036

3.9K 170 2
                                    

Naurah mengumam perlahan sambil tangannya naik meraba bantal peluk di sebelah. Berkerut dahi licin gadis itu tatkala bantal peluknya terasa keras semacam. Aneh! Sejak bila bantal peluk aku jadi keras ni? Permukaan bantal keras itu ditepuk-tepuk perlahan.

"Urmm.. apa ni.. " gumam gadis itu mamai.

"Honey.. stop. " ujar Mikael dengan suara husky. Kelopak matanya masih terpejam rapat.

Tangan Naurah dipegang erat sebelum dialihkan ke tepi dari atas bidang dadanya. Mikael menguap kecil. Mengantuk tak habis lagi dek majlis kecil semalam.

Naurah mengumam perlahan sebelum tangannya naik semula ke atas bidang dada Mikael. Tangan gadis itu meraba-raba bidang dada suaminya seolah-olah mencari sesuatu. Berkerut dahi gadis itu.

Mikael mengeluh perlahan.

"Honey, janganlah raba aku. " gumam lelaki itu senada. Tangan kecil Naurah dipegang kejap.

"Siapa raba.. " balas Naurah mamai.

"Kaulah. " balas Mikael.

"Mana ada.. shh. " gadis itu menepuk bidang dada Mikael perlahan bagaikan mendodoi anak kecil. Kelopak matanya masih terpejam rapat tanda belum sedar dari tidur.

"Haih.. " Mikael mengeluh berat.

Mikael menarik tangan gadis itu lalu diletakkan ke pinggangnya. Tangan kekarnya naik memeluk pinggang Naurah erat. Dagu direhatkan di atas ubun-ubun gadis itu dengan selesa. Mata dipejam rapat.

Naurah menggesel hidungnya pada bidang dada Mikael yang terdedah itu. Suam! Selesa! Anda nak rasa? Maaf, tak boleh hoho. Lelaki itu menghembus nafas panjang sebelum dahi isterinya ditahan dengan jari telunjuk.

Redup mata Mikael merenung wajah polos Naurah yang masih lena.

"Buas jugak kau ni rupanya. " ujar Mikael perlahan.

"Urmm.. " gadis itu merengek kecil.

Keluhan kecil dilepaskan. Baru sahaja hendak tidur semula, bunyi notifikasi dari telefon canggihnya berbunyi. Mikael berdecit perlahan sebelum tangan sebelahnya mencapai telefon canggih itu di atas meja kecil di sebelah.

Fokus pada skrin telefon, Naurah perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Kabur! Berkerut dahi gadis itu tatkala wajah dingin Mikael menerjah kornea matanya. Kenapa Mikael di sini? Dekat pula tu! Huish!

Gadis itu menjauhkan wajahnya dari bidang dada Mikael. Lelaki itu merenung wajah mamai isterinya dengan senyuman sinis.

"Morning, mon chéri. " ujar Mikael bersahaja.

Semakin berkerut dahi Naurah tatkala suara serak lelaki itu menerpa gegendang telinganya. Ini bukan mimpi! Ini realiti! Gasp!

Tangan kecil gadis itu naik menekup pipi Mikael. Terkebil-kebil matanya merenung segenap wajah kacak lelaki itu.

"Mikael? " membulat mata Naurah merenung iris biru laut lelaki itu. Tidak percaya!

"Yes, honey. " Mikael menarik tangan gadis itu dari terus menekup pipinya.

Cup!

Kekura tangan Naurah dicium sekilas. Morning kiss, ekeke! Laju gadis itu menarik tangannya dari pegangan Mikael dengan riak wajah terkejut.

Angin sejuk dari pendingin hawa di bilik itu menyentuh kulit leher jinjang gadis itu. Naurah terus meraba-raba rambutnya yang terdedah itu. Mana tudung?! Terus gadis itu panik menarik selimut tebal menutup kepalanya.

Argh, aurat gue! Jerit Naurah dalam hati gelabah.

Mikael ketawa halus.

"Kau kenapa nak menyorok bawah selimut tu, hm? " tanya lelaki itu dengan senyuman mengusik. Sengaja dia mendekat ke arah isterinya yang menyorok di bawah duvet itu.

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now