Keluhan berat dilepaskan. Berat hati, berat mulut, berat punggung semualah! Terasa dunia ini berat bagi dirinya. Naurah termenung ke arah pantulan imejnya di cermin. Baju kurung serba putih dengan tudung putih itu membuatkan dirinya kelihatan seperti seorang bidadari sesat di bumi.
Majlis akad nikah akan berlangsung beberapa minit lagi tetapi gadis itu masih tidak tahu siapa bakal suaminya. Misteri sungguh!
Klark!
Ifa tersenyum lebar melihat penampilan adiknya yang bakal mendirikan rumah tangga itu. Tiba-tiba rasa sebak, alahai.
"Adik dah siap ke? " tanya Ifa perlahan.
"Hmm.. dah kut. " balas Naurah acuh tak acuh. Ifa mendekati adiknya.
"Hei, kenapa monyok ni? Harini kan hari bahagia awak, kenapa masam aje muka? Hm? " tanya Ifa prihatin. Bahu gadis itu diusap perlahan.
Naurah mengemam bibirnya rapat.
"Adik takut. " luah gadis itu senada.
"Takut kenapa? Bukannya bakal suami adik tu makan orang pun. Lagipun dia baik apa? Sudahlah, jangan monyok. Tak cantik pengantin kita ni nanti! " pujuk Ifa cuba menyerikan wajah Naurah.
Naurah terpaksa mengukirkan senyuman palsu pada wajah. Hatinya terasa berat hendak menerima semua ini. Sejak haritu lagi wajah dingin Mikael bermain di fikirannya. Rasa.. serba salah?
Lelaki itu tidak berhubung dengan dirinya lagi selepas melawat di wad tempoh hari. Lesap begitu sahaja!
Pantas gadis itu menggeleng kepala laju membuang fikiran merapunya. Fokus, Naurah!
"Jom? Semua orang dah tunggu. " ajak Ifa dengan senyuman kecil.
"Okay, jom. " Naurah bangkit dari kerusinya. Baju kurung putih yang tersarung elok pada tubuhnya ditepuk perlahan.
Dalam hati gadis itu berdoa kepada tuhan untuk menerima segalanya dengan hati terbuka. Biarlah gerangan suaminya itu misteri, kalau dah nama jodoh, pasti akan terikat. Keluhan kecil dilepaskan. Redha, Naurah! Bisik hati gadis itu cuba untuk beranikan diri.
Mereka berdua turun ke bawah. Tuan Syed Asyraf tersenyum kecil melihat anak gadisnya itu mendekat. Ya Allah, sayunya hati seorang ayah ingin melepaskan anak gadisnya.
"Adik dah ready? " tanya si ayah dengan gembiranya.
"50% je, papa. " balas Naurah dengan sengihan senget.
"Haha, ada-ada aje! Dah, mari. " Tuan Syed Asyraf memimpin tangan gadis itu hingga ke kereta.
Tak lama kemudian kereta berjenama mewah itu tiba di kawasan perkarangan masjid besar. Mujur orang yang hadir tidak ramai, sekadar saudara mara terdekat sahaja. Naurah menarik nafas dalam, nervous.
Ifa menggenggam tangan adiknya yang sejuk. Tawa halus terhasil dari bibirnya. Nostalgia! Masa awal dia nikah dengan Kimi pun, tangannya serupa tangan mayat. Sejuk gila! Haha!
"Adik jangan nervous, rileks je. " bisik Ifa perlahan.
"Huf! Okay, jom! " semangat gadis itu mengorak langkah masuk ke dalam masjid. Gulp! Berdebar!
Ramai mata memandang ke arah Naurah dengan segala jenis pandangan. Gadis itu santai sahaja berjalan di khalayak ramai dan duduk di tengah. Kemudian matanya tertumpu ke arah tubuh belakang si bakal suaminya yang sudah selamat sampai di hadapan tok kadi.
Aneh.
Perasaan ini.. macam ku kenal? Hm. Dari bentuk tubuh belakang lelaki itu, Naurah sudah agak yang bakal suaminya itu seorang yang tinggi lampai. Entah kenapa rasa familiar. Pelik!
YOU ARE READING
C | MAFIA LIMITED EDITION
Romance[𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬] ZARIETH MIKAEL FRANZ × HANIE NAURAH Dia dingin, tidak berhati perut dan kejam. Ya, kejam sehinggakan orang tidak mampu menganggap dirinya manusia tetapi iblis. Itulah realiti kehidupan Zarieth Mikael Franz. Akibat satu kema...