014

4.7K 217 3
                                    

Puas gadis itu menyiapkan dirinya di hadapan cermin. Senyuman puas diukir pada bibir sebelum masam semula. Keluhan panjang dilepaskan. Tingkap yang besar itu dipandang kosong.

"Betul ke apa aku buat ni? " gumam Naurah perlahan.

Selepas sahaja dia menerima tawaran Mikael, lelaki itu mengukir senyuman misteri. Kemudian lelaki itu menyuruh dirinya bersiap untuk keluar. Entah kemana pun dia tidak tahu. Ah, apalah yang dia sudah terlibat ni? Banyak soalan bermain dalam fikiran gadis itu.

Beg tangannya dicapai di atas katil. Kaki panjangnya mengorak langkah ke pintu dan keluar. Baru tersedar kelibat Nana sudah tidak kelihatan. Mana gadis itu?

Naurah memandang ke kiri dan kanan mencari kelibat Nana. Koridor ini kosong tiada kelibat seorang manusia pun! Huh, seram. Naurah menelan air liur kelat dan cepat-cepat gadis itu melangkah pergi menuruni anak tangga.

Sebaik sahaja sampai di bawah, Aiden keluar dari dapur dengan lolipop di tangannya.

Naurah dan Aiden berbalas pandangan sebelum gadis itu berubah cuak.

"Awak! A-awak buat apa kat sini?! " gadis itu berundur ke belakang mendekati tangga. Lelaki jahat!

"Eh, cik! Tenang, saya tak jahat. Saya orang paling baik dalam rumah ni, jangan risau. Saya- "

"Shuh! Jauh! Pergi! " halau Naurah dengan mata terpejam. Takut!

Aiden menggaru pipinya buntu. Aduh, macam mana ni? Gadis ini sudah menganggap dirinya jahat. Lolipop di tangannya dipandang sekejap sebelum mengangkat wajah memandang gadis itu semula.

Lolipop dihulurkan pada gadis itu.

"Nak? Lolipop strawberi. " Aiden mengukir senyuman kecil. Mengharapkan gadis itu bertenang. Oh, lolipop kesayanganku.

Naurah menggeleng kepala laju tidak mahu. Wajah Aiden dipandang dengan pandangan tajam. Berhati-hati! Beg tangannya dipegang erat.

"Err.. cik jangan salah faham. Saya bukan orang jahat, semalam tu saya cuma nak selamatkan keadaan je. Saya tahu cik takut tapi saya bukan orang jahat! Sumpah! " Aiden mengangkat tangan besumpah. Membulat mata lelaki itu mengharapkan gadis itu mempercayainya.

"Awak bunuh dia! Jahatlah tu! " bidas Naurah keras.

"Mana ada! Dia yang jahat, saya cuma nak tolong je! " lawan Aiden semula. Tiba-tiba rasa nak marah! Ha, marah!

"Tak ada! Saya nampak sendiri awak tembak dia! " bangkang Naurah tidak mahu mengalah.

Aiden mendengus geram. Lolipop strawberi di tangannya disimpan dalam poket blazer. Wajah polos Naurah direnung tajam.

"Kalau saya tak tembak dia, cik pun tak selamat tau sekarang! Ha sekarang ni mana yang penting? Nyawa cik ke nyawa dia? Ha? " sergah Aiden lagak seperti kanak-kanak tadika.

Naurah terdiam. Benar juga apa yang lelaki jahat ini katakan. Kalau dia tidak menembak lelaki besar itu, mana mungkin dia akan selamat sekarang. Kan? Naurah mencebik perlahan.

"S-sama jelah! Nyawa tetap nyawa! Awak tak kisah tapi saya kisah! Saya doktor selamatkan nyawa orang, awak suka-suka ambik nyawa orang! Ha? Siapa salah sekarang ni, ha? " lawan Naurah mengikut lagak Aiden tadi. Biar sakit hati! Heh!

Aiden pula terdiam kelu. Aduh, nak jawab apa ni? Alamak! Kehabisan ayat! Aiden berdecit perlahan dan memandang ke arah lain. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar acah cool.

Baru nak buka mulut, Leo muncul dari belakang Aiden dengan roti di dalam mulutnya.

"Kau memekak kat depan ni kenapa, setan? Tak tenteram aku nak makan roti- " ayat Leo terhenti apabila figura Naurah menyapa kornea matanya.

"Oh, good morning, senorita. " ujar Leo perlahan. Kepalanya ditundukkan sedikit kepada gadis itu ala-ala gentleman.

Naurah pula yang kekok melihat kelibat dua orang lelaki asing ini. Ingatkan tiada orang di rumah ini. Takut-takut gadis itu memandang Leo dan Aiden tetap riak wajahnya tetap berlagak biasa.

Leo memandang Aiden yang berpeluk tubuh dengan wajah masam. Terjungkit kening lelaki itu melihat rakan sengalnya itu.

"Kau kenapa, setan? " tanya Leo hairan. Roti dikunyah.

"T-tak ada apa! Heh! " Aiden merenung ke arah Naurah dengan pandangan 'watch out, tsk.'

Naurah mencebik perlahan. Poyo! Dah kalah tak nak mengaku, cis! Kemudian dua orang lelaki asing di hadapannya itu dipandang was-was. Air liur ditelan payah. Dia harus memberanikan diri!

"S-saya Naurah. " ujar gadis itu sedikit gagap.

"Saya Leo dan ni- "

"Aiden! Ingat, Aiden. " selit Aiden dengan wajah bangganya. Leo menggulingkan biji matanya ke atas, menyampah. Gedik!

"Awak berdua ni.. siapa? " tanya gadis itu was-was. Leo dan Aiden berbalas pandangan sebelum memandang gadis itu semula.

"Oh, uhh.. kitorang ni.. err- "

Sebaik sahaja kelibat Mikael muncul di belakang Naurah, Aiden dan Leo serentak menunduk tanda hormat. Naurah menoleh ke belakang melihat lelaki itu turun.

Kenapa mereka tunduk kepada lelaki ini? Siapa lelaki ini? Hairan.

Mikael memandang ke arah Naurah.

"Dah siap? " tanya Mikael.

"Siap lagi awal dari awak. " balas Naurah diselitkan sedikit perlian kepada lelaki itu.

Terkedu dua orang lelaki itu mendengar jawapan mintak mati gadis itu. Fuh! Beraninya! Melihatkan tuan mereka tidak membuat apa-apa, mereka diam. Terkejut! Mikael tidak marah!

Mikael berdecit perlahan. Nak menjawab aje kerja! Haih.

"Good then, come on. " ajak Mikael bersahaja. Malas mahu berbalah dengan gadis keras kepala itu.

"Nak pergi- "

"Ikut jelah. " pintas lelaki itu laju.

Melihatkan Mikael sudah mara ke hadapan, Naurah mengejar langkah lelaki itu. Aiden dan Leo terkebil-kebil memandang ke arah pasangan itu. Terkejut masih tidak habis!

"Leo, aku tak salah nampak kan? " tanya Aiden tidak percaya.

"Tak, kau tak buta lagi, Aiden. " balas Leo bersahaja. Dia pun terkejut.

"Tuan Mikael tak marah! Weh, apa ni? Aku pulak yang takut tengok! " ujar lelaki Brunei itu dengan riak wajah risau. Leo mengangguk kepala tanda setuju.

"Tak apa, aku pun takut. Gulp! " air liur ditelan payah. Seram, mat!

Tak tahu nak rasa bersyukur atau tidak dengan perubahan tuan mereka yang seorang itu. Aiden memaut lengan Leo dengan kerisauan. Terus Leo menolak lelaki itu menjauh dari dirinya.

Geli.

Di dalam kereta, Naurah hanya mendiamkan diri dengan perasaan resah. Gadis itu curi-curi pandang ke arah Mikael di sebelahnya yang fokus memandu. Tidak sangka side profile lelaki ini pun cantik! Fuh! Laju gadis itu menoleh ke hadapan semula.

Fokus, Naurah! Jangan tengok dia!

Satu soalan muncul di dalam fikirannya. Terus gadis itu menoleh semula ke arah Mikael.

"Nama awak apa? Dah lama saya nak tanya tapi awak selalu buat saya lupa. Nama awak. " tanya Naurah ingin tahu.

"Nama aku? "

"Ye, nama awak. "

Lelaki itu mengukir senyuman sinis. Pandangan dinginnya membuatkan suasana di dalam kereta itu terasa seram sejuk. Stereng kereta digenggam kemas.

"Nama aku Mika. "

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now