Naurah terdiam.
Ting!
Pintu lif tertutup semula. Naurah menghembus nafas panjang. Lututnya terasa lemah. Dia patut dengar sahaja kata ibunya untuk tidak datang harini! Cis! Itulah, jadi anak derhaka lagi. Nasib baik tak jadi tanggang lagi!
Siapa lelaki itu? Kenapa dia kerap bertemu lelaki itu kebelakangan ini? Bala? Ye, lelaki itu bala.
YOU ARE READING
C | MAFIA LIMITED EDITION
Romance[𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬] ZARIETH MIKAEL FRANZ × HANIE NAURAH Dia dingin, tidak berhati perut dan kejam. Ya, kejam sehinggakan orang tidak mampu menganggap dirinya manusia tetapi iblis. Itulah realiti kehidupan Zarieth Mikael Franz. Akibat satu kema...