057

3.1K 153 1
                                    

Mikael mengerling sekilas ke arah Naurah di seat sebelah pemandu. Tangan pada stereng kereta dikemaskan. Sejak beberapa harini, senyap semacam sahaja isterinya. Aneh sungguh!

Sebaik sahaja tubuhnya dikembalikan tempoh hari, suara Mika seolah-olah kedengaran pasrah. Seperti putus cinta pun ada! Bila ditanya kenapa, disuruh cari sendiri jawapannya. Huh! Tak membantu langsung mamat tu.

Naurah hanya membuang pandangannya ke luar tingkap kereta dengan pandangan redup.

"Honey. " seru Mikael perlahan.

"Hm. " hanya gumaman kecil itu sahaja yang dibalas tanpa menoleh ke arah lelaki itu. Cold!

"Are you feeling unwell? You look different for some reason. Is there any problems you wanna share, hm? " tanya lelaki itu dengan nada lembut.

Diam. Gadis itu hanya diam tidak membalas pertanyaan Mikael. Dibiarkan soalan lelaki itu tergantung sepi. Bibir bawahnya digigit perlahan, perasaan aneh menerjah lubuk hatinya.

Mikael menghembus nafas perlahan. Gadis itu benar-benar cuba mengelak darinya. Ketara!

"It's okay, then. " ujar lelaki itu senada.

'I'm sorry. ' bisik kecil hati gadis itu. Dia tidak mahu mengalah lagi. Seakan-akan ego yang sedang memenangi dirinya buat masa kini.

Sepanjang perjalanan ke destinasi, masing-masing diam melayani perasaan sendiri. Si suami bingung mencari di mana kesalahannya manakala si isteri tidak mahu berbicara. Seakan semua benda terjadi dalam satu masa, runsing jadinya.

Tak lama kemudian, mereka tiba di rumah Tuan Syed Asyraf.

Tidak sempat berkata apa, Naurah terlebih dahulu meloloskan diri ke dalam rumah meninggalkan Mikael terkebil-kebil di belakang. Itu memang merajuk sungguh tu! Belakang kepalanya digaru perlahan, buntu dengan tingkah laku isterinya. Nak cakap period, elok aje solat tadi. Jadi, apa yang tidak kena?

Vroom!

Kereta Mercedes Benz kelabu masuk ke dalam perkarangan rumah banglo itu. Kereta Kimi. Mikael sekadar membuat tidak endah sahaja dan berura-ura mahu masuk ke dalam rumah.

"Yop! " panggil Kimi dari belakang. Mikael menghembus nafas panjang.

Baru nak lari, haih.

"Apa? " balas lelaki itu malas. Kimi memeluk bahu Mikael rapat dengan senyuman riangnya.

"Awat masam sangat muka hang ni? Senyumlah sikit, brother. Bukan selalu jumpa abang ipar kau ni, kahkah. " Kimi ketawa terhibur dengan jenaka sendiri.

"Bukan selalu? Heh. " Mikael tersenyum segaris. Bohong aje kerja kau kan, Kimi.

"Eip, shh! Jangan bocor rahsia." bisik Kimi risau. Kantoi dengan Ifa, mahu dilibas punggung seksinya dengan penyapu lidi. Gulp! Seram.

Mikael menggeleng kepala perlahan. Tak percaya pula si Kimi ni dah jadi bapak orang. Perangai tak padan langsung! Aduhai.

"Aku naik dulu. " ujar Mikael perlahan. Kimi mengangguk kepala.

"Ha, okay. Jumpa lunch nanti. " Kimi melambai tangan mesra kepada 'adik iparnya' itu. Mengecil matanya menghantar kelibat Mikael naik ke atas.

Sus!

Aura Mikael kelihatan lain. Seperti mat jiwang pun ada! Hmm, aneh. Kimi mengurut dagunya berfikir. Tanpa sedar sepasang tangan halus datang laju dari arah belakang dan..

Pap!

"ADOI! " berkerut dahi Kimi tatkala punggungnya ditampar kuat dari belakang.

Perlahan-lahan lelaki itu menoleh ke belakang. Air liur ditelan payah. Gulp! Tahu sangat siapa yang berani sentuh punggung seksinya.

"Amboi.. masuk menonong aje kan? Ingat saya ni ada 6 pack macam awak ke nak usung dua baby carrier ni? Ha? " Ifa bercekak pinggang sambil merenung tajam ke arah Kimi.

"Hehe, sorry sayang. Abang gembira sangat jumpa Mikael sampai lupa baby kita, hehe. " Kimi tersengih senget.

Makin tajam renungan Ifa menikam anak mata suaminya. Semakin meremang jugalah bulu roma Kimi bila ditatap begitu. Ini petanda tidak baik! Kena cabut ni!

"Oh, jumpa kawan baik awak tu laju. Suruh tengok anak, macam-macam pulak alasan awak bagi. Saya... "

"Ah, sudah. " gumam Kimi perlahan. Elok lepas ni, dia sediakan earbud awal-awal dalam lubang telinga. Mencegah lebih baik dari merawat, bukan? Ekeke.

Baju di atas katil dilipat kemas. Suram sahaja riak wajah Naurah melihat baju-baju milik Mikael yang dilpatnya. Kain baju itu diusap perlahan. Layakkah dirinya menagih cinta dari lelaki itu?

Leka termenung, Mikael mengambil tempat di sebelah gadis itu. Sisi wajah isterinya ditatap lama sebelum rambut yang terjuntai gadis itu diselitkan ke belakang telinga. Naurah terkedu sesaat serentak menoleh ke tepi.

Bila masa pula Mikael datang! Untuk seketika waktu, gadis itu gugup sebelum menjauhkan wajahnya dari tangan kasar Mikael. Lelaki itu hanya diam membiarkan Naurah mengelak.

Tanpa sebarang bicara, Naurah bangkit dari katil. Berura-ura mahu pergi tetapi Mikael laju memegang tangan gadis itu. Langkah Naurah terhenti di situ.

"Honey. "

Air liur tiba-tiba terasa kelat untuk ditelan. Naurah memandang ke arah lain, tidak mahu memandang iris biru laut lelaki itu.

Mikael menghembus nafas panjang sebelum lelaki itu turut bangkit dari kedudukannya. Berdiri betul-betul di hadapan gadis itu. Tanpa sebarang bunyi, dagu Naurah dipaut lembut. Gadis itu terkaku diam dengan tindakan drastik suaminya.

Mikael menarik dagu gadis itu memandang wajahnya. Tidak berkedip mata Naurah merenung iris biru laut Mikael.

"If people talk to you, you have to look at their eyes, honey. " ujar Mikael perlahan terselit nada tegasnya. Naurah diam tidak bersuara.

'Bila orang bercakap, pandang.' tidak semena-mena ayat Mika menerjah kotak fikirannya.

Pipi merah Naurah dielus lembut. Pandangan mata Mikael bertukar redup seperti anak kucing yang kehilangan ibunya. Cepat benar mood lelaki kacukan Perancis ini berubah, fuh!

"Awak.. " tangan Mikael cuba ditolak tetapi lelaki itu menghentikan langkah isterinya.

"Honey, please.. " suara Mikael berubah sayu. Tidak lepas mata lelaki itu menatap anak mata isterinya. Tidak mahu gadis itu mengalihkan perhatian darinya.

"Tell me, "

Kekura tangan Naurah dibawa rapat ke bibirnya. Kucupan ringkas dilabuhkan di situ. Gadis itu seolah-olah dipukau dengan tingkah laku suaminya.

"Where's my fault, hm? " tutur lelaki itu perlahan.

"M-Mikael.. " gadis itu mengalihkan pandangannya ke arah lain. Ah! Bahaya betul!

"Tolong bagitahu aku, apa salah aku, honey. Kalau kau terus diam macam ni, macam mana aku nak perbaiki kesalahan aku pada kau? Tolong jangan biarkan hati kau terluka disebabkan aku. Hati kau terlalu berharga untuk disakitkan oleh lelaki macam aku, honey. " tangan halus Naurah digenggam kemas.

"I'm supposed to be your hero, not a villain. " sambung Mikael perlahan dalam nada sayu.

"Hiks.. "

Mikael mengangkat wajahnya memandang Naurah. Lelaki itu terdiam sejenak. Cecair jernih meleleh perlahan di pipi gadis itu. Terhinjut-hinjut bahu Naurah menahan tangisannya sambil menatap wajah suaminya.

Kata-kata lelaki itu.. terlalu berkuasa baginya. Betapa mudahnya hati gadis itu mengalah dengan pujukan dari sang suami.

"Hiks.. hiks.. M-Mikael.. " tersedu-sedu gadis itu cuba bersuara. Mikael sekadar tersenyum nipis dan menyeka lembut air mata isterinya.

"Don't c- "

Tanpa sebarang amaran, leher Mikael dipaut erat oleh Naurah. Hampir terdorong lelaki itu dek tarikan kuat dari isterinya. Naurah menyembamkan wajahnya pada ceruk leher Mikael.

Mikael terkaku sejenak.

"I'm sorry, hiks.. " bisik Naurah sayu. Ah, gadis itu tewas akhirnya.

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now