058

3.2K 146 3
                                    

Naurah mendekati si kembar yang berada di dalam baby carrier. Wajah berseri Airin dan Hilman sentiasa menyejukkan hatinya. Gadis itu melabuhkan punggungnya di atas karpet sebelum pusing menghadap si kembar itu.

"Hai, sayang-sayang makngah! Miss me tak? Hehe. " ujar gadis itu teruja. Pipi tembam Airin dan Hilman digomol geram. Rasa nak gigit!

Bayi kembar itu ketawa terhibur dengan reaksi Naurah. Gadis itu tersenyum kecil sebelum ubun-ubun Airin dan Hilman diusap perlahan. Lembut lagi! Haihlah anak fruit kesayangan ni.

"Muka diorang ikut muka Kimi, baby face. " selit Mikael dari tepi.

"Oh, mak! " Naurah melatah kecil.

Mikael duduk bersila di sebelah gadis itu sambil menghadap ke arah anak kembar Kimi. Wajah cemeberut isterinya dibiarkan. Sengaja nak bagi terkejut, syok sangat layan si kembar sampai dia berdiri di belakang pun tidak sedar. Cis!

Naurah mencebik perlahan. Ada yang makan penampar sulung aku kejap lagi ni, ha!

Pipi tembam Hilman dibelai lembut. Bayi lelaki itu ketawa kecil, geli dengan belaian Mikael. Mikael tersenyum nipis. Naurah terkedu sesaat melihat gerak geri suaminya bermain dengan bayi. Tidak sangka Mikael ada side begini.

"Bentuk mata diorang sebijik macam ayah diorang, bulat. " ujar lelaki itu sambil bermain dengan Hilman. Naurah mengangguk kepala setuju.

"Itulah tu. Nasib baik comel! " Naurah ketawa halus.

"Hmm.. bolehlah. " Mikael sekadar mengeyakan fakta isterinya. Baby Kimi comel, Kimi tak.

"Hidung diorang mancung! " ujar Naurah teruja.

Mikael menoleh ke arah Naurah dengan senyuman manis.

"Yours too. " pucuk hidung gadis itu dicuit manja. Naurah terdiam sesaat, malu. Ish, mat saleh ni!

"Eish, mana ada! Hidung saya tak semancung diorang eh. " bidas Naurah menidakkan. Genetik hidung mancung tak sampai kat dia, hiks!

"It's okay, honey. We can make one. " Mikael menjungkit kening. Naurah menyengetkan kepalanya, bingung.

"Make one? Maksud awak? "

Pucuk hidung Naurah dicuit perlahan sebelum dicuit kepada pucuk hidungnya sendiri. Mikael mengukir senyuman kecil.

"Our future kids. " tutur lelaki itu dengan nada menggoda.

"ASTAGHFIRULLAHALAZIM! Woi, bahaya untuk pendengaran anak aku ni! "

Suara Kimi mencelah dalam perbualan. Mikael mencebik perlahan, potong line sungguh! Naurah berdehem perlahan, gugup. Nasib baik Kimi muncul, kalau tidak gelabah dia mahu larikan diri dari situ.

Bahaya betul Mikael ni, fuh!

Kimi memandang wajah Mikael dan Naurah berselang-seli dengan renungan tajam.

"Nak beromance, pergi masuk biliklah dey. Tang sini jugak nak buat drama akasia. " bebel Kimi sambil bercekak pinggang.

"Sibuklah abang Kimi ni. Macamlah dia tak pernah beromance dengan kakak, heh. " ujar Naurah geram. Wajah Kimi dijeling tajam. Humph!

"Hei, itu lain cerita. Abang dengan kak Ifa dah legend, korang tu budak baru. Lain eh! " bidas Kimi tidak mahu mengalah.

"Banyaklah kau punya legend. " ujar Mikael malas. Legend celah mana pun tak tahu!

"Ha, tunjuklah mana yang legend sangat tu! " Naurah menjungkit kening, memaksa lelaki itu membuktikan. Kimi tersenyum penuh makna sebelum tangannya disilangkan di dada.

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now