023

4.1K 197 2
                                    

Peti ais besar itu dibuka perlahan. Naurah menggaru pipinya bingung. Barang basah semua sudah hampir habis. Nak masak apa? Hm. Kemudian pintu peti ais itu ditutup rapat. Kaki panjangnya mengorak langkah ke ruang tamu. Sofa yang empuk itu dijadikan sasaran punggungnya untuk duduk.

Kepala ditoleh ke kiri dan kanan mencari kelibat ibunya.

"Hmm.. mana mama eh? " gumam gadis itu hairan.

Remote tv dicapai dari atas meja sebelum punat merah ditekan. Siaran drama tv3 di kaca tv langsung tidak menarik perhatiannya. Naurah sekadar termenung kosong ke arah kaca tv yang besar itu.

Sunyi.

Rumah besar itu terlalu sunyi dengan ketiadaan penduduk rumah. Hanya dia seorang sahaja di situ. Mahu mulakan kerja, dia masih berada di dalam cuti semester. Ah, buntu.

Naurah melihat ke arah seorang pembantu rumah yang sedang tekun mencuci habuk di atas meja yang tersusun bingkai gambar keluarga mereka. Senyuman kecil diukir pada wajah sebelum gadis itu perlahan-lahan bangun dari sofa dan jalan berjengket ke arah pembantu rumah itu.

Satu.

Dua.

Ti-

Yeet!

"Astaga! Uish, kus semangat! " pembantu rumah tadi melatah terkejut dek bunyi ringtone telefon canggih majikannya.

Naurah sudah mengusap dadanya perlahan. Niat mahu mengejutkan bibiknya, dia pula yang terkejut sendiri. Haih, itulah niat buruk lagi! Heh! Pembantu rumah tadi pusing menghadap Naurah hairan.

"Cik Muda, ada apa saya boleh tolong? " tanya wanita separuh usia itu dengan senyuman kecil.

"Hehe.. tak ada, saya bosan. Semua orang tak ada dalam rumah ni. " adu gadis itu sendu. Pembantu rumah itu ketawa halus.

"Tuan dan Puan keluar ke hospital besar, katanya urgent. Cik Muda nak saya masakkan apa-apa? " soal wanita itu lembut.

Naurah menggeleng kepala perlahan. Dia tidak mahu makan apa-apa. Seketika sel otaknya bergabung. Terus dapat idea!

"Makcik! Barang basah dah habis, saya nak pergi beli kat grocery. Nasib baik makcik tanya tadi kalau tak saya tak beringat langsung nak beli barang basah tadi, haih. " ujar Naurah seraya menepuk dahi licinnya perlahan.

"Ya ampun! Saya pun lupa, Cik Muda. Maaf ye, saya ni dah tua lupa semua benda. " wanita itu tersenyum nipis. Segan pula!

"Eh, tak. Saya yang pelupa! Hehe tak apalah, saya pergi bersiap sekejap. Makcik nak pesan apa-apa? " tanya gadis itu dengan senyuman kecil.

"Tak ada, Cik Muda. Saya hanya masakkan sahaja apa yang Cik Muda belikan. " jawab wanita itu setia dengan senyuman di wajah.

Naurah memberi thumbs up kepada wanita itu dan beredar pergi ke biliknya. Hoodie besar disarungkan pada tubuh rampingnya berserta tudung sarung hitam. Selagi mudah, jangan susahkan. Ha, begitu.

Kunci kereta dan dompet dicapai dari atas meja solek dan terus kaki panjangnya mengorak langkah keluar. Sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan, terus pacuan empat roda itu keluar dari perkarangan rumah mewah itu. Lokasi? Grocery.

Kereta Swift merah itu diparkir elok di dalam kotak kuning. Naurah keluar dari perut kereta dan masuk ke dalam pusat membeli belah yang besar megah itu. Jenuh nak tawaf satu mall ni ha! Fuh! Mujur dia pakai kasut sukan, tak adalah kakinya melecet berjalan.

Sentiasalah jadi bijak seperti author, wat lek wat peace! Ekeke.

Troli ditolak masuk ke bahagian sayuran. Pelbagai jenis sayur dimasukkan ke dalam troli. Sawi, kubis, tomato, timun semua disumbat ke dalam troli. Kemudian gadis itu pergi ke arah ikan dan ayam.

Bersinar mata gadis itu melihat pelbagai jenis ikan yang fresh di depan mata. Fuh! Nikmat!

Lengan hoodie disinsing ke atas. Plastik sarung tangan dipakai sebelum tangannya mula memilih ikan yang segar. Penuh satu plastik dengan ikan! Ini tidak termasuk ayam lagi.

Sedar tidak sedar, dari jauh sepasang mata memerhatikan gerak geri gadis itu dengan senyuman kecil. Telefon canggihnya dikeluarkan lalu merakam setiap detik Naurah. Suka! Gadis polos itu tekun memilih ikan tanpa sedar dirinya sedang diperhatikan.

"Uncle, kira ni. " ujar Naurah seraya memberikan 2 plastik ikan. Banyak kau! Kenyang 7 keturunan.

"Okay, adik manis. " lelaki separuh usia itu mengenyitkan mata kepada Naurah. Sesi mengorat.

"Err.. ehehe.. " Naurah ketawa kekok.

"Jaga mata, pakcik. " sampuk satu suara garau dari tepi gadis itu.

Terus kepala Naurah terteleng ke tepi. Terkejut mendengar suara itu! Terkebil-kebil mata gadis itu memandang figura tinggi Mikael di sebelahnya. Dia berhalusinasikah?

Mikael merenung tajam ke arah lelaki yang menjaga ikan itu. Cepat-cepat lelaki berusia itu beredar ke belakang, gerun. Mikael berdecit perlahan. Gatal sangat mata tu! Aku cungkil baru tahu. Huh!

Naurah masih terkaku diam. Ini.. Mikael? Lelaki yang dia jumpa di Perancis tempoh hari? Kan? Mikael memandang ke arah gadis di sebelahnya, hairan.

"Pandang apa? " tanya Mikael acuh tak acuh. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Awak? Awak buat apa kat sini? Tak, maksud saya.. kenapa awak ada kat sini? " tanya gadis itu bingung. Terkejut masih tidak habis.

"Beli barang. " balas Mikael malas. Walhal lain niatnya, hm tak apa diam je.

"Bila awak sampai Malaysia? " soal gadis itu ingin tahu. Entah kenapa mulutnya ringan bersuara.

"Kenapa nak tahu? " tanya Mikael semula.

"Sebab saya nak tahu. " balas Naurah polos. Tidak lepas matanya menatap sisi wajah Mikael.

"Adalah. " balas lelaki itu selamba.

Naurah mendengus geram. Terus tangannya naik memeluk tubuh, protes. Tak suka betul berborak dengan si mat saleh beku ni! Sakit hati! Cis. Terus gadis itu memandang ke hadapan semula, menunggu ikannya yang dari tadi tidak muncul. Pakcik ni lari dengan ikan aku ke?

Mikael mendekatkan jaraknya dengan Naurah hingga hilang bayangan gadis itu dari pandangan. Tubuh tegap lelaki itu menghalang figura Naurah dari kelihatan. Sempat iris biru lautnya menjeling tajam ke arah suatu sudut yang tidak jauh dari tempatnya.

Ingat dia tidak perasan? Heh buat kerja tak clean.

"Apa duduk dekat-dekat ni? Jauhlah sikit, shuh! " marah gadis itu rimas apabila Mikael rapat dengan dirinya. Astaghfirullahalazim, gugur jantung macam ni! Fuh!

"Tak boleh ke? " tanya Mikael bersahaja. Wajah merah gadis itu ditatap lama. Ketinggian gadis itu yang separas bidang dadanya membuatkan Mikael hampir tersengih tapi ditahan.

"Haram! Sana! " ujar Naurah bengang. Buat-buat tak faham ke mamat ni? Ish!

"Halalkan. " balas Mikael selamba.

Jeda.

Naurah terkedu sesaat. Tidak semena-mena pipinya berubah merah, bahang. Lelaki itu selamba merenung dalam anak mata gadis itu. Tidak tahu Naurah sudah hampir pitam duduk di situ. Mereka berdua saling berbalas pandangan, lama.

Aneh. Perasaan aneh menerjah hati masing-masing.

Seperti ada rama-

"Adik, ini ikan tadi! Ayo, uncle mintak maaf ah tadi pergi toilet. " pintas pakcik tadi meleraikan sesi berbalas pandangan antara Mikael dan Naurah.

"Ehem! " Naurah berdehem kuat, kekok dan malu. Ya tuhan! Aku buat apa tadi? Aaa!

Mikael berdehem perlahan seraya menoleh ke belakang, acah-acah pandang lantai. Belakang lehernya diusap perlahan, malu. Cuping telinga lelaki itu berubah merah tanpa sedar. Gila kau, Mikael!

Usai membayar ikan dan ayam, Naurah pusing ke belakang. Mikael masih setia berdiri di belakangnya. Gadis itu menghembus nafas panjang, berdebar pula tiba-tiba. Cis! Semua salah Mikael!

"Tepi sikit, saya nak letak dalam troli. " ujar gadis itu perlahan.

Tidak menjawab, Mikael memberikan laluan kepada Naurah. Hilang pula suaranya tiba-tiba, aish! Kacau!

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now