063

2.9K 133 0
                                    

"Haa.. huff.. "

Mika bersandar pada dinding bangunan usang itu. Rasa mahu tercabut kakinya berlari dari kaki bukit hingga ke puncak. Peluh di dahinya dikesat laju. Dia harus selamatkan isterinya segera!

Beretta M9 di tangannya digenggam kemas. Kaki panjangnya mula mengorak langkah ke dalam bangunan usang itu. Kemeja putih yang dipakainya sebentar tadi habis terkoyak dek berlawan dengan musuh di jalan.

Sorry not sorry, heh. Siapa suruh pakai kemeja? Pesanan khas untuk Mikael.

Bip!

Panggilan masuk ke dalam alat pendengarannya di lubang telinga. Mika mendengus kasar. Baru nak acah-acah jadi hero! Ish.

"Apa? " bisik Mika perlahan. Arah belakang depannya diperhatikan teliti.

"Naik level 5. " suara Aryan memberikan arahan dari hujung talian.

"Apa hal? " Mika mengerutkan dahinya.

"Haih.. susahlah cakap dengan kau ni, pergi ajelah level 5! Security dekat level tu ketat, mesti bini kau kat situ. " balas Aryan serius.

Mika mengohkan sahaja. Cakaplah awal-awal! Heh.

Baru hendak keluar, Mika pantas berundur ke belakang semula. Hampir sahaja dia dedahkan diri kepada musuhnya yang sedang menjaga di kawasan itu. Mika pejamkam matanya rapat.

Buk!

Mika diam sejenak. Lelaki itu menjenguk kepalanya keluar untuk melihat punca bunyi.

"Embuscade! alerte! (Serang hendap! Alert!) " jerit salah seorang lelaki di situ.

Bang!

Bang!

Bertalu-talu peluru pistol dibebaskan entah kemana. Mika bersembunyi di sebalik dinding. Ambush? Siapa? Tajam mata lelaki itu cuba mencari dari mana datangnya serang hendap tersebut.

"Tuan. " suara Zayan masuk talian.

"Aku dah clearkan level 1 sampai level 3. Pergi je terus, aku jaga dari rooftop. " ujar lelaki Turki itu senada.

Mika tersengih sinis. Nice! Mudah kerjanya. Pantas lelaki itu berlari keluar sambil melihat sekeliling ruangan itu dipenuhi dengan jasad-jasad yang sudah tidak bernyawa. Sempat lelaki itu mengerling ke luar tingkap yang pecah.

Jelas kelihatan Zayan sedang duduk meniarap di bangunan seberang dengan sniper kesayangannya.

Tanpa membuang masa, Mika melajukan lariannya menaiki tangga. Lif tak function, heh!

Nik tersenyum sinis melihat raut wajah Naurah. Gadis itu terdiam kelu.

Bang!

Bang!

Terhinjut bahu gadis itu tatkala bunyi tembakan dari bawah menerpa gegendang telinga. Nik ketawa sinis sebelum menjauhkan wajahnya dari gadis itu.

"Oh.. already start. " Nik membuang pandangannya ke pintu bilik usang itu.

"Hm? "

Nik tunduk mengambil sekeping gambar yang ada di atas lantai. Lama lelaki itu merenung sekeping kertas itu dengan riak wajah dingin. Lama-kelamaan gambar di tangannya itu diremuk kuat.

"Naurah. " panggil Nik senada.

Gadis itu mengangkat wajahnya. Seketika bulu romanya terasa meremang melihat raut wajah Nik begitu ketat dan dingin.

Tanpa sebarang bunyi, bahu Naurah dicengkam kasar.

"Argh! Sakit, Nik! " Naurah meringis sakit.

"Kau mengandung! Kau mengandung, sial! Argh!!! " jerkah Nik seperti orang gila.

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now