"Bila kau balik sini? " tanya Kimi seraya menarik kerusi di hadapan Aryan aka lelaki berhoodie tadi.
"Minggu lepas. Aku malas nak keluar rumah, coy. Jadi aku terperap dalam rumah aku lama. Almaklumlah, jetlag hagaga! " Aryan ketawa lucu. Terasa bodoh dengan diri sendiri.
Kimi menggeleng kepala perlahan. Kemudian baru terlintas soalan di dalam fikirannya. Dia hampir lupa ingin bertanya soalan kepada lelaki di hadapannya itu.
"Aryan, tadi tu.. kau skodeng siapa? " tanya Kimi curiga.
Aryan mengukir senyuman kecil.
"Kau rasa? " tanya lelaki itu semula. Kimi mencebik perlahan.
"Tsk! Sebab tulah aku tanya. Kalau aku tahu, tak ada maknanya aku nak tanya kau. " bebel Kimi tidak puas hati. Tangan disilangkan di dada, bengang.
"Gurau jelah, coy. Mikael suruh aku jaga budak perempuan kat sini. Dia kata perempuan tu penting untuk dia, ha macam tulah. " terang Aryan bersahaja.
"Perempuan? Siapa? " Kimi menatap wajah selamba Aryan di hadapannya.
Aryan menjungkit kening, hairan. Banyak tanya pula si bapak orang ni! Telefon canggihnya dikeluarkan dari poket hoodie dan diberikan kepada Kimi.
Terbutang mata Kimi sebaik sahaja gambar itu menerjah kornea matanya. Eh- apa ni? Tangannya naik menutup mulut sendiri. Kenapa gambar ini ada pada Mikael?
"Mikael bagi gambar ni dekat kau ke, Aryan? " tanya Kimi laju.
"Yelah, siapa lagi? Kenapa? Kau kenal ke perempuan tu? " tanya Aryan pula. Curiga dengan reaksi Kimi. Something fishy.
Tidak menjawab pertanyaan Aryan, Kimi lekas bangun dari kerusinya. Selamba lelaki itu beredar pergi meninggalkan Aryan terkebil-kebil di situ. Aryan mendengus geram.
Aku tanya, dia tinggal. Fuh! Nasib aku harini malang agaknya. Gerutu hati lelaki itu sendu. Kepala digeleng perlahan membiarkan Kimi pergi. Malas mahu kejar.
Sementara itu Naurah yang baru memarkir keretanya di garaj keluar dari perut kereta. Pintu kereta dikunci elok. Plastik yang berisi makanan yang dibeli tadi dibawa bersama. Baru mahu melangkah ke pintu, tiba-tiba pergerakan gadis itu terhenti.
Entah kenapa sejak pulang tadi dia rasa seperti kurang enak. Seperti ada seseorang mengekori dirinya tetapi bila pusing ke belakang, kosong. Satu bayangan pun tiada!
Gulp!
Air liur ditelan payah. Terasa meremang bulu romanya. Ah, baik masuk rumah cepat! Kaki panjangnya mengorak langkah ke pintu rumah.
Sempat Naurah mengerling ke luar pagar rumah untuk melihat kereta atau orang yang mencurigakan. Hampeh! Tiada kereta yang mencurigakan. Yang ada hanya dua buah kereta putih dan hitam di hujung jalan.
Kereta jiran! Heh!
Pintu rumah ditutup rapat. Seram sejuk pula duduk lama-lama di luar.
Sementara itu di lapangan terbang KLIA.
Bagasi hitam kecil ditarik oleh Mikael seraya berjalan dengan penuh gayanya di ruangan besar lapangan terbang itu. Tidak dilupakan 3 orang anak buahnya itu turut mengikuti Mikael ke Malaysia. Risau katanya!
Tidak lepas mata memandang ke arah mereka berempat bagaikan artis terkenal turun di situ. Siapa saja tidak terpegun melihat jejaka-jejaka tinggi dan berbadan tegap lalu di situ? Seperti mimpi tetapi itulah realiti. Gadis-gadis yang berada di situ tersengih-sengih mencuci mata.
"Zayan, where's the driver? " tanya Mikael.
Zayan mengerling jam tangannya sekilas. Kemudian kepalanya menoleh ke arah kiri dan kanan.
YOU ARE READING
C | MAFIA LIMITED EDITION
Romance[𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬] ZARIETH MIKAEL FRANZ × HANIE NAURAH Dia dingin, tidak berhati perut dan kejam. Ya, kejam sehinggakan orang tidak mampu menganggap dirinya manusia tetapi iblis. Itulah realiti kehidupan Zarieth Mikael Franz. Akibat satu kema...