045

3.5K 163 7
                                    

Permukaan meja makan itu diketuk perlahan dengan jari. Resah! Kelibat Mika masih tidak menunjukkan bayang. Naurah menoleh ke arah tandas. Mana suaminya?

Nafas panjang dihembus perlahan. Seketul ais dari cawan jus tembikai diambil lalu disumbat ke dalam mulut. Ais itu dikunyah rangup bagaikan biskut. Naurah berpeluk tubuh, risau. Jam tangannya ditilik sekilas lalu. Hampir 15 minit sudah berlalu.

"Suami aku tu okay ke tak tu? Aduh.. nak masuk ke tak? " gumam gadis itu perlahan. Ragu-ragu nak masuk tandas lelaki.

"Hmm.. masuk- "

Skret!

Kerusi di sebelahnya ditarik. Naurah mendongak ke atas. Mika! Sejak bila pula Mika keluar dari tandas? Sumpah dia tidak perasan. Mika hanya tersenyum kecil dan melabuhkan punggungnya di sebelah gadis itu.

"Awak okay, Mika? Tadi muka awak pucat semacam. Awak sakit mana-mana ke? " tanya gadis itu risau. Wajah lelaki itu disentuh bersahaja untuk memeriksa.

"Saya okay, sayang. Jangan risau. " tangan Naurah dipegang lembut. Senyuman kecil masih tidak lekang dari bibirnya.

Pergerakan gadis itu terhenti serta-merta. Tidak berkedip matanya melihat wajah tenang Mika. Tak, ini bukan Mika. Mika bukan jenis cakap berlemah-lembut.

Ini siapa?

Gulp! Air liur ditelan payah. Perlahan-lahan tangan dijauhkan dari wajah Mika.

"Awak.. siapa? " tanya Naurah was-was. Lelaki itu menjungkit kening hairan.

"Suami awaklah, siapa lagi? " balasnya bersahaja.

"Nama awak. " ujar Naurah perlahan.

"Nama saya? " dia menunding jari ke wajah sendiri. Naurah mengangguk kepala.

Lelaki itu ketawa halus. Terhibur dengan reaksi Naurah barangkali.

"Nama saya Firash, sayang. " lelaki itu tersenyum kecil hingga menampakkan lesung pipit di pipinya.

"Firash? " Naurah bertambah bingung. Siapa pula Firash! Ya tuhan!

"Iye, sayang. Firash tu nama saya. Mesti awak terkejut kan? Sebab ini kali pertama awak jumpa saya. Kan? " Firash mengenyit mata kepada gadis itu. Flirting!

Meremang bulu roma Naurah buat kali kedua. Tadi Mika bercinta-abang bagai, ini sayang pula! Ya tuhan, dugaan apa ni? Rasa mahu cabut lari pulang ke rumah.

Naurah sekadar mengukir senyuman kekok. Kedudukan kerusi dibetulkan. Firash menopang pipi di atas meja sambil merenung segenap wajah jelita gadis itu. Cantik!

"Tak sangka isteri saya ni cantik orangnya. Saya tak sempat nak kelip mata langsung sebab terpegun dengan kecantikan sayang saya ni. " tutur Firash tenang. Naurah menoleh ke arah suaminya.

Mata mereka bertemu. Pandangan lembut itu diberikan kepada Naurah. Entah kenapa, hati gadis itu berubah rentak. Berdegup kencang!

Firash ketawa halus.

"Pipi sayang merahlah. Malu dengan suami sendiri ke? " usik lelaki itu dengan sengihan senget.

"M-mana ada! Tempat ni panaslah, cuaca Malaysia kan bahang. " dalih Naurah seraya menoleh ke arah lain. Bahaya Firash ni! Aduh!

"Tapi saya sejuk aje kat sini. Lagi-lagi bila sayang saya ada kat sebelah ni, sejuk mata dan hati saya. " puji Firash polos. Tidak lepas iris biru lautnya merenung wajah Naurah.

"Ya tuhan. Awak ni memang mulut manis kalah teh tarik ke apa? " ujar Naurah senada. Firash menjungkit bahu.

"Well, that's my personality, sayang. " balasnya spontan.

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now