"Burp.. " laju Kimi menutup mulutnya. Alamak! Terlepas sendawa pula.
"Abang! " Ifa menjegil mata.
Kimi tersengih senget. Bukan sengaja, hoho! Pinggan yang sudah licin itu ditolak ke hadapan. Ifa mengambil pinggan Kimi sebelum gadis itu bangun dari kerusinya. Kemudian pandangannya tertumpu ke arah Mikael dan Naurah yang sudah selesai makan itu.
Sejak pulang dari membeli-belah tadi, bukan main senyap. Ada apa-apa jadi ke? Ifa hanya mendiamkan diri tidak mahu masuk campur urusan rumahtangga adiknya.
"Adik, meh pinggan tu. Kakak nak basuh sekali. " ujar Ifa.
Naurah diam. Termenung jauh! Kimi memetik jari di hadapan wajah gadis itu.
"Adik! " panggil Kimi kuat.
"Huh? Ye? " sahut Naurah dengan wajah bingung.
"Pinggan tu, kakak nak basuh. " ujar Ifa perlahan. Mengecil matanya merenung segenap wajah polos adiknya. Sus!
"O-oh.. eh, tak apa. Adik boleh- "
"Bagi je sini. " terus Ifa menarik pinggan kosong Naurah selamba.
Naurah mengeluh perlahan. Rasa bersalah pula. Itulah, termenung lagi! Haih. Ini semua salah Mikael! Kimi memandang wajah Mikael dan Naurah berselang-seli. Something's fishy! Lelaki itu berdehem kuat.
"Ehem! Kalau korang dah mengantuk, pergilah naik tidur. Biar abang dengan kak Ifa je kemas kat dapur ni. " kata Kimi dengan riak wajah poyo. Matanya dikenyit-kenyit pada Mikael memberi signal.
"Hmm.. maaf, abang Kimi. Adik letih sikitlah. " ujar Naurah dengan suara perlahan.
"Oh, it's okay. Pergilah naik tidur. " Kimi mengukir senyuman kecil.
Mikael menjungkit kening hairan melihat Kimi tidak henti mengenyit mata kepadanya. Apa benda mamat ni? Sakit mata ke? Sebaik sahaja kelibat Naurah hilang, Kimi bangun mendekati Mikael.
Bahu lelaki kacukan Perancis itu dipeluk rapat.
"Apa hal kau ni? " tanya Mikael bingung.
"Bro.. aku tak tahu apa masalah korang tapi, ehem! Better korang berbaik cepatlah eh. " bisik Kimi. Man to man gitu.
"Apa- "
"Uh, shh! It's okay, my brother. Aku faham, tak perlu cerita. Wish you all the best. " bahu Mikael ditepuk perlahan. Nak bagi semangatlah kononnya, ceh!
Tidak berkedip mata Mikael mendengar celoteh merapu sahabatnya itu. Huh! Sejak bila pulak aku bergaduh dengan bini aku? Bisik hati lelaki itu bingung. Kelibat Kimi yang sudah hilang ke dapur itu dipandang sepi. Kepala digeleng perlahan, bukan-bukan aje si Kimi ni.
Kaki mengorak langkah menaiki anak tangga hingga ke bilik tidurnya bersama Naurah. Nak lebih spesifik, bilik gadis itu. Mikael menunggu masa sahaja untuk mengajak gadis itu pindah ke rumah mereka tetapi tidak apalah buat masa sekarang.
Carilah suami yang memahami kehendak isterinya. Contohnya, Mikael. Flex, ekeke!
Pintu bilik dibuka perlahan. Mikael masuk ke dalam sebelum pintu bilik itu ditutup rapat. Naurah menoleh ke arah lelaki itu dengan senyuman kecil. Buku novel di tangannya diletakkan ke atas meja kecil di sebelah katil. Kaca mata bulatnya dicabut.
"Lambat awak naik. Sembang apa kat bawah tu? " tanya Naurah bersahaja. Mikael melangkah ke katil sebelum punggungnya dilabuhkan di sebelah gadis itu.
"Man to man talk. " balas Mikael dengan senyuman berahsia. Ceh! Man to man lah sangat!
"Hmm.. suspicious. " Naurah merenung tajam iris biru laut suaminya. Nak korek rahsia!
"Tak payah suspicious sangat, tak ada pun. Abang ipar kau tu merapu aje kerja. " ujar Mikael bersahaja. Duvet tebal itu ditarik ke atas menutupi tubuhnya.
Naurah pusing ke arah Mikael. Tangan dijadikan alas kepalanya sambil menatap wajah bersih suaminya. Indah betul ciptaan tuhan kan? Haih.
Mikael menghembus nafas panjang sebelum matanya beralih ke arah gadis itu. Mereka berdua saling berbalas pandangan.
"Stop looking at me with those eyes, honey. " ujar Mikael senada.
"Abang Kimi tu kawan awak ke? " tanya gadis itu tidak pedulikan amaran suaminya. Dia cuma ingin korek rahsia hidup lelaki itu sahaja sekarang! Hmph!
"Kinda. " balas Mikael sepatah. Kawan? Mungkin.
"Patutlah awak cakap selamba badak aje dengan dia. Saya baru nak label awak kurang ajar sebab guna aku-kau dengan abang Kimi. " gumam Naurah polos. Mikael menjungkit kening.
"Kurang ajar sebab? "
"Yelah, diakan abang ipar awak jugak. Kira macam.. hmm.. kena hormatlah. Ha, macam tu. " terang gadis itu perlahan.
Mikael diam sesaat sebelum tawa kecil terhasil dari bibirnya. Rasa kelakar pula. Dia dan Kimi adalah kawan yang banyak berahsia dan Kimi ialah orang kanannya. Tahu-tahu jadi ipar pula? Aduhai.
Naurah menjungkit kening hairan. Kenapa gelak? Lawak ke?
"Apa yang lawak? Betullah tu. " ujar Naurah bersungguh.
"Ye, betullah apa kau cakap tu, honey. Dah, sekarang kita tidur, okay? " Mikael menarik duvet menutupi tubuh Naurah di sebelahnya. Gadis itu terus membaringkan kepalanya di atas bantal membiarkan lelaki itu menyelimutkan dirinya.
Feeling princess gitu! Haha.
Mikael menutup lampu di atas meja kecil di sebelah katil. Terus suasana bilik itu berubah gelap. Hanya penghawa dingin sahaja yang berbunyi perlahan menyejukkan bilik itu. Naurah tidak mampu memejamkan matanya. Siling putih itu dipandang lama.
"Mikael, awak dah tidur ke? " tanya gadis itu dengan suara perlahan. Kutlah mat saleh tu dah tidur ke? Ha, kan kacau tu.
"Hmm.. belum. " balas suara garau Mikael. Kelopak matanya sudah lama terpejam, mengantuk.
"Hmm.. saya ada soalan. " Naurah menoleh wajahnya memandang sisi wajah Mikael. Kelihatan cantik walaupun dalam keadaan gelap ini.
"Hmm.. what is it? "
Gadis itu mengemam bibirnya rapat sebelum bersuara.
"Masa kita akad nikah haritu, saya tak nampak pun keluarga awak. Yang ada pun cuma tiga orang kawan awak tu. Saya.. cuma nak tanya kalau, umm.. keluarga awak tak suka dengan- "
"Nonsense. " pintas Mikael.
Naurah terdiam. Alamak! Aku salah cakap ke? Aduh. Baru hendak membuka mulut, Mikael terlebih dahulu bersuara.
"Ada baiknya diorang tak datang daripada diorang datang merosakkan hari bahagia kita. " tutur lelaki itu perlahan tetapi terselit nada yang dingin.
"Maksud awak? "
"Hah.. just forget about it. " keluhan kecil dilepaskan.
"Tapi- "
Tangan besar Mikael naik menutup mata gadis itu. Naurah terkedu sejenak. Apa ni?
"Let's sleep, honey. " bisik Mikael dengan suara husky. Betul-betul di sebelah telinga Naurah!
"I'm sleepy. " sambungnya perlahan.
Cup!
Ciuman ringkas hinggap di pipi Naurah. Terkebil-kebil mata gadis itu cuba mencerna apa yang berlaku. Matanya ditutup, tiba-tiba dapat free kiss di pipi. Wah! Mimpi aneh apakah ini?
Entah apa yang Mikael bisikkan di tepi telinganya, perlahan-lahan kelopak mata gadis itu memberat dan akhirnya terpejam. Tidur lena. Dengkuran halus terhasil elok dari celahan bibir mungil Naurah. Mikael tersenyum nipis sebelum dirinya turut lena masuk ke alam mimpi.
Bersaksikan bulan yang terang, langit yang terbentang luas, pasangan baru itu tidur berpelukan antara satu sama lain dengan aman dan damai tanpa sedar ada malapetaka yang menanti mereka di luar.
Tragik? Tunggu dan lihat, ekeke.
YOU ARE READING
C | MAFIA LIMITED EDITION
Romance[𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬] ZARIETH MIKAEL FRANZ × HANIE NAURAH Dia dingin, tidak berhati perut dan kejam. Ya, kejam sehinggakan orang tidak mampu menganggap dirinya manusia tetapi iblis. Itulah realiti kehidupan Zarieth Mikael Franz. Akibat satu kema...